Tuesday, January 4, 2011
Berita Skuad
Friday, December 31, 2010
Selamat Tahun Baru

Apa Khabar Skuad?. Tahun 2010 bakal melabuhkan tirainya. Dalam melangkah ke tahun baru 2011 ini, kita haruslah menoleh sejenak ke belakang. Menilai dan bermuhasabah diri. Merenung kembali apakah kekurangan dan mungkin juga kesilapan yang harus diperbaiki. Semoga dengan cara itu kita dapat membuat perancangan yang lebih mantap, meningkatkan prestasi bagi mencapai misi dan visi yang telah dirancang.
Akhir kata, dalam merangka dan mempersiapkan diri untuk melaksanakan agenda seterusnya di tahun baru, kejayaan serta pengalaman lepas seharusnya dijadikan ukuran dan pengajaran agar kita menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Masa yang berlalu jadi sejarah, hari ini hanyalah goresan, hari esok menjadi harapan. Catatan kehidupan, kisah suka dan duka, menyongsong tahun baru yang bakal menjelma. Apa Khabar Skuad? Mengucapkan selamat tahun baru 2011 kepada semua rakan skuad dan pengunjung blog ini.
p.s - Semoga anda lebih maju dan sukses pada tahun 2011 ini.
Saturday, December 25, 2010
Merry Christmas

Kesejahteraan dan perpaduan sewajarnya dihargai dan terus dipelihara kerana biarpun hidup berbilang kaum dengan perbezaan agama dan budaya tetapi persefahaman tetap terjalin dengan amalan hormat-menghormati antara satu sama lain.
Menerusi konsep masyarakat Malaysia adalah satu keistimewaan bilamana keakraban, persefahaman dan kebersamaan untuk mencapai perpaduan hidup bermasyarakat dan bernegara terus dijadikan sandaran untuk menghadapi segala rintangan dan halangan.
Lantaran itu, atas semangat bersama, Apa Khabar Skuad? mengucapkan selamat menyambut Hari Natal dan selamat bercuti kepada semua rakan-rakan skuad yang berugama Kristian serta semua pengunjung ruangan blog ini.
Merry Christmas & Happy New Year!
Friday, December 24, 2010
Berita Skuad
Tuesday, December 14, 2010
Al-Fatihah
Saturday, December 4, 2010
Persidangan Agung Bersama PPKP/CPW, PPKP/CI Dan PPRPD 2010/2011
Wednesday, November 17, 2010
Ibadah Qurban
Sempena hari Raya Aidil Adha pada tahun ini IP Briged Sabah dan Bn 16 PGA telah mengadakan acara korban. Sebanyak 4 ekor lembu dan 1 ekor kerbau telah ditumbangkan pada pagi ini. Seperti mana biasa, ramai rakan skuad kita juga turut terbabit sama dalam acara tersebut. Yelah, mana ke tidaknya.. rakan-rakan skuad kita yang masih tegar berada di Kota Kinabalu ini kini adalah merupakan barisan ‘orang lama’ yang kini menerajui acara-acara di Briged Sabah PGA ini.
p.s - Selamat Hari Raya skuad!
Selamat Menyambut Aidil Adha

"Hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha berat azab seksanya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya)".
Al-Maidah, ayat 2
Thursday, November 4, 2010
Selamat Menyambut Deepavali

Tuesday, October 12, 2010
Ke Medan Bakti
Semalam, 11/10/2010, Briged Sabah PGA telah menghantar satu kontinjen yang terdiri dari 136 orang pegawai dan anggota untuk penugasan dalam misi PBB di Timor-Leste. Mereka akan bertugas di bawah panji-panji PBB melalui misi United Nation Integrated Mission in Timor-Leste (UNMIT) untuk tempoh 6 bulan. Penyertaan dalam misi PBB kali ini adalah merupakan penyertaan kali kedua bagi Briged Sabah PGA selepas penugasan kali pertama pada 2008. Beberapa orang rakan skuad kita juga telah turut serta dalam penugasan ini. Mereka yang terlibat adalah :
Sjn 124477 Mohd Adif Bin Abdullah
Kpl 124110 Badrulhisyam Bin Baharuddin
Kpl 124303 Ahmad Fadzly Bin Hassan
Kpl 124367 Mohd Dros Bin Wahari
Bagi rakan skuad kita, Sjn 124477 Mohd Adif, ini adalah penugasan kali kedua dalam misi PBB. Penugasan kali pertama rakan skuad kita ini juga melalui misi yang sama pada 2008.
Pemergian rakan-rakan skuad kita pada pagi yang hening itu telah turut diiringi oleh keluarga yang tercinta. Walaupun terpaksa berjauhan namun tetap tabah jua dihadapi demi menyahut seruan demi pertiwi. Syabas Skuad dan keluarga mereka atas pengorbanan ini.
p.s - Selamat bertugas skuad!