Thursday, January 28, 2010

Lagi Gambar Majlis Reunion Skuad 1/90

peace no war!...

syok jumpa kengkawan lama...

control hansem... hehehe!!

peh!!! penuh perasaan ler.. bro!

jangan ler serius sangat bro...

Mohd Kassim, Hanif dan Wan Makhtar...

skuad dari IPD Penampang... nama? (help!)

skuad dari PGA Sandakan.... nama? (help!)

Nasruddin Malek...

bersalam-salaman sebelum bersurai...

bila nak jumpa lagi ni skuad?

Tuesday, January 26, 2010

Gambar Majlis Reunion Skuad 1/90

dua? dua apa tu Pak Usu?....

Roszalan dan A-Seng..

Azlan, Shukor dan Ojo....

Sazari @ .......

Jeffri Rasidi dan Md Dros...

Yusof, orang Bukit Gantang... la orang kampung teman ropanyer...

peserta tempat ke-922 acara karaoke... dapat hadiah t-shirt... hehehe!

Prof Roszalan, pakar motivasi UCLA sedang memberikan taklimat.... hehehe sori skuad acah jer...

Sunday, January 24, 2010

Majlis Reunion Skuad 1/90

Kota Kinabalu, 24 Januari 2010. Bertempat di Airport View Hotel, Tg. Aru, malam tadi (23 Januari 2010) telah berlangsungnya Majlis Reunion Skuad 1/90. Majlis yang julung kalinya diadakan ini telah dirasmikan oleh SM Muhd Rizal Bin Kamarolzaman, Pengerusi AJK Penaja Malis Reunion Skuad 1/90.

Majlis yang bermula pada jam 1945 hrs dan berakhir jam 2315 hrs ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di mana seramai 50 orang pegawai dan anggota dari Skuad 1/90 telah hadir dalam majlis ini. Kehadiran bukan sahaja terhad kepada pegawai dan anggota yang bertugas di Kota Kinabalu malah turut disertai oleh pegawai dan anggota yang bertugas di lain-lain daerah Negeri Sabah termasuk dari Semenanjung Malaysia.

Walaupun kehadiran adalah kurang 0.05 % dari jumlah sebenar keanggotaan Skuad 1/90, namun semangat yang ditunjukkan oleh mereka yang hadir amat membanggakan. Keseluruhannya meminta supaya majlis ini diteruskan di tahun-tahun yang mendatang. Pengerusi AJK Penaja dalam ucapan perasmiannya merakamkan ucapan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua rakan skuad yang telah sudi meluangkan masa dan wang ringgit untuk hadir ke majlis ini.

Para hadirin kemudiannya dipersembahkan dengan tayangan slideshow 'Mengimbas Nostalgia' yang memaparkan gambar-gambar anggota Skuad 1/90 dari sebelum memasuki PDRM sehingga gambar terkini. Majlis turut dimeriahkan dengan acara Karaoke dan sesi 'Memperkenalkan Diri'.

pertemuan semula teman-teman lama

tengok apa tu?..

ok... say cheese!!!

1 platun... KAPPH

apa benda la tu bro...

posing..

bergambar ramai sebelum majlis bermula...

beramah mesra

Pengacara Majlis...

bacaan doa oleh AlFadhil Ustaz ...

Sjn Ramli Che Ros, Pengerusi Jawatan Kuasa Penganjur Majlis...

Pengerusi AJK Penaja

testing...

bergambar beramai-ramai...

anugerah penampilan terbaik jatuh kepada....

tulis apa tu skuad?....

p.s - Kepada mereka yang datang dari luar Kota Kinabalu, Apa Khabar Skuad? mengucapkan syabas di atas komitmen dan pengorbanan rakan skuad semua. Kepada rakan skuad dari Kota Kinabalu... tq!

Monday, January 18, 2010

Majlis Reunion Skuad 1/90

Salam satu skuad..Semoga semua teman skuad sihat sejahtera dalam apa jua situasi dan dimana jua berada.

Apa khabar skuad? Ingin memaklumkan keputusan mesyuarat AJK Penganjur Majlis Reunion Skuad 1/90 yang di pengerusikan oleh SM Muhd Rizal pada 16/01/2010 (Sabtu) bertempat di Batalion 16 PGA KK. Majlis Reunion skuad 1/90 akan diadakan pada ketetapan berikut.

Tempat : Airport View Hotel, Kota Kinabalu
Tarikh : 23/01/2010
Masa : 1930 Hrs
Pakaian : Baju Batik


Apa khabar skuad?..Dengan ini memaklumkan, memberi ingatan, menjemput semua teman skuad yang telah melunaskan pembayaran penyertaan agar dapat menghadirkan diri pada ketetapan tersebut. Di anggarkan kehadiran teman skuad di majlis nanti melebihi 1 platun.. tahniah teman skuad.

Diantara pengisian di Majlis Reunion itu nanti.... semua teman-teman skuad akan diwajibkan ke pentas utama untuk acara misteri.. Bukan apa... cuma menceritakan kisah hidup peribadi, pengalaman dalam kerjaya, pengalaman di rantauan, pandangan serta saranan halatuju skuadkita dsb.. Tentu tidak menjadi masalah dan halangan kan? Dah 20 tahun kita semua berkhidmat.. tentu banyak perkara yang boleh kita kongsi bersama.. Skuadkita tetap boleh...

p/s: Akhir kalam dari Apa khabar skuad?.... selamat ketemu di Reunion skuad 1/90.


Friday, January 8, 2010

Majlis Tahlil Dan Bacaan Surah Yassin Skuad 1/90


Malam semalam (Khamis) 07/01/2010 bertempat di Surau Batalion 16 PGA Kota Kinabalu telah diadakan Majlis Tahlil Dan Bacaan Surah Yassin sempena ulangtahun ke - 20 Skuad 1/90. Seramai lebih kurang 80 orang hadirin telah hadir dalam majlis tersebut yang turut dihadiri oleh DSP Abdul Rasyid Bin Abdullah, Ajutan Briged Sabah PGA.

Kehadiran teman-teman Skuad 1/90 juga agak memberansangkan di mana pada mulanya dijangkakan hanya 20 ke 25 orang jer yang akan hadir namun apa yang berlaku sebaliknya di mana lebih kurang 40 orang teman dari pelbagai cawangan turut hadir dalam majlis tersebut. Syabas diucapkan kepada teman skuad yang hadir kerana walaupun sibuk dengan tugas namun masih sempat meluangkan masa meraikan majlis ulangtahun tersebut. Syabas juga diucapkan kepada teman-teman seperti Saidi Cheik, Noor Ezam Ibrahim, Osman Abd Talib, Jumati Masih, Roslih Kadir dan Roslan Mustakim (sekadar menyebut beberapa nama) kerana turut sudi hadir ke majlis tersebut.

Syabas juga diucapkan kepada semua Ahli Jawatan Kuasa Penaja Majlis Reunion Skuad 1/90 yang diterajui oleh Pengerusinya SM Muhd Rizal Bin Kamarolzaman yang telah berusaha gigih untuk merealisasikan majlis ini. Kerja keras AJK, kerjasama dan kehadiran teman-teman Skuad 1/90 membuktikan keakraban dan semangat setiakawan Skuad 1/90. Kepada teman-teman skuad yang hadir, gua salute u all!

Oh ya, lupa nak bagitau lak.... bacaan Surah Yassin telah dipimpin oleh 'Ustaz' L/Kpl Anuar manakala Majlis Tahlil dipimpin oleh 'Ustaz' Insp. Ku Azam.

Tak lupa juga sebagai mewakili teman-teman skuad yang hadir, Apa Khabar Skuad?mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kpl Sahadan Bin Ali yang telah bertungkus lumus menyediakan jamuan selepas majlis tahlil tersebut...

p.s - kita jumpa nanti di Majlis Reunion Skuad 1/90 di Airport View Hotel, Kota Kinabalu...

pertemuan teman skuad dari 3 cawangan PDRM. Ezam - PGM, Abdullah - PGA dan Rizal - UUP

Ucapan alu-aluan dari Rizal selaku Pengerusi AJK Penaja...

antara teman skuad yang hadir...

bergambar ramai selepas majlis tahlil...

sementara menunggu giliran, jamah apa yang ada dulu....

Sjn Manap, Sjn Ruslan, Sjn Ramli, Cikgu Saidi, L/Kpl Amran dan Kpl Atan...

lagi 'posing' bersama teman-teman skuad...

mesyuarat tergempar di pengerusikan oleh Sjn Ramli... SM Rizal, Pengerusi AJK Penaja sakit tekak katanyer...

teman-teman skuad...

bergambar bersama sekali lagi sebelum bersurai...

Wednesday, January 6, 2010

Apa Kata Skuad???

Diantara wajah-wajah yang menjayakan blog...
Teman-teman skuad yang pernah menghiasi blog skuadkita
Sokongan dari teman skuadkita...segak bergaya

Apa khabar skuad? Salam 1 Skuad kepada semua teman skuad 1/90. Semoga semuanya dalam tenang damai bersama keluarga dan kerjaya... tidak kira diamana jua berada.. dalam cawangan & bahagian mana sekali pun... biarpun teman-teman yang telah meninggalkan kerjaya kepolisian.

Apa kata skuad?... Pada tanggal 07/01/2010 genaplah usia kita semua 20 tahun dalam perkhidmatan PDRM. Kita imbau kembali pada 07/01/1990.. bermulalah perubahan dalam kehidupan kita.. berubah dari orang awam menjadi seorang anggota PDRM... kita semua dengan cekal menerima pembentukan disiplin dalam diri... kita menjadi lebih dekat dengan undang-undang... kita juga yang menegakkan serta mendaulatkan undang-undang yang termaktub. Berbanggakah kita?

Apa kata skuad?.. Setelah 20 tahun berkhidmat.. pernahkah kita kenang keringat yang mengalir sewaktu menjalani latihan.. berpanas... berhujan, semua kita harungi. Kita cekal dan tabah menghadapi semua ujian dan dugaan.. kerana kita masih muda dan bertenaga waktu itu. Setelah 20 tahun dalam PDRM... adakah kita masih cekal, kuat dan bersemangat? 20 tahun bukanlah satu jangkamasa yang singkat.

Apa kata skuad?... 20 tahun kita semua masih kekal dan setia bersama menegakkan maruah bangsa dalam melaksanakan undang-undang.. mempertahankan maruah negara.. adakah kita semua sentiasa dihargai? 20 tahun telah mendewasakan kita dalam perkhidmatan.. berfikirlah secara matang, tenang, bijaksana, telus, jujur dan ikhlas dalam tindakan.

Sempena sambutan ulangtahun ke-20 skuad 1/90 pada 07/01/2010.. Apa kata skuad?