Tuesday, September 20, 2011

Kpl 125008 Mat Sani Bin Kumpol


Pada hari raya kelima yang lalu, Admin Apa Khabar Skuad? telah dihubungi oleh seorang rakan skuad yang telah lama tidak kedengaran khabar berita. Skuad adalah Kpl 125008 Mat Sani bin Kumpol yang merupakan rakan satu platun dengan Admin semasa Kursus Asas PPH pada 1990.

Dalam perbualan bersama Admin, rakan skuad turut sudi untuk berkongsi sama latar belakang dirinya dengan lain-lain rakan skuad di ruangan ini. Menyentuh mengenai latar belakangnya, skuad memaklumkan telah dilahirkan pada 23/12/1964 di Daerah Banting, Kuala Langat, Selangor. Skuad mendapat pendidikan awal di kampungnya manakala peringkat menengah di SMK Telok Datok. 

Sejurus menyertai pasukan polis, skuad telah ditempatkan dalam Platun 18 Kompeni B di PULAPOL Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Selepas tamat Kursus Asas Polis di PULAPOL, skuad mengikuti pula Kursus Asas PPH di SLPPH Hulu Kinta, Perak dan ditempatkan dalam Platun 1. Sejurus selesai Kursus Asas PPH, skuad kemudiannya telah diarah untuk melapur diri ke Bn 16 PPH Kepayan, Sabah dan ditempatkan dalam Platun 12 Kompeni ‘C’ pada 19/11/90. Semasa perpindahan Kompeni ‘C’ Bn 16 PPH ke Daerah Kudat pada bulan Jun 1991, skuad turut ikut serta.

Pada 29/10/1994, skuad telah menamatkan zaman bujangnya apabila bertemu jodoh dengan gadis pilihannya iaitu Nor Ain bt Jaafar. Hasil perkongsian hidup bersama isterinya skuad telah dikurniakan dengan 3 orang cahaya mata iaitu seorang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan. Anak skuad yang sulung kini belajar dalam tingkatan 4 manakala 2 orang anak perempuannya pula dalam darjah 4 dan darjah 1.

Pada 16/10/1999, permohonan skuad untuk bertukar ke wilayah asal telah diluluskan dan skuad telah ditempatkan di IPD Kajang sehinggalah sekarang. Skuad kini bertugas dalam Cawangan JSJ di IPD Kajang.

Sempena bulan Syawal ini skuad turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri dan maaf zahir dan batin khas kepada rakan-rakan skuad 1/90. Skuad juga turut menyatakan kesedihannya apabila mengetahui seorang lagi rakan skuad telah pergi meninggalkan kita buat selama2nya. Sebelum mengakhiri perbualan telefon, skuad menitipkan pesan kepada rakan-rakan skuad yang mengenali dirinya supaya menghubunginya di nombor telefon 012-3500960 atau 013-2763655 sekiranya ada kesempatan.


 Bergambar bersama keluarga semasa bercuti di Pantai Morib

Skuad bersama keluarga

Friday, September 2, 2011

Al-Fatihah



Innalillahi Wa'inna Ilaihi Raji'un!

Seorang lagi rakan skuad kembali kerahmatullah. Terkini, rakan skuad kita iaitu L/Kpl 124769 Azhar Bin Tahir telah kembali ke rahmatullah pada 1 September 2011 (Khamis) jam 0745 hrs di Hospital Manjung, Perak akibat sesak nafas. Allahyarham bertugas di Cawangan PGM berpangkalan di Kg. Acheh, Perak. Allahyarham yang berusia 42 tahun meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak lelaki. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Kg. Raya Datuk, Jalan Teratai, Alor Gajah, Melaka.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah S.W.T serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Bagi pihak semua rakan skuad, Apa Khabar Skuad? mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham di atas ujian dan musibah yang menimpa ke atas mereka.

Firman Allah S.W.T :

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu akan dikembalikan.
Al-Anbiya 21:35