Diantara wajah-wajah yang menjayakan blog...
Teman-teman skuad yang pernah menghiasi blog skuadkita
Sokongan dari teman skuadkita...segak bergaya
Apa khabar skuad? Salam 1 Skuad kepada semua teman skuad 1/90. Semoga semuanya dalam tenang damai bersama keluarga dan kerjaya... tidak kira diamana jua berada.. dalam cawangan & bahagian mana sekali pun... biarpun teman-teman yang telah meninggalkan kerjaya kepolisian.
Apa kata skuad?... Pada tanggal 07/01/2010 genaplah usia kita semua 20 tahun dalam perkhidmatan PDRM. Kita imbau kembali pada 07/01/1990.. bermulalah perubahan dalam kehidupan kita.. berubah dari orang awam menjadi seorang anggota PDRM... kita semua dengan cekal menerima pembentukan disiplin dalam diri... kita menjadi lebih dekat dengan undang-undang... kita juga yang menegakkan serta mendaulatkan undang-undang yang termaktub. Berbanggakah kita?
Apa kata skuad?.. Setelah 20 tahun berkhidmat.. pernahkah kita kenang keringat yang mengalir sewaktu menjalani latihan.. berpanas... berhujan, semua kita harungi. Kita cekal dan tabah menghadapi semua ujian dan dugaan.. kerana kita masih muda dan bertenaga waktu itu. Setelah 20 tahun dalam PDRM... adakah kita masih cekal, kuat dan bersemangat? 20 tahun bukanlah satu jangkamasa yang singkat.
Apa kata skuad?... 20 tahun kita semua masih kekal dan setia bersama menegakkan maruah bangsa dalam melaksanakan undang-undang.. mempertahankan maruah negara.. adakah kita semua sentiasa dihargai? 20 tahun telah mendewasakan kita dalam perkhidmatan.. berfikirlah secara matang, tenang, bijaksana, telus, jujur dan ikhlas dalam tindakan.
Sempena sambutan ulangtahun ke-20 skuad 1/90 pada 07/01/2010.. Apa kata skuad?
No comments:
Post a Comment