Tuesday, March 30, 2010
Takziah
Pada tanggal 27/03/2010 yang lalu, seorang rakan skuad kita iaitu Kpl 123965 Mohd Yussof Bin Mansoor telah 'kehilangan' orang yang paling disayanginya. Rakan skuad 'kehilangan' buat selamanya ibu yang tercinta yang telah pergi menyahut panggilan ilahi.
Kepada rakan skuad kita Mohd Yussof, semoga skuad tabah dalam menghadapi dugaan ini... Apa Khabar Skuad? juga mendoakan semoga roh Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..... Al-Fatihah!
Thursday, March 25, 2010
Peringatan Hari Polis
foto dengan ehsan rmp.gov.my
Kepada semua rakan Skuad 1/90, Apa Khabar Skuad? mengucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun Peringatan Hari Polis ke-203. Semoga anda semua terus tegar dalam menghadapi segala cabaran dan liku dalam perjuangan sebagai warga PDRM.
Sentiasalah perbaiki tingkah laku dan amalan, pertingkatkan ilmu dan pengetahuan, amalkan kehalusan budi dan bahasa dan sentiasalah bermuhasabah diri. Moga-moga dengan khidmat bakti anda walaupun sekelumit, Polis Diraja Malaysia kekal menjadi agensi penguatkuasaan undang-undang tersohor dan dihormati semua dan negara Malaysia yang kita cintai akan kekal aman sentosa sehingga keakhir hayat kita.
Kepada semua Warga PDRM, moga anda semua dirahmati, diberkati dan dilindungi Allah Subhanahu Wataala sentiasa. Ingatlah, bahawasanya anda semua adalah kebanggaan masyarakat walaupun malu-malu untuk mereka mengakuinya.
Untuk Renungan :
‘Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya, lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya’
Al-Quran, Surah Ibrahim, Ayat 34
Monday, March 22, 2010
Kpl 124966 Alias Bin Hamsin
Apa Khabar Skuad?..Dan lama Ambo tidak mengemaskini blog skuadkita ni,, Pada Bro Admin (Shaironi) minta maaf je la yer...almaklum la.. selain dari kesibukan tugas.. bahan cerita dari kekawan pun agak berkurangan.
Apa Khabar Skuad? Pada kali ini akan memaparkan perjalanan hidup teman skuad kita. Dilahirkan pada 16/03/1970 di Benut,Pontian Johor... Alias Bin Hamsin diberi nama.. merupakan anak pertama dari 3 orang adik beradik.
Sebagaimana teman-teman skuad yang lain... Bro Alias telah melapor diri pada 07/01/1990 di PULAPOL, Kuala Lumpur..Memang dari kecil lagi bercita-cita nak jadi Bapak Polisi. Bro Alias telah diamanahkan dibawah Jurulatih Kawat Kpl Mat Noor Platun 17, Kompeni B. Di kalangan kawan-kawan di Platun 17.. Bro Alias lebih dikenali dengan pangillan Aseng... Sehingga kini.. nama Aseng masih melekat dengan teman skuad kita ni.... Jangan marah yer Bro Aseng.
Setelah Tamat Latihan Asas Kepolisian di PULAPOL.. Bro Aseng telah mengikuti Kursus Asas PPH di Ulu Kinta & Tupah. Banyak kenangan manis Bro Aseng semasa Latihan Asas PPH ni.. Kalau nak tahu..tanya je teman skuad Platun 4 Asas PPH. Kursus teman skuad ini diteruskan lagi selama 6 bulan dengan mengikuti Kursus Asas Semboyan di SLUKK, Bakri, Muar, Johor. Bro Aseng memang minat habis dengan dit..da..dit..da ni.. beliau merupakan peserta Kursus yang cemerlang.
Pada 19/05/1991.... Bro Aseng bersama 79 anggota Semboyan telah di tukarkan ke Sabah.. Beliau telah di tempatkan di Kompeni 'E' Batalion 16 PGA. Baru 2 minggu melapor diri, teman skuad kita ni telah menimba pengalaman setelah di arahkan terlibat dalam OPS TAYANG di kawasan Sandakan. Pengalaman tugas yang paling mencabar kata Bro Aseng adalah semasa terlibat S.A.R di Banjaran Tinatudun, Keningau.. Sebuah Helikopter telah terhempas di Banjaran tersebut.. kerja beliau adalah penyelamat serta mencari mayat-mayat yang bertaburan, berpengalaman tidur bersama mayat.
Bro Aseng telah dinaikkan pangkat Lkpl pada 1994....serta mendapat kenaikan pangkat Kpl pada 2009. Telah mendirikan rumahtangga dengan pasangan yang berasal dari Tawau iaitu Pn Mariana Bt Padu dan dikurniakan dengan 1 orang anak. Teman skuad bergiat aktif dalam sukan bolasepak. Melancong adalah menjadi hobi beliau... sentiasa membawa keluarga melancong sekitar Sabah serta Semenanjung.
Penugasan teman skuad terkini adalah Kpl Komunikasi IP Briged Sabah PGA.. setelah menjalani pertukaran dari Batalion 16 PGA pada tahun 1992.. merupakan orang lama Briged tu.. Bro Aseng sentiasa mendoakan kesejahteraan teman-teman skuad..serta mengharapkan kejayaan dalam apa jua bidang dan penugasan...kepada teman-teman yang masih ingat... email la gua ( kata Bro Aseng) .. norsazma@yahoo.com.my ... Salam 1 skuad.
Bro Aseng..Hari pertama lapor diri di Pulapol.. turut kelihatan Bro Johari Ludin & Bro Zainuri
Gambar bersama teman Platun 17 Kompeni B.. saat berpisah
Bro Aseng, Hamidi, Suhaili, Allahyarham Zamros, Bro Tj'Din & Bro Salim
Hensem tak Gua.... nak gi Operasi tu..masih sempat posing
Kenangan bersama teman & anggota Merin..biasa le Operasi laut bah kami..
Bersama Tuan Landi Ilod..tugas S.A.R di Banjaran Tinatudun, Keningau,
Bau mayat je beb....
Sewaktu bantu Tugas Pilihanraya Dun Sarawak di Miri..Tahun berapa yerk??
p/s: Apa Khabar Skuad? .. Terimakasih Bro Aseng atas kerjasama... kepada teman-teman skuad...sila le kirim bahan-bahan bagi memeriahkan blog skuad kita ni. Salam Buat Semua.
Friday, March 19, 2010
2nd Moderator
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Apa Khabar Skuad? akan mendapat khidmat seorang lagi moderator bagi memeriahkan lagi blog kita ini. 2nd moderator kita tersebut adalah Kpl 123974 Aziz Bin Jantan. Tawaran untuk menjadi moderator blog skuadkita ini juga dibuka kepada mana-mana anggota skuad 1/90 terutamanya di Semenanjung Malaysia dan Sarawak. Kepada yang berminat, sila hubungi saya melalui alamat emel shaironi@yahoo.com. Semua moderator akan tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.
Saturday, March 6, 2010
Sjn/D 124063 Ruslan Bin Mustakim
Personaliti teman skuad kita kali ini adalah Sjn/D 124036 Ruslan Bin Mustakim. Berasal dari Beaufort, Sabah, skuad telah dilahirkan pada 04/11/1968. Skuad merupakan anak bungsu dari 2 orang adik beradik.
Sejurus melapor diri di Pusat Latihan Polis Ayer Hitam, Negeri Sembilan, skuad telah dimasukkan ke Platun 10, Kompeni 'C'. Sehabis menamatkan Kursus Asas Konstabel, skuad telah diarah mengikuti pula Kursus Asas Pasukan Polis Hutan di Ulu Kinta, Perak di dalam Platun 12.
Seperti ikan pulang ke lubuk, selesai mengikuti Kursus Asas PPH, skuad telah ditugaskan di Bn 16 PPH Kota Kinabalu di mana pada 19/11/1990, skuad telah melapor diri di Platun 3, Kompeni 'A'.
Pada 16/11/1995, skuad telah diserapkan masuk ke Cawangan Khas di Ibu Pejabat Cawangan Khas Kontinjen Sabah dan pada 16/10/1997, skuad telah ditukarkan pula ke Cawangan Khas IPD Papar dan kekal sehingga kini.
Perjawatan skuad kini adalah sebagai Sarjan Detektif Cawangan Khas, IPD Papar.
Skuad telah dimajukan kepangkat L/Koperal pada tahun 1995 dan mendapat kenaikkan pangkat Koperal pada tahun 2005. Pada tahun 2008, skuad mendapat 'durian runtuh' lagi kerana mendapat kenaikkan pangkat Sarjan. Waaa... bila mau naik SM pula ni skuad?
Walaupun sibuk dengan tugas, skuad masih sempat meluangkan masa dalam aktiviti sukan dan riadah. Walaupun sekadar suka-suka, padang bola dan gelanggang Badminton menjadi ruang untuk skuad menghilangkan stress setelah penat bertugas seharian. Jangan pandang sebelah mata, skuad juga turut serta sebagai Wakil Bahagian Pedalaman pada Kejohanan Badminton Piala Ketua Cawangan Khas Sabah yang lalu.
Selain aktiviti sukan, skuad juga gemar memancing dan mendengar muzik. Apabila ada kesempatan, skuad juga gemar pergi melancong bersama keluarga yang tercinta.
Skuad mendirikan rumahtangga pada 05/12/1997 dengan gadis pilihannya yang berasal dari Tawau, Sabah. Hasil perkongsian hidup skuad dan isterinya, telah dikurniakan tuhan dengan 3 orang cahayamata. Isteri skuad, Puan Noorliza Bt. Mohd Noor adalah merupakan seorang peniaga.
Semasa pertemuan selepas Majlis Tahlil Sempena Ulangtahun ke-20 Skuad 1/90 di Surau Bn 16 PGA Kota Kinabalu yang lalu, skuad sempat menyatakan ucapan berikut :
'Sempena genap 20 tahun dalam PDRM, saya mengucapkan selamat maju jaya dalam PDRM dan semoga kita semua dirahmati Allah Subhanahu Wataala selalu hendaknya....'
Terima kasih diucapkan kepada teman skuad kita, Sjn/D Ruslan Mustakim kerana kesudian menjenguk rakan-rakan skuad dan berkongsi info dirinya dengan kita semua. Semoga skuad maju jaya dalam karier dan berbahagia selalu bersama keluarga tercinta. Tq skuad!
Subscribe to:
Posts (Atom)