Thursday, July 30, 2009

Kpl 124075 Sazari Bin Zainuddin

Kpl Sazari Bin Zainuddin dilahirkan pada 01 Disember 1970 di Sentul, Kuala Lumpur. Anak sulung dari 4 orang adik beradik ini mula menyertai PDRM dengan menganggotai Platun 11, Kompeni 'C' PULAPAH. Sejurus tamat rekrut Asas Konstabel, skuad telah dihantar untuk mengikuti Kursus Asas PPH di Sekolah Latihan PPH Ulu Kinta, Perak Darul Ridzuan dengan menganggotai Platun 12.

Tamat kursus asas PPH, skuad telah ditugaskan di Platun 19, Kompeni 'E' Batalion 16 PPH di mana skuad telah melapor diri pada 22 November 1990.

Skuad kemudiannya ditukarkan ke Platun 6, Kompeni 'B' Bn 16 PPH dan kekal sehingga kini.

Pada 25 Oktober 2005, skuad telah dinaikkan pangkat ke pangkat Koperal.

Skuad merupakan seorang yang aktif dalam aktiviti sukan terutamanya sukan hoki, sepak takraw dan bola tampar. Skuad juga pernah mewakili PDRM dalam acara sukan bolatampar dalam Kejohanan Sukan Tiga Wilayah yang telah diadakan di Negara Brunei Darus Salam pada tahun 2000. Dalam kejohanan tersebut, skuad telah membantu timnya sehingga pasukan PDRM akhirnya telah diisytiharkan sebagai johan.

Selain itu juga, skuad amat menggemari aktiviti mengembara dan merupakan 'hard core' bagi aktiviti memancing.

Skuad telah berumahtangga dengan pasangannya yang berasal dari Penampang, Sabah dan dikurniakan Tuhan dengan 2 orang puteri.

Dalam pertemuan bersama Apa Khabar Skuad?, Bro Sazari juga sempat menceritakan mengenai kenangan pahit yang dialaminya semasa Berek 42 Bn 16 PGA Kota Kinabalu, berek bujang yang di diami oleh skuad terbakar pada April 2002. Semasa kebakaran tersebut, skuad sedang terlibat dalam penugasan operasi di Inaruntung, Kudat. Akibat dari kebakaran tersebut skuad telah kehilangan semua barangan peribadinya dan apa yang tinggal hanyalah uniform dan peralatan yang dibawa semasa penugasan operasi sahaja.

'Yang lain musnah terbakar termasuklah gambar-gambar semasa rekrut' kata skuad...

p.s - tq Bro kerana kerjasama anda. Kepada rakan skuad yang meminati aktiviti memancing bolehlah menghubungi Bro Sazari untuk bertukar-tukar cerita, tips dan pengalaman memancing.

ikan merah yang dipancing oleh skuad menggunakan gewang...

bergambar di Kota Kinabalu International Airport (KKIA)

Serius aje skuad... takkan tulis Pol. 40 pun serius sangat...

Bro Sazari...

Tuesday, July 28, 2009

Lkpl 124950 Zamri Bin Dahman

Salam Ceria buat semua teman skuad. Pada minggu lalu saya berkesempatan bersua muka dan berbicara dengan seorang skuad kita yang telah lama terpisah...skuad sama-sama menghadiri Kursus Data Communication & Networking Essential di Megan Avenue Kuala Lumpur pada 20-22/07/2009.

Zamri Bin Dahman berasal dari Baling,Kedah...dilahirkan pada tanggal 28/06/1968...lebih dikenali dengan panggilan Cheai oleh kekawan. Merupakan anak sulung dari 9 orang adik beradik. Mula join bidang kepolisian pada 07/01/1990 dengan menjalani Latihan Asas Konstabel di Pulapol, Kuala Lumpur besama Platun 16 Kompeni B.

Bro Cheai menjalani Latihan Asas PPH di Ulu Kinta,Perak dan Tupah,Kedah dalam Platun 4. Selepas itu skuad meneruskan Latihan Asas Semboyan di SLUKK Bakri,Muar. Pada Mei 1991 Bro kita telah ditukarkan ke Sabah bersama anggota dit..dit..da yang lain. Memulakan kerjaya di Kompeni B Batalion 16 PPH Keningau. Pada penghujung tahun 1993 Bro Cheai telah ditukarkan ke HQ Kompeni B Batalion 15 PGA Sandakan.

Telah bertemu jodoh dengan Pn Jamaliah Bt Bahrom, seorang guru yang berasal dari Johor Bahru...(macamana bertemu tu...kena tanya Bro Cheai la kan). Mendirikan rumahtangga pada 13 Feb 1999, sehingga kini telah di kurniakan 5 orang anak terdiri dari 3 (lelaki) & 2 (perempuan), menurut skuad beliau mempunyai anak kembar lelaki.

Pada June 1999 Bro Cheai telah bertukar ke Batalion 2 Kulim,Kedah bersama kenangan pahit manis sewaktu menabur bakti di Negeri Bawah Bayu. Di Batalion 2 Kulim...Bro kita telah melalui & menempuh pelbagai jenis penugasan..(tiada masa rehat kata Bro Cheai). June 2001 Bro Cheai telah bertukar angin dengan mengikuti Kursus Asas Teknisyen di Maktab Polis Bakri,Muar. Setelah tamat kursus pada June 2002 Bro Cheai telah ditukarkan sebagai anggota Teknisyen di IPK Pulau Pinang sehingga kini.

Bro Cheai sempat juga mengucapkan Tahniah kepada teman skuad yang telah berjaya...samada dalam PDRM ataupun di luar bidang kepolisian...dengan iringan doa agar semua teman skuad sentiasa tabah mengharungi tugas kepolisian yang kian mencabar dimasa kini.. Amanah dan tanggungjawab kita pikul bersama....kata-kata akhir Bro Cheai.

Jejaka bergaya Platun 4 (Asas PPH) Bro Cheai, Zainol, Lim, Bro Jam
Acong, Saman & Sezali

Kenangan sewaktu berendam di Tupah.. Pasti skuad PGA ingatkan...
Nuar, Sezali, Tore', Nasir, Cheai, Tj'din, Cha'om, Suhaimi, Dzeel, Bahrin,
Malek & Dzul

Bro Cheai & Bro Asri (PGA Skan) sewaktu XPDC menaluki puncak Gunung Kinabalu
Amoi yang di apit tu sape lak?.....berjaya gak di takluki 2 jejaka ni yer..hehehe

Kejayaan Bro Cheai dalam rampasan senjata pihak musuh di Sandakan

Gambar terkini Bro Cheai...masih segak bergaya kan..nampak macam serius
tapi berjiwa mesra rakyat skuad kita ni

Kusyuk mahsyuk Bro Cheai mengikuti Kursus Data Communication..


p.s: Mekasih kepada Bro Cheai kerana sudi berkongsi cerita dengan teman skuad...semoga
sukses always...Bro Cheai kata..."Teman skuad kalau turun Penang cari-cari le gua"

Saturday, July 25, 2009

Sarjan 124309 Abdul Malek Bin Yusof

Hello skuad, apa khabar semua? Semoga skuad semua sentiasa berbahagia selalu bersama keluarga dan rakan taulan. Ok, skuad, pendekkan cerita...

Pada 12 Jun yang lalu saya telah menyiarkan gambar seorang rakan skuad kita iaitu Sjn 124309 Abdul Malek Bin Yusof. Pada kali ini saya akan menyiarkan pula biodata dan beberapa keping gambar yang telah dikirimkan kepada saya melalui emel. Kepada teman-teman yang belum disiarkan lagi gambar dan biodatanya, harap bersabar dan ler.... apa lagi skuad, hantar la kat saya gambar dan biodata anda....

Rakan skuad kita iaitu Sjn Abd Malek ni memang lama dah saya kenal tapi memang lama jugak ler saya tak jumpa... mungkin dekat 17 ke 18 tahun kut... tak ingat la.. tapi saya tak tau la dia kenal saya lagi ker tidak tak tau la....

Skuad dilahirkan pada 25 Mac 1970 di Kg Selinsing, Semanggol, Perak. Skuad merupakan anak sulung dari 2 orang adik beradik. Semasa di PULAPAH, skuad menganggotai Platun 18 Kompeni 'E' dan masa Asas PPH, skuad menganggotai Platun 15.

Selepas tamat kursus Asas PPH, skuad telah dihantar bertugas di Bn 16 PPH Kota Kinabalu bersama-sama sejumlah rakan-rakan skuad yang lain termasuk la saya... dan semasa di Kota Kinabalu ni la saya kenal dengan skuad ni.. Kami panggil dia Malek putih pasal kaler dia cerah dan lagipun ada dua orang Malek dalam berek kami tu (Berek Karate-Do)... Sorang hitam dan sorang lagi putih... so Bro Malek ni jadi Malek Putih....

Semasa di Bn 16 PPH, skuad menganggotai Platun 4 Kompeni 'A'... pastu Platun 2 dan pastu lagi Platun 1. Pasal apa, saya pun tak tau la sebab masa tu Kompeni saya dah ditransfer ke Kudat... so lost contact ler... Menurut skuad, jawatan terakhir di Bn 16 PGA Kota Kinabalu adalah sebagai Koperal Gerakan.

Pada 01 Disember 2001, skuad telah ditukarkan ke Bn 2 PGA Kulim dan kini skuad menjawat jawatan sebagai Platun Sarjan Platun 9, Kompeni 'C', Bn 2 PGA Kulim.

Menurut skuad, skuad mendapat kenaikan pangkat Koperal pada 01 Julai 1997 dan pangkat Sarjan pada 01 April 2002.

Skuad telah berumahtangga dengan gadis pilihannya dan dikurniakan dengan 3 orang cahaya mata (tiga-tiga puteri). Isteri skuad bertugas sebagai seorang guru.

Hobi skuad, main games pc, golf, badminton dan bolasepak.

Skuad menyatakan bahawa antara pengalaman tugasnya ialah skuad pernah terlibat dalam penugasan bantuan Tsunami di Acheh, Indonesia pada tahun 2005 dan di sini skuad telah sudi berkongsi sama beberapa keping gambarnya semasa di Acheh di mana menurut skuad, antara yang tak dapat dilupakannya ialah bukti kebesaran Tuhan iaitu Masjid Baitul Rahim yang tidak runtuh walaupun kawasan sekitarnya ranap dilanda ombak Tsunami.

p.s - tq skuad di atas sumbangan dan sokongan anda kepada blog skuad kita. Selamat maju jaya skuad!

kawasan yang dilanda ombak Tsunami

skuad dan rakan-rakan bergambar di tangga Masjid Baitul Rahim, Acheh...

skuad dan seorang teman melepaskan lelah dan berehat sebentar semasa tugas mencari mayat mangsa Tsunami...

gambar terkini skuad bersama keluarga tercinta...

Thursday, July 23, 2009

L/Kpl 124046 Hazumi Bin Mohd Ariff

Karier skuad dalam PDRM bermula apabila menganggotai Platun 10, Kompeni 'C', PULAPAH.

Menurut skuad, pada 28 Jun 1991, skuad telah terlibat dalam satu kemalangan di mana telah merubah kehidupannya secara drastik. Skuad telah kehilangan kaki kanan dalam kemalangan tersebut. Walau bagaimanapun kecacatan yang dialami oleh skuad kita ini tidak melemahkan semangatnya. Skuad tetap tabah dalam mengharungi kehidupannya. Buktinya, skuad tetap aktif dalam aktiviti sukan. Skuad amat menggemari aktiviti berbasikal dan aktif dalam sukan tersebut. Terbaru, skuad menyertai Kayuhan Rakan Cop IPD Perak Tengah sejauh 60 km.

Skuad kini bertugas di DCC IPD Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

p.s - Mendung tidak bererti hujan... Banyakkan bersabar skuad dengan dugaan Tuhan. Setiap sesuatu itu walau baik mahupun buruk tentu ada hikmah di sebaliknya.

Menyertai Aktiviti Kayuhan Rakan Cop IPD Perak Tengah

Bergambar bersama teman seperjuangan dalam sukan berbasikal

Wednesday, July 22, 2009

Kursus Pra-Pengesahan

Gambar skuad 1/90 yang terlibat dalam Kursus Pra-Pengesahan Jawatan Konstabel Siri 2 di PULASIOL, Kuching, Sarawak pada tahun 1993. Gambar di kongsi bersama oleh Sjn 124496 Fadzil Bin Ali.

p.s - kepada teman skuad yang ada dalam gambar, sila respons dengan memasukkan pangkat, nombor, nama dan formasi anda bertugas sekarang di ruangan komen. Tq!

Tuesday, July 21, 2009

P/Kpl 124922 Mat Daud Bin Nurdin

Hello skuad semua... apa khabar? Sori kerana lama tak menulis dalam blog kita ni... sibuk skuad... mana dengan kerja, mana lagi dengan urusan famili... pening-pening dibuatnyer.. Tapi takpa, kali ini kita ada seorang lagi teman skuad untuk diperkenalkan dalam blog kita ni..

Teman skuad kita kali ini iaitu Bro Mat Daud Bin Nurdin telah dilahirkan pada 24 September 1969 di Lumut, Perak Darul Ridzuan. Skuad merupakan anak ke-6 dari 8 orang adik beradik.

Skuad merupakan anggota Platun 15, Kompeni 'B' PULAPOL dan kemudiannya sebagai anggota Platun 4 semasa Kursus Asas PPH. Skuad juga turut serta mengikuti Kursus Semboyan di Muar, Johor sejurus selesai mengikuti Kursus Asas PPH.

Selesai mengikuti Kursus Asas Semboyan, skuad telah ditugaskan di dalam Platun 2 KOMBAS Lahad Datu selama 4 tahun sebelum ditukarkan di dalam Platun 7, Kompeni 'C' Bn 15 PPH Sandakan. Pada 1 Januari 1995, skuad telah dinaikkan pangkat ke pangkat Lans Koperal. Pada tahun 1998, skuad telah ditukarkan pula ke Cawangan Komunikasi IP Briged Sabah PGA dan kekal sehingga kini. Pada 4 Jun 2009 yang lalu, skuad telah tersenarai dalam pemangkuan pangkat Koperal dan terlibat sama dalam eksesais temuduga Cawangan Specialist yang baru lalu.

Skuad aktif dalam sukan terutamanya bola sepak, badminton dan ping pong. Selain sukan, skuad juga dan aktif dalam persatuan di mana skuad merupakan AJK PIBG bagi Kota Kinabalu High School. Sekiranya ada masa terluang, skuad juga akan turun ke laut untuk memancing di mana memancing merupakan hobi skuad.

Skuad mendirikan rumahtangga dengan gadis pilihannya yang berasal dari Alor Setar, Kedah Darul Aman pada 19 November 1994 dan dikurniakan dengan sepasang cahaya mata. Isteri skuad, Puan Jarila Bt. Ahmad bertugas sebagai seorang Pen. Jururawat di Klinik Kesihatan Luyang, Kota Kinabalu.

Sebelum mengakhiri sesi temubual, skuad berkata: " Kepada semua yang mengenali saya silalah menghubungi saya di dila@yahoo.com.my atau sekiranya ada kesempatan mungkin kita dapat bertemu di blog skuad kita. Kepada semua skuad, selamat maju jaya dalam karier anda"

p.s - kepada Bro Daud, terima kasih di atas kerjasama anda dan semoga berjaya dalam eksesais temuduga tempoh hari...

Bro Daud and Family

Bersama Bro T-din dan isteri serta Family Bro Shaironi

Bersama geng keras - T-din

Wajah sedih kerana pertama kali naik tugas Pen. Pegawai Bertugas


Saturday, July 11, 2009

L/Kpl 124084 Abdul Majid Bin Samsudin

Personaliti skuad kita kali ini adalah L/Kpl 124084 Abdul Majid Bin Samsudin. Skuad dilahirkan pada 07/05/1969 di Batu Pahat, Johor Darul Takzim dan merupakan anak ke-6 dari 8 orang adik-beradik.

Sejurus melapor diri di PULAPAH, skuad telah ditempatkan di dalam Platun 11, Komp C dan selesai mengikuti asas rekrut, skuad telah dihantar pula untuk mengikuti Kursus Asas PPH di Tupah, Kedah dan Ulu Kinta, Peark dalam Platun 13.

Selepas tamat Kursus Asas PPH, skuad telah ditransferkan ke KOMBAS PPH, Lahad Datu, Sabah dan kemudiannya Komp A, BN 14 PPH Tawau.

Skuad kata orang Sabah dah tak suka kat dia (alasan jer tu… bagitau la nak balik kampung) so pada 01/10/1997, skuad telah bertukar balik ke Malaya tapi masih pakai baju hijau keramat (PGA la tu…) di Platun 5, Kompeni ‘B’, Batalion 6 PGA Bakri, Muar, Johor.

Pada 01/09/2000, bilamana anggota-anggota yang lebih 10 tahun dalam PGA dah boleh bertukar pakai baju besi (GD lah tu) skuad telah ditukarkan ke Balai Polis Kulai, IPD Johor Bahru Zon Utara yang sekarang ni IPD Johor Bahru Utara. Kata skuad, semasa dia tukar ke Balai Polis Kulai, tempat tu tengah panas di mana peristiwa pembunuhan A/OCPD Johor Bahru Zon Utara pada masa tu iaitu Supt Tuan Mazlan.

Skuad kini bertugas di Cawangan kereta peronda IPD Kulaijaya, Johor.

Skuad mendirikan rumah tangga dengan pasangannya yang berasal dari Mersing pada 30/03/1997 dan dikurniakan dengan cahaya mata seorang anak lelaki yang kini berumur 10 tahun.

Menurut skuad, banyak kenangan dan pengalaman pahit manis yang diperolehi semasa dalam PPH dan PGA. Menurut skuad, bila kengkawan skuad mengimbas semula peristiwa hisap rokok pakai kertas surat kabar dan guna daun teh bagi menggantikan tembakau membuatkan skuad teringat semula masa beroperasi kat pulau. Teringat semula pengalaman terpaksa minum air payau kerana ketiadaan bekalan air bersih.

Skuad kata masa tu pergerakan ke pulau pakai bot PAC(bot aluminium) je. Pengalaman dipukul angin selatan dan ombak tinggi hanya TUHAN sahaja yang tahu perasaan dalam hati. Tahun 90-an tu juga zaman MONDOK ( lanun ) bermaharajalela dan pernah kengkawan yang sedag meronda di laut dikejar semula dengan ‘mondok’ pun ada. Agak-agaknya sapa la tu kan.....

Menceritakan pengalaman bertukar ke Cawangan Tugas Am, skuad menyatakan bahawa memang banyak yang kena belajar dan diulangkaji balik... lebih-lebih lagi bagi bekas PGA sepertinya. Bertugas dalam PGA senang jer.. kerja ikut arahan ... bergerak pun berkawan. Semangat setia kawan memang tinggi... tapi dalam GD ni maaf cakaplah... kena pandai-pandailah membawak diri. Kena tebalkan muka dan rajin ler bertanya.. kalau tak takde de orang nak ajar punya... Iya ker tu skuad....?? apa la punya polis macam tu...takde esprit de corps langsung...

Sebelum mengakhiri ceritanya....skuad berpesan : Kepada kawan-kawan yang mengenali, kalau nak berhubung call la no. tel 019-7352765 dan e-mail aku : abmajid69@gmail.com.


Bro Majid di sisi kereta kesayangannya....

Tuesday, July 7, 2009

L/Kpl 124042 Shamsul Ariff Bin Hj. Ramli

Hello skuad! Apa khabar semua? Diharapkan skuad semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan berbahagia selalu bersama keluarga dan karier. Pada kali ini seorang lagi teman skuad telah sudi berkongsi gambar dan biodata dirinya untuk tatapan rakan skuad yang lain. Terima Kasih skuad atas kerjasama skuad dan semoga ikatan persahabatan yang telah lama terjalin di antara semua rakan-rakan skuad akan dapat dipereratkan lagi dengan semangat skuad kita. Hidup Skuad 1/90!


Rakan skuad kita kali ini adalah L/Kpl 124042 Shamsul Ariff b. Hj. Ramli. Skuad dilahirkan pada 25 September 1965 di Johor Bharu. Pun begitu keluarga skuad sebenarnya berasal dari Ipoh, Perak. Ini kerana bapa skuad berkhidmat sebagai seorang anggota tentera dalam RAMD. Semangat kepahlawanan bapa skuad telah diwarisi oleh skuad kita yang memilih PDRM sebagai kariernya..


Skuad merupakan anak yg kelima dari lima orang adik beradik.


Sejurus melapur diri di Pulapah pada 7.1.1990, skuad telah dimasukkan ke platun 10 Kompeni C. Seusai kursus asas rekrut pada 8.7.1990, skuad telah di postingkan ke Kelang bersama L/Kpl 124182 Norazri Bin Taib (sekarang ni di cawangan MPV Kelang), P/Kpl 124365 Yuslee Bin Yunus (sekarang di Cawangan Persenjataan IPD Klang) dan Kpl 124368 Mohd Hasni Bin Halim (sekarang ni di Cawangan D9 IPK KL). Menurut skuad kita, hanya 4 orang je skuad 1/90 yang dihantar bertugas di Klang... namun sekarang dah ramai juga skuad 1/90 yang telah bertukar ke Klang.

Selepas setahun lebih skuad bertugas di Balai Klang, skuad ditugaskan pula di Pondok Polis Seksyen 25, Taman Sri Muda, Shah Alam (pada masa itu di bawah pentadbiran IPPD Klang) selama 8 tahun. Pada bulan Januari 2000, skuad ditukarkan pula ke Cawangan Ronda Jenayah bermotosikal di kawasan taman-taman perumahan Klang.


Pada 2.1.2001, permohonan skuad untuk memasuki Cawangan Persenjataan diluluskan namun pada bulan September 2002, skuad memohon untuk keluar dari Cawangan Persenjataan dan masuk ke Cawangan Stor Bekalan IPPD Klang hingga sekarang kerana masalah kesihatan isterinya.


Menurut skuad, tak ada pengalaman yang menarik bertugas di Klang ni, cuma penat kerana berdepan dengan karenah penagih dadah yg banyak menyumbangkan kepada peningkatan kadar kes Pecah Rumah, Ragut dan Samun di kawasan Klang. Tambahan pulak sejak tahun 1995, Klang telah dibanjiri dengan pendatang asing dari Indonesia, India, Bangladesh, China dan Burma. Menurut skuad lagi, diaorang ni jugalah yang banyak menambah kepada peningkatan jenayah di Daerah Klang... peh, cara skuad cakap ni dah macam OCS Kelang lak.....hehehe.. wokay ler tu skuad... semangat tu yang penting...


Skuad mendirikan rumahtangga pada 26.6.1995 dengan pasangannya Puan Nor Sazira Bt. Ahmad Sadri yang berasal dari Parit, Perak (yeop ngan yong rupanya... elok bebenor ler tu). Isteri skuad merupakan suri rumah sepenuh masa. Pada 10.5.1996, skuad dikurniakan seorang anak lelaki (tunggal). Anak yang ke dua skuad meninggal dunia 2 hari selepas dilahirkan. Selepas isteri skuad mengalami keguguran sebanyak 2 kali, Doktor telah menasihatkan supaya isteri skuad tidak mengandung lagi kerana ia akan membahayakan nyawanya disebabkan isteri skuad menghidap penyakit S.L.E.


Masa lapang skuad biasanya digunakan untuk keluar dengan geng mancing sekitar Pelabuhan Klang. Menurut skuad, kalau cuaca cantekkk.. skuad keluar cari ayam hutan buat lauk dengan geng yang lain pulak. Menurut skuad lagi, tak banyak aktiviti yang boleh dibuat di Klang ni.... iye ke ni skuad...


Sebelum mengakhiri ceritanya skuad berpesan... "kalau skuad-skuad sampai di Klang, jangan lupa singgah di Cawangan Bekalan IPPD Klang. Kalau ada yang kaki pancing, boleh pakat-pakat cari lubuk ataupun cari port ayam hutan pun ok gak....."


Skuad juga mengirim salam kepada rakan-rakan skuad yang masih mengenali dirinya. Skuad boleh dihubungi melalui emel : shampsjn@hotmail.com atau hp : 013-3896670.


p.s- Apa Khabar Skuad? mengucapkan ribuan terima kasih dan selamat maju jaya kepada OCS Kelang.. Bro Sham kita...


Platun 10 bergambar beramai-ramai bersama OC Kompeni

Khusyuk menelaah pelajaran undang-undang... iye ke ni Bro... bukan ingat nak shoping apa kat van Ah Kun ker...

bersama pari tangkapannya.... emm masak apa sedap ni... bakor ke atau asam pedas ???

gambar terbaru... April 2009 - skuad bersama Aruan Tasik yang telah dipancing oleh Bro Shaironi... err.. sori Bro Sham sendiri.. hehehe...

Bro Sham bersama isteri dan anak tersayang...

Sunday, July 5, 2009

Kpl 124971 Mohd Jeffri Bin Rasidi

Apa Khabar Skuad?..Pada kali akan memaparkan kisah teman skuad kita yang dilahirkan pada 9/6/1968 di Muar Johor iaitu Kpl 124971 Mohd Jeffri B Rasidi. Pada usia 11 tahun skuad kita telah berpindah ke Kluang Johor. Merupakan anak ke-2 dari 9 orang adik beradik.


Memasuki PDRM dengan mengikuti Latihan Asas Konstabel dalam Platun 17 Kompeni ‘B’ Pulapol Kuala Lumpur. Skuad menjalani latihan Asas PPH di Ulu Kinta Perak dalam Platun 4 ( Platun Juara Pertandingan Jalan Lasak di Tupah..Kata Skuad). Seterusnya skuad mengikuti Kursus Asas Semboyan selama 6 bulan di SLUKK, Bakri,Muar,Johor.


Pada 21/5/1991 Skuad telah melapor diri di Bn 16 PGA Kota Kinabalu dan seterusnya skuad telah di tempatkan di Kompeni ‘C’ Bn 16 PGA Kudat. Teman skuad telah bertemu jodoh dengan orang Kudat..dan telah berkahwin dengan pasangannye Pn Kamaria Bte Muluk pada 12/6/1993. Kini Skuad telah di kurniakan 4 orang anak ( 2 lelaki dan 2 perempuan)


Pada June 1996 skuad telah mengikuti Kursus Asas Teknisyen di Sekolah Latihan Semboyan IPK Sabah selama 1 tahun. Kata skuad….ingin bertukar angin dan pengalaman kerja…..Dah kepuasan keluar masuk Operasi Pulau-Pulau sekitar Kudat. Pada 16/7/1997 skuad telah di tempatkan sebagai anggota Teknisyen Bn 16 PGA Kota Kinabalu sehingga sekarang.


Skuad telah dinaikan pangkat Koperal pada 11/10/2005. Merupakan seorang yang tekun dan teliti dalam melaksanakan penugasan. Skuad juga aktif dalam sukan terutamanya bolasepak… Mewakili Komp ‘C’ Kudat serta Bn 16 PGA Kota Kinabalu dalam kejohanan setempat dan sekitarnya.


Sebelum berakhir sessi ramah mesra saya bersama teman skuad kita ni….Beliau sempat meluahkan harapan serta doa kepada semua teman-teman skuad 1/90. Semoga Reunion yang dirancang pada awal tahun hadapan menjadi realiti dan titik mula bagi mengeratkan sillaturahim yang kian terjalin. Jangan jadikan jarak pemisah satu halangan untuk kita berkumpul bersama. Beliau juga mendoakan kesejahteraan..ketenangan…keamanan dan kejayaan bagi semua teman skuad tidak kira dimana jua berada.Amin.


Bersantai bersama teman seperjuangan sebelum sampai ke destinasi
Pulau Operasi

Lagak Rambo Bro Jeffri di Pulau Malawali Kudat..time Operasi

Dari kiri..Acong, Majid, Bro Jeffri & Roszalan sewaktu XPDC mendaki Gunung Kinabalu

Juara serantau Daerah Kudat,Kota Kinabalu & Kawasan sewaktu dengannya

Wadduh...Koyo Panglimo Jowo...Seng Gagah Bangget...Steady Wak.

Gambar persandingan Bro Jefrri bersama isteri Pn Kamaria ditemani putera & puteri
(anak-anak...Farhan,Kak Miza, Azim & Wani)
Gambar ini hanya lakunan semula Bro Jefrri bersama keluarga.. Jangan salah sangka.


Ps.. Tq kepada Bro Jeffri...atas kerjasama yang telah diberikan bagi memeriahkan blog skuadkita... Wa tabik Lu Bro...sporting sungguh....Semoga bahagia selalu....

Friday, July 3, 2009

Platun 10 PULAPAH

Gambar nostalgia kali ini adalah sumbangan dari skuad kita iaitu Sham Ramli - shampsjn@hotmail.com. Apa khabar Skuad? mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan dan kerjasama yang telah diberikan dan diharapkan ramai lagi teman-teman skuad dapat menyumbang kepada blog kita ni. Untuk Bro Sham, terima kasih dan sila hantar gambar dan profail/biodata supaya dapat disiarkan di laman ni..

anggota Platun 10, Kompeni C PULAPAH....

gambar skuad sedang dalam Ops Kilat Kasut....

Thursday, July 2, 2009

Kpl 124329 Khairudin Bin Zakaria

Kpl Khairudin Bin Zakaria dilahirkan pada 09/05/1968 di Kg. Mengkuang Layar, Simpang Empat, Perlis Indera Kayangan. Skuad merupakan anak ke 5 dari 7 orang adik-beradik.


Sejurus melapor diri skuad telah menyertai Platun 19 Kompeni E PULAPAH. Skuad kemudiannya mengikuti Kursus Asas PPH di Ulu Kinta dalam Platun 19 juga. Selepas tamat KAPPH, skuad telah ditugaskan sebagai anggota Infantri di Kompeni B Batalion 16 Pasukan Polis Hutan yang berpengkalan di Keningau, Sabah pada 19 November 1990.


Pada 15 Februari 1993, skuad telah ditukarkan ke Platun 7 Kompeni C Batalion 7 Pasukan Gerakan Am yang pada ketika itu berpengkalan di Sandakan, Sabah. Skuad telah disahkan ke jawatan Konstabel pada 07 Januari 1993 selepas selesai menghadiri Kursus Pengesahan Jawatan Konstabel di PULASIOL Kuching, Sarawak.


Pada tahun 2001, skuad telah ditukarkan ke Cawangan Risik Batalion 15 PGA Sandakan. Pada 16 Jun 2004, skuad telah ditukarkan pula ke Batalion Khas 19 PGA di Cawangan Gerakan Kompeni A. Pada 16 Oktober 2006, skuad telah ditukarkan pula ke Cawangan Gerakan Batalion Khas 19 PGA dan menjalankan tugas Koperal Gerakan sehinggalah sekarang.


Skuad merupakan seorang yang bergiat aktif di dalam sukan sepaktakraw dan antara penyertaannya dalam sukan tersebut adalah seperti berikut :-


1. Mewakili Sabah dalam Pertandingan Sepaktakraw Piala KPN 1995 – 2003

2. Mewakili Sabah dalam Pertandingan Sepaktakraw Piala Borneo 2000 – 2003

3. Mewakili Briged Tengah PGA dalam Pertandingan Sepaktakraw Piala KPN 2005

4. Dilantik sebagai Pengelola Sukan Sepaktakraw Bn Khas 19 - 2007


Selain aktif dalam sukan, skuad juga berkebolehan menjadi pengacara majlis dan sering kali terlibat sama dalam acara-acara rasmi dan tidak rasmi di peringkat Batalion dan PDRM. Skuad juga seorang yang giat berpersatuan dan antara jawatan yang pernah disandangnya adalah seperti berikut :-


1. Setiausaha PPRPD Bn 15 PGA – 2000 – 2003

2. Pen. Setiausaha PPRPD Briged Sabah – 2001 – 2003

3. Pen. Setiausaha PPRPD Bn Khas 19 PGA – 2007


Antara pengalaman skuad dalam tugas adalah skuad turut terlibat dalam operasi khas bersama Komando 69 dan berjaya menangkap 16 orang penjenayah dan merampas sebanyak 23 laras senjata api pelbagai jenis di Sandakan, Sabah pada tahun 1997.

Skuad mendirikan rumah tangga dengan pasangannya Puan Salmah Bt. Madnor yang berasal dari Sandakan, Sabah pada 28 Ogos 1997 dan dikurniakan dengan 2 orang anak lelaki.


Dalam e-melnya, skuad turut menyatakan :

Biarpun dari mana kita datang, Utara, Selatan, Timur dan Barat, biar renggang di fana dunia, biar hina di mata manusia, biar tinta lapuk ditelan masa, biar suratan menentu usia namun tidak tergadai silaturrahim kita.... Mana-mana member skuad yang baca blog ni sila hubungilah saya sama ada melalui telefon atau e-mel di dinz4329@yahoo.com’.



skuad semasa di alam persekolahan

dalam kelas undang-undang semasa rekrut di Pulapah

bersama teman skuad di Muzium Arkeologi di Merbuk, Kedah Darul Aman..

semasa menyertai Ops Tayang di Semporna, Sabah..

tengah menghendap penyu bertelur ....

bergambar bersama Kol. Mahmood, CO 8 RAMD, anggota ATM dan anggota PGA di
Pulau Lankayan, Sabah pada tahun 2003

menghadiri mesyuarat PPRPD Sabah pada tahun 2003

orang kuat PPRPD...