Tuesday, April 28, 2009

Kpl 123988 Norsham Bin Yunus

Skuad kita ni berasal dari Jalan Pasir Mas, Salor, Kota Baru, Kelantan. Menurut skuad, sejurus melapor diri, skuad telah diarah menganggotai Platun 8, Kompeni 'B' Pulapah. Lepas rekrut, skuad menganggotai Platun 9 semasa Kursus Asas PPH. "Platun Sjn Rahmat 'Mat Doh'" kata skuad. 

Selesai Kursus Asas PPH, teman skuad dihantar bertugas di Sabah Negeri Di Bawah Bayu dan ditempatkan di Platun 20 Kompeni 'E' Bn 16 PPH Kota Kinabalu. Selepas pengecilan organisasi PPH, skuad telah diserapkan masuk ke Platun 6 Kompeni 'B' Bn 16 PPH. 

Hujung tahun 1995, skuad ditukarkan ke Cawangan Kew/Bangunan IP Briged Sabah PGA sehinggalah kini. 

Skuad mendirikan rumahtangga pada 28/01/1994 dan dikurniakan 3 orang cahaya mata (2 lelaki, 1 perempuan).

Gambar skuad ni saya ambil masa skuad naik tugas Penolong Pegawai Bertugas...sori gambar tak berapa ok.. sebab tangkap pakai handphone cokia jer.. 

... err... skuad... bila nak tukar balik ke Semenanjung, skuad? Hehehe....

Monday, April 27, 2009

operasi dulu-dulu...

Gambar ni dikirimkan oleh teman skuad kita Kpl Hazman Tahir masa kompeni skuad Kompeni 'B' Bn 16 PPH Keningau masuk operasi di Pos Dent Heavent, Lahad Datu di antara tahun 1991 - 1992. Menurut skuad, tempoh operasi masa tu adalah 3 bulan. Lepas 3 bulan baru ler pertukaran troop... waaaa... lamer.. nyer!

124540 Hazman & 124706 Zaidi Abd Samad

bersama geng-geng skuad... berlenggeng jer..hahaha

Sunday, April 26, 2009

nak hantar gambar?

Alo skuad! Buat apa petang-petang Minggu ni... Cuti-cuti ni..(yang cuti ler).. elok ler habiskan masa beriadah bersama keluarga atau teman-teman skuad. Kalau ari kerja, mana ada masa kan? siiibuk jer... terutamanya kengkawan kita yang buat tugas AIO macam Sjn Abdullah (Trafik P/Pinang) dan Sjn Roslan (Trafik Bandaraya K/Kinabalu).

Ok, maklum balas yang saya terima dari beberapa orang rakan skuad bahawa mereka dah e-mel dah gambor. Setelah saya check - check kat e-mel saya... takde pun?? Apsal takde pulak... mungkin ada confusion sikit kut... so saya cadangkan kepada teman-teman yang nak antor gambor tu... send ler melalui e-mel masing-masing kepada emel saya...

Kepada yang takde e-mel, yang paling senang... bukak ler akaun yahoo, ler.. senang jer bukak akaun tu bos... tak sampai pun 5 minit nak bukak akaun tu... jangan lupa lak... hantar juga background skuad sekali... tulis la apa yang patut dan rasa nak kongsi sama dengan kengkawan... apa? takder internet? hampeh! takper... mintak tolong jer pd kengkawan yang ader... 

Ok, skuad.. jangan lupa.. hantar gambar anda...

Saturday, April 25, 2009

wira hoki...

Gambar keratan akhbar New Sabah Times bertarikh 20/04/2009 ini dikirimkan oleh SM Rizal, UUP Sabah. Laporan akhbar tersebut menyebut bahawa pasukan hoki PDRM telah menjuarai Liga Hoki Jemputan anjuran Universiti Malaysia Sabah. Kejohanan telah dilangsungkan di Stadium Hoki Likas, Kota Kinabalu. Kepada semua pemain-pemain yang mewakili PDRM, Apa Khabar Skuad! mengucapkan Syabas!Add Image

ASP Azizul, SM Rizal, Sjn Rozaimi dan Kpl Yus bergambar bersama Avtar Singh, 
Setiausaha Persatuan Hoki Sabah (SHA)

Thursday, April 23, 2009

Kpl 124637 Mohd Sopi

Teman Skuad ari ni dari Platun 5, Kompeni 'A' PULAPOL. Lepas rekrut, skuad masuk lak Platun 5 masa Asas PPH kat SLPPH Ulu Kinta. Habis jer asas PPH, nama skuad naik untuk posting ke Kombas Bn 16 PPH Lahad Datu. 

Pada 1994, teman skuad terlibat dengan Kursus Pra Pengesahan di Pulapah. Eh? camana lak boleh sesat kat Pulapah lak... 

Pada tahun 2002, skuad kita bertukar ke formasi baru di IPD Petaling Jaya. Pada tahun 2004, skuad tukar balik ke Sabah di Unit MPV IPD Semporna. waaa.... Sejak dalam Unit MPV ni, teman skuad mengganas terus... buktinya.. tengok ler tangkapan yang dibuat oleh teman skuad ni... syabas skuad!

gambor skuad, 1990
Platun 5 A Kompeni PULAPOL
cari apa tu skuad... 
kejayaan skuad
lagi kejayaan skuad 
dan lagi...

Wednesday, April 22, 2009

SM 125012 Muhammad Rizal Bin Kamarolzaman

Atas permintaan kengkawan, saya siarkan profail skuad kita ni..
Skuad kita lahir pada 18/09/1968 di Chemor, Perak... Yob! Di Pulapol, skuad dalam Platun 18 Kompeni 'B' dan pas rekrut tu masa Kursus Asas PPH di Ulu Kinta, skuad masuk Platun 1. Samer ler... 

Memenuhi permintaan skuad-skuad juga, saya start kereta gi ofis dia ari tu, kat UUP dan ni temuramah saya ngan dier...(sori la yer, guna bahasa rock pasal saya ngan dier biasa guna lu gua jer...)

S - apa pengalaman kerja lu bro? 
J - Gua, John... 3 tahun infantri di Kompeni C Bn 16 PPH Kudat (mat perang brader!). 10 tahun 8 bulan di IP Briged Sabah PGA Kota Kinabalu, gua la salah sorang pioneer kat Briged Sabah tu..kat admin.. my enjoyed life time bro... dan 6 tahun di Unit Udara sehinggalah sekarang ni... kena jaga perangai orang pulak, penin yob!
S - Bila lu kawin, nama orang rumah dan kerjaya?
J - 27/12/1997, syurga dunia, John! Orang rumah gua, Puan Rosnih bt Rayman (Sabahan!) dan kerja sebagai kerani Bank Simpanan Nasional.
S - Er.. kenaikan pangkat lu? Bila tarikh?
J - Gua naik L/Kpl, 01/07/1994. Koperal - 01/04/2001, P/Sjn - 22/12/2003, Sjn - 01/01/2005 dan SM - 01/05/2008.
S - Perancangan masa depan lu?
J - Gua, opsyen 55 tahun tapi umur 51, tahun 2019 nanti ada rezeki panjang umur gua berenti la.. service 30 tahun cukup la..
S - Perjawatan lu sekarang?
J - Terapong bro! tapi sementara ni gua buat tatatertib kat UUP ni..
S - Umur lu sekarang?
J - Gua 41, kena beringat tuu... hahaha
S - Hahaha.. ok bro, tq atas temuramah ini...

Seperti kata peribahasa Melayu, empat ganjil lima genap, Sekian sahaja, Karam Singh Walia melaporkan untuk TV3 dari... UUP Sabah... hahaha!!


Kawad Komandan kat Pulapol - klasik gambar ni...
pertukaran troop, atas kapal marin
Mendaki Gunung Kinabalu bersama teman-teman skuad
Gambar terkini, john yang ambik masa temuramah dier ari tu..

Monday, April 20, 2009

Platun 15

Ni gambar anggota Platun 15 masa asas PPH tahun 1990. Gambar ni disumbangkan oleh seorang teman skuad kepada saya baru-baru ni. Bila saya tanya, kau yang mana satu ni bos?... Nak tau dia jawab apa? Saya? takda dalam gambar!! Pasal sayalah yang tangkap gambar tu katanyer... ler, hampeh!!! Kepada yang empunya rupa dalam gambor ni, silalah perkenalkan diri anda.... 

Sunday, April 19, 2009

Sarjan 124132 Abdullah Bin Hassan

Hello skuad, aktiviti apa hujung-hujung minggu ni... Apapun mari kita lihat personaliti skuad kita hari ni... Sjn 124132 Abdullah.

Untuk makluman skuad semua, time rekrut dulu skuad kita ni adalah anggota Platun 13 Kompeni 'C' Pulapah. 'Passing out' jer, skuad terus di'transfer'kan ke IPD Timur Laut (Georgetown) P/Pinang dan bertugas di Bilik Gerakan IPD tersebut sehinggalah tahun 2003.

Skuad mendapat kenaikan pangkat Koperal pada tahun 1996 dan pada tahun 2005 dinaikkan pula ke pangkat Sarjan. Sekarang ni, skuad bertugas sebagai Pen. Peg. Penyiasat Trafik, IPD Timur Laut (Georgetown) P/Pinang.

Skuad telah berumahtangga dan mempunyai 2 orang anak (sepasang).

Berikut adalah coretan skuad kita dalam e-melnya kepada saya dan saya siarkan sepertimana teks asal :

"Saya berterima kasih kpd skd kerana berjaya menyediakan blog ini untuk tatapan semua skd 1/90 dan memang saya tertunggu2 saat yg sesuai untuk bertemu dgn skd kita. Dgn idea yang murni ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama skd kita. Semasa Pilihanraya Permatang Pauh P/Pinang (Kaw. Anwar Ibrahim) tahun lepas... saya merasa gembira dn bersyukur kerana di datangi oleh 10 sahabat skd kita yg bertugas di PGA Kelantan, Brgd Tengah, PGA Spg Renggam, PGA Ulu Kinta, PGA Kulim dan Bde Sarawak. Ini menunjukkan skd kita adalah FAMILY SKUAD dan di mana sahaja berada, kenangan semasa kita sama2 rekrut tidak pernah hilang... alhamdulillah. Okey skuad, semoga banyak lagi skd yg lain yang akan melayari blog ini dan memasukkan info2 terkini. Rasa terharu bila mendapat info bahawa ada skd yang telah meninggalkan kita.... "

Melalui teman skuad Sjn Abdullah kita, saya mendapat info bahawa 2 orang skuad kita iaitu 124035 Rodzi dan 123994 Sauti telah menjawat jawatan ASP. Kepada kedua skuad kita ni diucapkan 'Tahniah' kerana berjaya meningkatkan diri dalam pasukan.

Kepada Sjn 124132 Abdullah, terima kasih skuad kerana beri respons kepada blog kita ni....dan kepada teman skuad yang lain;

"ni nak habaq sat, hangpa kalau pi Penang, pi cari skuad kita ni... bole pekena nasi kandaq ka.. pasemboq ka... kat mana lagi no, padang kota la...."

err... boleh ke skuad? hahaha...

Saturday, April 18, 2009

Sjn 123829 Azahar Bin Mat Nasri

Kenali teman skuad dari Platun 4, Kompeni 'A' Pulapah. Sehabis rekrut, teman skuad mengikuti pula Kursus Asas PPH di SLPPH di Ulu Kinta, Perak iaitu dalam Platun 7. Platun teman skuad ni merupakan pesaing rapat Platun saya (Platun 1) masa Jalan Lasak yang terakhir kat Tupah dulu tu... tapi sori la bro... Platun Bro terbungkus gak dengan kehebatan Platun saya.. hahahaha!!!

Habis asas PPH, skuad di'posting'kan ke Platun 19, kompeni 'E' Bn 16 PPH dan seterusnya Platun 6 Kompeni 'B' selepas pengecilan organisasi PPH. Pada 07/01/1997, skuad menyertai Cawangan Gerakan/Risik IP Briged Sabah PGA.

Teman skuad ni berasal dari Kg. Sg Ara, Mentakab, Pahang. Mendirikan rumahtangga pada 28/02/1997, teman skuad mempunyai 4 orang cahayamata iaitu 3 orang anak perempuan dan 1 orang anak lelaki.

Mendapat kenaikan pangkat Koperal pada 01/05/2001, bintang teman skuad ni memang terang apabila dinaikkan pangkat ke pangkat Sarjan pada bulan Disember 2007. Oleh kerana berstatus 'apungan', mulai 15/01/2009 teman skuad telah diserapkan di Kompeni Khas KKIA secara sementara sehingga perjawatan barunya disahkan.

p.s : Oh ya... satu info lagi mengenai teman skuad. Skuad ni penyokong kuat Liverpool...

semasa operasi di Terusan Sugut, Sandakan

sempat bergambar sebelum membuat terjunan secara rappelling

bergambar bersama 2 maskot PPH di Pulau Mabul

gambar terkini skuad...

Friday, April 17, 2009

L/Kpl 124973 Mohd Tajuddin Bin Idris

Personaliti teman skuad kali ni adalah L/Kpl 124973 Mohd Tajuddin. Skuad merupakan bekas anggota Platun 17 Kompeni 'B' PULAPOL. Tamat rekrut, skuad mengikuti kursus asas PPH dan menganggotai Platun 4. Selepas tamat asas PPH, skuad ikut serta Kursus Asas Semboyan di SLUKK Bakri, Muar. Pada 23/05/1991, skuad menjadi warga Bn 16 PPH Kota Kinabalu dan diserap masuk ke Platun 14 Kompeni 'D' .

Semasa ditanya kat mana kampung asalnya, skuad menyatakan bahawa dia berasal dari Kuala Lipis, Pahang. Sekampung dengan Siti Norhaliza .... betul ke ni skuad!! Bleh mintak autograf ler gitu..

Skuad merupakan antara 'orang kuat persatuan' di IP Briged Sabah PGA selain aktif dengan sukan badminton. Skuad juga antara 'muka-muka lama' IP Briged Sabah PGA kerana telah bertugas sejak Briged Sabah PGA ditubuhkan pada tahun 1992. Skuad kini bertugas di Unit AMHASNET Briged Sabah PGA.

Thursday, April 16, 2009

Pertanyaan???

Sebentar tadi saya telah dihubungi oleh seorang teman skuad. Skuad tu bertanyakan mengenai penyertaan majlis reunion skuad 1/90, yuran dan borang. 'Boleh join lagi ker?' tanya skuad tu..

Ok skuad, untuk makluman semua, mana-mana teman skuad yang belum ada borang ataupun belum isi borang atau tak sempat nak hantar borang mengikut dateline (15/04/2009).. takper... skuad boleh contact :

Kpl Yusaini - Setiausaha (Bn 16 PGA Kota Kinabalu)
SM Muhd Rizal - Pengerusi (UUP Sabah)
Kpl Azman - AJK (IP Briged Sabah PGA)

ataupun;
Sjn Ramli Che Ros - Timb. Pengerusi (Caw. Tatatertib, IP Briged Sabah PGA)

Cara paling senang... kan kat laman ni ada ruangan Jom Sembang... taipkan jer pangkat, nombor, nama dan lokasi tempat tugas anda sekarang (Briged, Bn, Balai, IPD atau IPK)... nanti saya tolong ler pas info tu kat AJK Reunion. Diaorang akan menghubungi anda... senang jer kan..

Yuran? er, mengikut keputusan mesyuarat ari tu... RM 10 - Yuran Keahlian (bayar sekali jer). RM 20 - Yuran Majlis Reunion (bayar setiap bulan mulai April hingga Disember 2009). Nak bayar sekaligus? boleh bah.... contact Setiausaha dan bayar jer kat dia ...

Bila majlis tu??? Belum diputuskan lagi ler... tapi yang confirmnya... Bulan Januari 2010. Sempena harijadi kita yang ke-20...
So?? apa tunggu lagi skuad... join le sekaki....ops sorry... sekali...

p.s - saya? AJK Tukang Makan jer skuad...

L/Kpl 124010 Mohd Amran Bin Omar

Seorang lagi teman skuad yang sempat saya jumpa hari ini adalah L/Kpl 124010 Mohd Amran.

Teman skuad ni berasal dari Ampang, Selangor. Skuad merupakan bekas anggota Platun 9 Kompeni 'C' Pulapah. Selepas asas PPH, skuad telah ditugaskan di Platun 17 Kompeni 'E' Bn 16 PPH sebagai anggota infantri. Selepas pengecilan organisasi PPH pada awal 90-an, skuad diserap masuk ke Platun 4 Kompeni 'B' Bn 16 PPH.

Pada tahun 1995, skuad memasuki Cawangan Komunikasi sebagai Juru Komunikasi Gred 3 dan ditempatkan di IP Bn 16 PGA. Kota Kinabalu.
Pada tahun 2005, skuad berubah angin sekali lagi dan kali ini skuad memasuki Cawangan Pengangkutan pula sebagai Jurugegas sehinggalah kini. Skuad boleh ditemui di Bengkel Angkut Bn 16 PGA Kota Kinabalu. Takde hal de... kalau teman skuad lain nak mintak tolong servis kereta... kalau skuad, dia bagi diskaun punya... hahaha? Nak contact dia call jer... di 014-2034010.

Monday, April 13, 2009

Belasungkawa

Gugurnya seorang lagi satria negara..

Allahyarham Kpl 124058 Malek Bin Awang.

Teman skuad meninggal dunia pada 28/02/2009 kerana penyakit dalam perut.

Allahyarham pernah bertugas di Bn 17 PPH Kuching dan Bn 11 PPH Batu Kawa. Tugas terakhir Allahyarham adalah di Unit 6, PSP Kuala Terengganu, Terengganu. Allahyarham berusia 42 tahun.


'DariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali....'

Al-Fatihah.

rujukan : Perintah Pasukan Bil. 22/2009 bertarikh 10/04/2009

Sunday, April 12, 2009

Borang Penyertaan Reunion

Ok, skuad! Anda semua diingatkan supaya menghantar maklum balas anda melalui Borang tersebut selewat-lewatnya pada 15/04/2009 ni kepada Kpl Yusaini. Ini bagi membolehkan teman skuad kita, Kpl Yusaini mendapatkan jumlah penyertaan bagi majlis reunion ke 20 tahun dalam PDRM.
Majlis ni tak semestinya bagi teman-teman skuad yang sedang berkhidmat sahaja tetapi terbuka juga kepada semua teman skuad yang tidak lagi berada dalam PDRM termasuk yang kini menjawat jawatan sebagai Pegawai Kanan Polis. Mana-mana yang belum ada borang, no problemo... kasi tau nama dan lokasi anda di ruangan 'jom sembang'. Nanti kita usahakan... tq!

Friday, April 10, 2009

124463 Faizal Nayan

Terima kasih diucapkan kepada teman skuad, Zul 'Askar Melayu' kerana mengirimkan berita mengenai seorang lagi teman skuad yang dah lama tak dengar beritanya.
Skuad kita kali ni adalah 124463 Faizal Bin Nayan. Lama benor tak dengar berita teman skuad ni.... Di kalangan teman-teman yang akrab, beliau lebih dikenali dengan singkatan nama 'Paija'. Masa rekrut dulu, skuad merupakan anggota platun 23 Kompeni F, Pulapah. Skuad pernah bertugas di Kompeni C Bn 16 PGA Kudat Sabah dan kini skuad bertugas di Cawangan JSJ, IPD Kulai Jaya, Johor.

Wednesday, April 8, 2009

Kpl 124540 Hazman Tahir


Teman skuad kita hari ni ialah Kpl 124540 Hazman Tahir atau juga dikenali oleh teman-teman yang akrab dengan 'nick name' Highlander! Nak tau apa sebabnya? Tu nak kena tanya kat kengkawan yang rapat dengan dia la... Skuad adalah merupakan bekas anggota Platun 2 Kompeni A PULAPOL Jalan Semarak, KL.

Masa asas PPH, Highlander kat platun 1 (satu platun dengan saya daa...). Habis asas PPH dia ditugaskan di Kompeni B, Bn 16 PPH Keningau. Pada 18/11/1993, skuad ditukarkan ke Bn 7 PPH Sandakan yang kemudiannya ditukar nama kepada Bn 15 PGA. Pada bulan Mei 2004, skuad join Cawangan Pengangkutan sebagai mekanik di Bn 15 PGA Sandakan.

Skuad mendapat kenaikan pangkat Kpl pada tahun 2007 dan pada 16/04/2008 skuad kita ni ditukarkan ke Cawangan Pengangkutan Bn 16 PGA sebagai penyelia mekanik sehinggalah sekarang ni...

Personaliti skuad ni... agak pendiam dan serius orgnya bos... boleh dilihat jelas kat dalam gambar ni... Makan pun serius beb... (takkan pasal kena bayar pun serius beb..hahaha...)

Tuesday, April 7, 2009

Template baru..

Seperti mana yang skuad semua lihat, template blog kita dah ada perubahan. Perubahan seperti ini akan terus dilakukan bagi mendapatkan satu template yang benar-benar releven dengan tema blog kita ni. Template dan design kali ni mendapat sentuhan Kerepek, seorang blogger yang tak asing lagi di dunia blogger di Malaysia ni... Tq bro di atas bantuan anda...
Kepada teman-teman skuad, saya amat memerlukan sumbangan anda. Saya perlukan gambar semasa latihan kawad di padang kawad (seluar pendek). Sesiapa yang ada menyimpan gambar cam tu harap dapat contact saya atau hantar terus ke emel saya di... shaironi@yahoo.com

Sunday, April 5, 2009

Platun 12 Kompeni C Bn 16 PPH

Pagi tadi saya dan famili serta teman skuad T-din dan isteri pergi ke Tamu Kota Belud. Sebelum pulang ke KK, saya sempat singgah sekejap di rumah Kpl 47481 Sikul Tadip, bekas JPO saya yang dah bersara 3 tahun lepas. Belek-belek album gambar kat rumah dia, terjumpalah gambar ni...



Ini adalah gambar anggota Platun 12, Kompeni C Kudat. Yang uniknya platun ni ialah 95% anggota platunnya adalah dari skuad 1/90. Dengan pengecilan organisasi PGA pada awal tahun 90-an, platun ni telah dibubarkan dan anggotanya samada ditukarkan ke cawangan lain atau diserap masuk ke platun yang lain.

Saturday, April 4, 2009

L/Kpl 124503 Zulkifli Aajuddin



Salah seorang teman skuad kita yang telah memberikan respons kepada laman ini adalah L/Kpl 124503 Zulkifli Bin Aajuddin yang lebih dikenali di kalangan teman-teman sebagai Zul Askar Melayu.

Apa ceritanya 'Askar Melayu' tu? Kata kengkawan : pertama, nombor badannya 503. keduanya bila pakai songkok, dia suka pakai stail senget jer macam P. Ramlee dalam filem Sjn Hassan. Tu ler ceritanya... Teman skuad dari platun 24 Kompeni F Pulapah.

Teman skuad kini bertugas di Pondok Komuniti Indahpura, Balai Polis Kulai Jaya.

Tq Zul kerana beri respons dan hantar gambar untuk dikongsi bersama teman skuad yang lain...

Thursday, April 2, 2009

Teman Skuad

Teman skuad kita kali ini adalah Kpl 124370 Mansor (chot). Skuad adalah dari Platun 19 Kompeni E Pulapah.

Beliau kini bertugas dalam Cawangan Khas di Ibu Pejabat Caw. Khas IPK Kepayan, Kota Kinabalu. Lama benor tak jumpa teman skuad ni... hari ni kebetulan jumpa lak...

Wednesday, April 1, 2009

Belasungkawa

Gugurnya seorang lagi satria negara... Mendiang skuad L/Kpl 124208 Nozzlee Ingkap dari Kompeni B, Bn 16 PGA Kota Kinabalu terlibat dalam kemalangan maut pada pagi 01/04/2009 di Telipok, Tuaran di mana mendiang mengalami kecederaan parah di kepala dan badan. Mendiang dilaporkan mati ditempat kejadian.

Mendiang meninggalkan seorang balu, Puan Rajanah bt Bulahai, 2 orang anak lelaki dan 5 orang anak perempuan berusia dari 15 tahun hingga 2 bulan. Mendiang skuad telah dikebumikan di kampung halamannya di Kg Tudangan, Ranau, Sabah. Takziah buat isteri dan famili rakan skuad kita.

Hulurkan sumbangan anda bagi membantu meringankan beban keluarga mendiang.