Hello skuad semua... apa khabar? Sori kerana lama tak menulis dalam blog kita ni... sibuk skuad... mana dengan kerja, mana lagi dengan urusan famili... pening-pening dibuatnyer.. Tapi takpa, kali ini kita ada seorang lagi teman skuad untuk diperkenalkan dalam blog kita ni..
Teman skuad kita kali ini iaitu Bro Mat Daud Bin Nurdin telah dilahirkan pada 24 September 1969 di Lumut, Perak Darul Ridzuan. Skuad merupakan anak ke-6 dari 8 orang adik beradik.
Skuad merupakan anggota Platun 15, Kompeni 'B' PULAPOL dan kemudiannya sebagai anggota Platun 4 semasa Kursus Asas PPH. Skuad juga turut serta mengikuti Kursus Semboyan di Muar, Johor sejurus selesai mengikuti Kursus Asas PPH.
Selesai mengikuti Kursus Asas Semboyan, skuad telah ditugaskan di dalam Platun 2 KOMBAS Lahad Datu selama 4 tahun sebelum ditukarkan di dalam Platun 7, Kompeni 'C' Bn 15 PPH Sandakan. Pada 1 Januari 1995, skuad telah dinaikkan pangkat ke pangkat Lans Koperal. Pada tahun 1998, skuad telah ditukarkan pula ke Cawangan Komunikasi IP Briged Sabah PGA dan kekal sehingga kini. Pada 4 Jun 2009 yang lalu, skuad telah tersenarai dalam pemangkuan pangkat Koperal dan terlibat sama dalam eksesais temuduga Cawangan Specialist yang baru lalu.
Skuad aktif dalam sukan terutamanya bola sepak, badminton dan ping pong. Selain sukan, skuad juga dan aktif dalam persatuan di mana skuad merupakan AJK PIBG bagi Kota Kinabalu High School. Sekiranya ada masa terluang, skuad juga akan turun ke laut untuk memancing di mana memancing merupakan hobi skuad.
Skuad mendirikan rumahtangga dengan gadis pilihannya yang berasal dari Alor Setar, Kedah Darul Aman pada 19 November 1994 dan dikurniakan dengan sepasang cahaya mata. Isteri skuad, Puan Jarila Bt. Ahmad bertugas sebagai seorang Pen. Jururawat di Klinik Kesihatan Luyang, Kota Kinabalu.
Sebelum mengakhiri sesi temubual, skuad berkata: " Kepada semua yang mengenali saya silalah menghubungi saya di dila@yahoo.com.my atau sekiranya ada kesempatan mungkin kita dapat bertemu di blog skuad kita. Kepada semua skuad, selamat maju jaya dalam karier anda"
p.s - kepada Bro Daud, terima kasih di atas kerjasama anda dan semoga berjaya dalam eksesais temuduga tempoh hari...
Bro Daud and Family
No comments:
Post a Comment