Saturday, August 22, 2009

Ganjaran Puasa Ramadhan

Hadith : Riwayat Bukhari & Muslim

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”


Huraian
Pengajaran Hadis:


i) Puasa merupakan perkara ‘dharuriah’ dalam agama di mana sesiapa yang mengingkari wajibnya puasa maka ia menjadi kufur, manakala sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur syarie, hendaklah ia dihukum.


ii) Puasa memaksa kita meninggalkan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan untuk melakukannya (sebelum Ramadhan). Dengan itu puasa sebenarnya dikatakan sebagai pendidik untuk kita menjadi lebih tegas, berdisiplin dan sabar dalam berhadapan dengan sebarang godaan sepanjang Ramadhan berlangsung.


iii) Bulan Ramadhan dikenali juga sebagai bulan prestasi, di mana Allah memberikan kesempatan kepada orang-orang yang beriman untuk memperbaiki darjatnya di sisi Allah S.W.T bahkan di bulan ini semua aktiviti yang harus di sisi syarak dikira sebagai suatu ibadah kepada Allah S.W.T.


iv) Puasa yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata akan bernilai sepuluh kebajikan (atau lebih). Oleh itu orang yang puasa di bulan Ramadhan dan diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal dinilai sama dengan puasa sepanjang tahun. Hal demikian disebutkan dalam hadis Rasulullah s.a.w.


v) Ramadhan adalah bulan ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti yang dilakukan oleh para salafus-soleh. Dengan itu kita hendaklah benar-benar berusaha agar tidak ada waktu berlalu tanpa amal soleh sepanjang Ramadhan ini kerana bulan Ramadhan adalah bulan permohonan, munajat, hidayah dan meraih petunjuk kebenaran daripada Allah S.W.T.


Skuad..dalam menjalani ibadah puasa....jangan lupa solat terawih


p.s.. wallahua'lam dari Apa Khabar Skuad?

Wednesday, August 19, 2009

Salam Ramadhan Al Mubarak

Apa khabar skuad? Esok umat Islam di Malaysia akan mula menjalani ibadah puasa. Sepertimana umat Islam lainnya, rakan-rakan skuad kita yang berugama Islam juga turut sama menjalani rukun Islam ke-4 ini. Sebagai pembuka bicara Ramadhan ini, berikut disampaikan sebuah hadis untuk renungan kita semua:

Imam Ahmad dan alNasai telah meriwayatkan sebuah hadis dengan isnad yang sahih daripada Abu Hurairah r.a. Beliau telah berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda :

“Ramadhan telah datang kepada kamu yang merupakan bulan berkat dan Allah SWT telah mewajibkan puasa dalam bulan ini. Semua pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup serta dibelenggu syaitan. Ia mempunyai satu malam yang lebih baik dari seribu bulan dan sesiapa yang tidak bertemu dengannya ia sangat rugi.”

Ibn Rejab telah berkata : Hadis ini pada asalnya ialah sebagai ucapan tahniah kepada manusia dengan kedatangan Ramadhan. Bagaimana orang beriman tidak mendapat berita gembira dengan terbukanya pintu syurga? Dan bagaimana orang berdosa tidak mendapat berita gembira dengan tertutupnya pintu neraka? Bagaimana pula orang yang berakal tidak mendapat berita gembira dengan terbelenggunya segala syaitan?

Walaupun dalam keadaan berlapar dan dahaga serta perit dipanah terik mentari, skuad bersama-sama rakan-rakan seperjuangan lainnya tetap tabah untuk melaksanakan perintah Tuhan yang Esa. Tak kira di mana ditugaskan, samada di simpang-simpang jalan, kota ataupun desa, di samudera, di awan biru atau di pulau-pulau perbatasan negara, tugas dan tanggungjawab sebagai pegawai dan anggota Polis DiRaja Malaysia tetap jua ditunaikan. Bersabarlah skuad kerana pengorbanan ini ada ganjarannya!

p.s - Apa Khabar Skuad? mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak dan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua rakan skuad yang berugama Islam.

Tuesday, August 18, 2009

Kpl 124375 Bahrusham Bin Bakri

Hello skuad! Apa khabar? Personaliti yang akan kita sorotkan kali ini adalah rakan skuad kita iaitu Kpl 124375 Bahrusham. Skuad dilahirkan pada tanggal 06 Mei 1970 di Tawau, Sabah. Anak sulung dari 8 orang adik beradik ini telah menceburi kerjaya sebagai seorang anggota polis dengan menyertai Platun 20, Kompeni 'E' PULAPAH. Sehabis kursus asas kepolisan, skuad telah ditugaskan di Unit Polis Pelancong, IPK Kuala Lumpur.

Pada bulan Julai 1999, selepas hampir 10 tahun bertugas jauh di perantauan nun di Semenanjung Malaysia, permohonan skuad untuk bertukar ke Sabah Negeri Di Bawah Bayu telah diluluskan di mana skuad telah ditugaskan sebagai anggota Tugas Am, IPD Tawau.

Pada tahun 2005, skuad telah ditugaskan pula di Pondok Polis Merotai, Tawau. Ogos 2008, skuad telah dinaikkan pangkat ke pangkat Koperal dan skuad telah ditukarkan pula untuk bertugas kembali di IPD Tawau iaitu di Cawangan Latihan dan kekal sehingga kini dengan perjawatan sebagai Koperal Latihan/Sukan.

Skuad menggemari sukan bolasepak dan pernah aktif dalam sukan tersebut di mana skuad pernah mewakili Unit Polis Pelancong, IPK Kuala Lumpur dalam kejohanan Bolasepak Piala KP Selangor. Dalam aktiviti persatuan pula, skuad kini menganggotai AJK PIBG bagi Sekolah Rendah Bombalai (M) Tawau. Menurut skuad, hobi kegemarannya adalah berburu dan memancing. Sekiranya ada kesempatan dan masa, skuad akan cuba meluangkan masa dengan hobinya itu.

Skuad mendirikan rumahtangga dengan gadis pilihannya yang berasal dari Seri Aman, Sarawak pada tanggal 2 Ogos 1997 dan pada 2 Ogos yang lalu telah meraikan ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-12. Isteri skuad, Puan Nuradlina Shafika merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Hasil perkongsian hidup skuad dan isterinya telah dikurniakan Tuhan dengan 4 orang anak iaitu 3 perempuan dan 1 lelaki.

Kepada rakan-rakan skuad yang berhajat untuk menghubungi skuad, bolehlah menghantar e-mel kepada skuad di alamat e-mel bb124375bsham@yahoo.com.

p.s- Apa Khabar Skuad? mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan dan selamat maju jaya kepada Kpl 124375 Bahrusham.

skuad bergambar di hadapan blok Kompeni 'E'

segak bergaya dengan seluar pendek nyer....

Unit Polis Pelancong, IPK KL

tengok apa tu bro?... ler siap ada yang lentuk sekali... ish, ish, ish...

satu 'shot' bersama teman-teman... Yang melengkung kat belakang tu Yussaini...

bergaya bersama teman-teman...

bergambar bersama teman-teman selepas selesai aktiviti merentas desa..

Kpl Guna, guru kelas undang-undang...

waktu senggang di PULAPAH ...

Friday, August 14, 2009

1 Malaysia


Hello skuad! Apa khabar? Sori la skuad, lama benar tak update blog... saya gi 'out station'. Tu la yang tak update tu... Ok, kali ni saya nak bawak perhatian skuad semua tentang sambutan hari kemerdekaan negara kita ke 52.

Seperti mana skuad semua sedia maklum, sambutan Hari Merdeka 2009 kali ini akan berlangsung dalam bulan Ramadhan dan akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Difahamkan bahawa ini adalah pertama kalinya sambutan kemerdekaan peringkat kebangsaan diadakan di dalam stadium dengan bertemakan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Logo 1 Malaysia adalah berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Logo 1 Malaysia juga dilengkapkan dengan lagu khas Satu Malaysia yang telah dicipta oleh Nik Nizam dan Errie Naham serta liriknya ditulis oleh Lokman Ghani. Tema, logo dan lagu bagi sambutan kemerdekaan ke 52 ini sebenarnya berasaskan slogan dan konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Untuk pengetahuan skuad semua, pelbagai acara akan diadakan selama sebulan sempena sambutan bulan kemerdekaan bermula dari 12 Ogos hingga 10 Oktober. Sambutan Bulan Kemerdekaan ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya pada 12 Ogos dan berakhir di Kuching, Sarawak pada 10 Oktober serentak dengan perayaan Hari Malaysia.

Ni ha, lirik lagu nyer...

Satu Malaysia

Berdiri, Teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan, Mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Satu Malaysia untuk semua

Monday, August 3, 2009

Kpl/D 125009 Mazli Bin Muhammad

Apa Khabar Skuad?... Pagi tadi..sewaktu time minum & sarapan di port biasa restoran Sri Habsah,Kepayan..Gua teserempak teman skuad yang jarang-jarang dapat ketemu. Apa lagi..bermula la sessi temubual...kutuk mengutuk...biasa la skuad kita ni.

Di al-kisahkan.. teman skuad kita yang dilahirkan pada tanggal 12/10/1969 di Mersing, Johor...
(Salah seorang keturunan Damak.. dalam filem Sri Mersing). Merupakan anak ke-3 dari 4 orang adik beradik.

Kpl Mazli B Mohammad mengaggotai PDRM dengan menjalani Latihan Asas Konstabel bersama Platun 18 di Kompeni 'B' Pulapol, Kuala Lumpur pada tahun 1990. Dikenali dengan panggilan Belatuk oleh teman-teman rapat skuad ni..(nak tau kisahnye..kena tanya Bro Mazli..hehehe..relax skuad!!!)

Setelah tamat latihan skuad telah di tugaskan sebagai anggota MPV di Ampang Jaya. Setelah berkhidmat selama 13 tahun...(lama tu Bos), skuad telah bertukar cawangan dan formasi.. (nak bertukar angin ke apa ke...tidak tau lak). Pada 16/06/2003 Bro Mazli skuad telah melapor diri di Cawangan Narkotik IPK Pahang.

Skuad telah mendapat kenaikan pangkat Koperal pada tahun 2004...(murah rezeki kata skuad..bila dah beralih cawangan ni). Skuad ingin mencurahkan bakti di Negeri Bawah Bayu....dan pada 16/12/2006 Bro Mazli telah memulakan tugas kepolisian di IPD Karamunsing, Sabah dalam Cawangan Narkotik hingga kini. Skuad juga aktif dalam sukan..terutamanya bolasepak.

Skuad kita ni masih bujang...nape la tu?.. Sebenar-benarnya Bro Mazli telah bertemu jodoh dengan pasangannya Pn.Nazipah Bt Bidin, seorang guru yang berasal dari Negeri Penyu menangis ( Terengganu). Mendirikan rumahtangga pada 16/6/1994.. ( tarikh kenangan kata skuad).Kini skuad telah dikurniakan 4 orang anak, 3-lelaki dan 1-perempuan. Bro Mazli bersyukur kerana di anugerahkan anak perempuan yang bakal menjadi 'Unduk Ngadau' dilahirkan di Kota Kinabalu,Sabah pada 31/05/2008.. (Hari Pesta Kaamatan)

Sebelum akhir bicara...dalam kesibukan tugas...teman skuad sempat juga mendoakan kesejahteraan semua teman skuad....tidak kira dimana berada..dimana jua bertugas...dalam apa situasi pun....kita tetap skuad 1/90..semoga sentiasa tabah dan cekal dalam melaksanakan tanggungjawab kita.

Jelingan Bro kepada orang-orang yang disyaki..

Hahaha...skuad menceritakan cara mengertak orang....caya la Bro

Masih macho teman skuad kita ni kan...cool je.

p.s.. Mekasih kepada Bro Mazli yang sudi memeriahkan laman apa khabar skuad? semoga rezeki Bro melimpah ruah di Negeri Bawah Bayu ni...jumpa di Reunion....