Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri




Assalamualaikum dan salam sejahtera!


Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi kerana masih mengizinkan kita menyambut dan merayakan 1 Syawal pada tahun ini. Sempena hari yang mulia ini, marilah kita memperbanyakkan tasbih, tahmid dan juga istighfar bagi menyucikan diri dari segala noda, dosa dan kekurangan diri selaku insan kerdil yang sentiasa dibuai kelekaan dan kecuaian. 


Di kesempatan ini, Apa Khabar Skuad? mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri buat semua rakan skuad dan para pengunjung blog ini. Kemaafan zahir dan batin jua dipohonkan atas apa jua kekhilafan mahupun kesalahan andainya ada.

Monday, August 1, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak



Ramadhan tiba lagi tahun ini. Syukur kehadrat Allah S.W.T yang telah memanjangkan usia dan mengurniakan kesihatan yang baik kepada kita untuk sekali lagi diberi peluang menyambut bulan yang penuh berkat ini. Manfaatlah sebaiknya peluang yang hanya datang setahun sekali ini. 


Apa Khabar Skuad? mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua rakan skuad dan para pengunjung blog ini.


Saturday, July 2, 2011

Al-Fatihah

Apa khabar skuad? Mengucapkan salam sejahtera buat semua teman skuad dan keluarga...semoga semuanya dalam keadaan sihat walafiat dengan kehidupan dan urusan seharian.

Apa khabar skuad? Sekali lagi dikejutkan dengan berita pemergian teman skuad kita iaitu Kpl 124576 Ismail Hussin... lebih dikenali oleh teman-teman skuad dengan panggilan Mail Mamak pada jam 2100 Hrs 01/07/2011.

Allahyarham pernah bertugas di Kompeni 'B' Bn 16 PGA Kota Kinabalu, Sabah. Selepas itu telah bertukar ke Cawangan Trafik IPK Kuala Lumpur. Penugasan terakhir Allahyarham adalah di IPD Raub,Pahang. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

p/s..Apa khabar skuad? mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.. Al-Fatihah

Tuesday, May 17, 2011

Selamat Hari Wesak

gambar hiasan oleh alangraphy

Kepelbagaian budaya dan agama telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik kerana rakyatnya yang berbilang bangsa dan agama dapat hidup bersama dengan harmoni dan sejahtera.

Toleransi, persefahaman dan sikap saling menghormati telah menjadi asas kepada perpaduan rakyat Malaysia. Semangat seumpama ini perlu diperkembang dan diperkukuhkan, khususnya di kalangan generasi muda, supaya kekuatan dan keunikan ini terus dihayati bagi membina Malaysia sebagai sebuah negara yang teguh, aman dan makmur.

Perjalanan menghala mercu kejayaan dalam era globalisasi ini amat mencabar dan memerlukan warganegara yang berakhlak, jujur, berilmu, berdaya saing dan mencintai keamanan.

Justeru, tanpa mengira bangsa dan agama, marilah kita semua rakyat Malaysia menghayati nilai-nilai murni dan prinsip-prinsip luhur yang kita dokong berdasarkan ajaran agama yang kita anuti untuk meningkatkan lagi persefahaman dan kerjasama erat di kalangan kita. Perpaduan adalah kekuatan kita dan perpaduan itu dapat memastikan kejayaan itu adalah milik kita bersama.

Selamat Menyambut Hari Wesak untuk semua rakan skuad yang menganut Agama Buddha dan seluruh Rakyat Malaysia dari Apa Khabar Skuad?.

Saturday, April 16, 2011

Rakan skuad terpilih mengikuti KPSL


Berita gembira buat 2 orang teman skuad iaitu Sjn 124174 Mohd Fadli Bin Othman dari Cawangan Latihan IP Batalion 15 PGA Sandakan dan Kpl 124599 Elankovan A/L Kalimuthu dari Bahagian Penyiasatan D9, JSJ IPK Pulau Pinang. Kedua-dua teman skuad kita telah terpilih untuk mendapat kenaikan pangkat secara lantikan bagi tahun 2011 sepertimana arahan FTMT 3/2010 dlm KPN (PR) 114/3 bertarikh 3 April 2011. Rakan skuad kita ini akan melapor diri di Maktab PDRM Cheras, Kuala Lumpur pada 3 Mei 2011 untuk menjalani latihan.

Tahniah buat kedua-dua rakan skuad. Rakan-rakan skuad yang lain tumpang bangga di atas kejayaan tersebut. Ini membuktikan perumpamaan melayu yang menyebut : Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Syabas Skuad!

Sunday, April 3, 2011

L/Kpl 124498 Ahmad Puat b. Redzwan


Skuad 1/90 kehilangan seorang lagi rakan skuad. Perintah Pasukan Bil. 16/2011 bertarikh 01.04.2011 melaporkan bahawa rakan skuad kita iaitu L/Kpl 124498 Ahmad Puat b. Redzwan telah meninggal dunia pada 25.02.2011. Allahyarham dilaporkan menghidap penyakit ‘Ishee Mic Acut Disease to Coronary Atary Aterclersis’ yang membawa kepada kematiannya. Allahyarham berumur 44 tahun dan sebelum pemergiannya ke hadrat Ilahi bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.

Apa Khabar Skuad? mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham.

Friday, March 25, 2011

Peringatan Hari Polis ke-204

Hari ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyambut Hari Peringatan ke-204 tahun penubuhannya. Sempena menyambut Hari Peringatan ini, Admin suka untuk menarik perhatian semua rakan skuad terhadap perutusan sempena Hari Peringatan ke-204 PDRM oleh YDH Tan Sri Hj Ismail Bin Hj. Omar, Ketua Polis Negara.


Dalam perutusannya, YDH Tan Sri IGP menekankan keperluan supaya semua lapisan warga PDRM menganjak paradigma pemikiran demi memenuhi tuntutan semasa bagi memastikan PDRM tetap relevan serta tidak ketinggalan dengan arus perubahan semasa. YDH Tan Sri IGP memaklumkan bahawa menerusi Pelan Strategik 5 Tahun (PS5T) ke-II PDRM (2011-2015) yang telah pun dimulakan bagi merencanakan hala tuju PDRM akan menjadi landasan transformasi PDRM melalui amalan budaya kerja cemerlang dengan Konsep 4P sebagai wadah bagi menjadikan PDRM sebagai agensi peneraju dalam penguatkuasaan undang-undang dan melindungi masyarakat umum. 4P yang dimaksudkan ialah:


1. Pelindung (Protective).

2. Proaktif (Proactive).

3. Penumpuan pada masyarakat (People Oriented).

4. Prestasi (Performance and Outcome Oriented).


PSST ke-II ini adalah berpaksikan kepada 4 tonggak strategi yang merangsang kepada pembangunan negara iaitu:


Pertama : GAGASAN 1 MALAYSIA;

Kedua : PELAN TRANSFORMASI KERAJAAN;

Ketiga : MODEL EKONOMI BARU; dan

Keempat : RANCANGAN MALAYSIA KE-10,


YDH Tan Sri IGP menyatakan bahawa pembangunan PS5T ke-II yang berasaskan kaedah Petunjuk Prestasi Utama Seimbang atau Balanced Key Performance Indicator (BKPI) adalah sesuai dengan perubahan persekitaran yang serba kompleks dalam menghadapi dunia tanpa sempadan.


Dalam perutusannya juga, YDH Tan Sri IGP turut mengumumkan tentang perencanaan pelbagai inisiatif yang melibatkan lain-lain agensi penguat kuasa, pihak swasta, NGO dan masyarakat setempat mengikut konsep ‘smart partnership’ sebagai usaha untuk memastikan keselamatan di tahap tinggi. Sehubungan itu, lima (5) strategi telah ditetapkan.


Di akhir perutusannya, YDH Tan Sri IGP mengajak semua warga PDRM meneruskan tanggungjawab murni ini dengan bertekad dan berazam meneruskan khidmat bakti untuk melindungi negara dan rakyat di tahap yang terbaik.


Akhir kata, kepada semua rakan skuad dan Warga PDRM, moga anda semua dirahmati, diberkati dan dilindungi Allah Subhanahu Wataala sentiasa.


Selamat Menyambut Peringatan Hari Polis ke-204!

Saturday, March 19, 2011

Berita Warga Briged Sabah PGA

Pagi ini bertempat di Dewan Serbaguna Briged Sabah PGA telah berlangsungnya Maybank Community Day. Majlis tersebut adalah usahasama di antara Maybank Kota Kinabalu dan Batalion 16 PGA. Antara acara yang diadakan adalah menderma darah oleh staf Maybank dan Warga Batalion 16 PGA dan peraduan mewarna bagi anak-anak. Majlis turut disertai oleh Pegawai, Anggota dan warga IP Briged Sabah PGA.

Perasmian telah dilakukan oleh Supt. Bachok Bin Labaya, Pegawai Pemerintah Batalion 16 PGA Kota Kinabalu. Majlis turut dihiburkan dengan lagu-lagu oleh Band Bn 16 serta tarian Poco-Poco dan Sumazau. Seperti kebiasaannya rakan skuad tidak ketinggalan malahan menjadi tonggak utama dalam menjayakan acara-acara sebegini. Syabas Skuad!

Perasmian majlis oleh Supt Bachok Bin Labaya bersama Wakil Maybank Cawangan Kota Kinabalu

rakan skuad, Kpl Musli Tuah

Kpl Yussaini

Kpl Zaini aka Tok Moh taknak ketinggalan juga....

peserta peraduan mewarna...

pemenang peraduan mewarna bersama staf Maybank


Rakan skuad dalam Eksesais Anti Keganasan

Malam tadi Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) digemparkan seketika apabila Unit Tindakan Khas PDRM mengadakan latihan anti keganasan di Terminal 1 KKIA. Latihan turut disaksikan oleh beberapa orang VIP seperti Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Hussin Ismail (klik disini untuk keratan akhbar).


Beberapa orang rakan skuad dari UTK iaitu Sjn 124846 Shaari Bin Hj Noor, Sjn 124394 Zulkamar Bin Umar Baki dan Sjn Syed Nasir turut terbabit sama dalam latihan tersebut. Sjn 123829 Azahar B. Mat Nasri dari IP Bde Sabah PGA turut terlibat sama membantu menjayakan latihan tersebut.


operasi bermula

come on, time is running out!

move!

antara rakan skuad yang terlibat

Thursday, February 3, 2011

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina

Sebagaimana biasa, setiap tahun masyarakat Cina di negara ini, bersama masyarakat Melayu, India, Iban, Kadazan dan lain-lainnya menyambut perayaan Tahun Baru Cina dengan meriah.


Apa Khabar Skuad? mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada rakan-rakan skuad yang berketurunan Cina, pengunjung-pengunjung blog ini serta seluruh rakyat Malaysia yang menyambutnya. Semoga tahun 2011 ini yang dikenali sebagai “The Year of The Rabbit” di kalangan masyarakat Cina akan membawa lebih banyak kemajuan dan kemakmuran bukan sahaja kepada masyarakat Cina sendiri tetapi juga kepada seluruh rakyat Malaysia. Gong Xi Fa Cai, Xin Nien Kuai Le!