Sunday, September 20, 2009

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Kalau dilapek sobosar kuku, kalau dibontang sobosar alam,
kok hilang dicaghi, kok hanyut dipinteh, kok tonggolam disolam,
datang biarlah nampak muko, kok poie biarlah nampak belakang,
jauh dihimbau dokek digamit, seuntai salam sojombak kato,
dogup bicaro monghisik raso,
salam dihulur, maaf dipinto,
Selamat Hari Rayo, Maaf Zahir dan Batin
dari
Apa Khabar Skuad?

Thursday, September 17, 2009

Sjn 124132 Abdullah Hassan


Assalamualaikum..

Saya mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidil Fitri maaf zahir dan batin dari saya sekeluarga buat semua rakan skuad tidak kira di mana berada.

Untuk rakan skuad yang dapat cuti raya dan pulang ke kampung tu berhati-hati lah ketika memandu. Sayangilah keluarga kita.....semoga selamat pergi dan balik.

Bagi yang tidak dapat bercuti tu jangan lah bersedih.. Termasuklah saya juga. Bersabarlah kerana isteri dan anak-anak sentiasa di sisi dan rakan-rakan kita juga ibarat keluarga di perantauan ini.

Terima kasih dan selamat maju jaya untuk semua!

Wednesday, September 16, 2009

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum....Salam Minal Aidil Wal Faizin buat semua teman skuad yang jauh, yang dekat, yang dikenali mahupun yang tidak berapa nak kenal.

Masih terlalu awal ke untuk hamba mengucapkan salam aidilfitri ni...atau sudah terlewat waktu. Tidak mengapa la kan skuad...Dikesempatan yang ada ini hamba & isteri ingin memohon jutaan kemaafan dan keampunan kepada semua teman skuad & keluarga terhadap apa jua kesilapan...terlanjur bicara..terkasar bahasa..terlebih gurau..atau apa-apa yang terlebih & terkurang lah....yang tidak menyenangkan hati mana-mana pihak.

Hamba & isteri juga mengucapkan selamat menyambut aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.. jangan kita lupakan ramadhan yang meninggalkan kita. Kepada teman skuad yang berkesempatan dan berpeluang balik kampung tu...Syukurlah kan...selamat balik kampung dengan selamatnya yer.Kepada teman skuad yang beraya di perantauan tu...Selamat hari raya aidilfitri gak la....jangan tak raya lak kan. Demi kepentingan tugas dan negara kita sanggup berkorban..berjauhan dengan sanak keluarga....( sebenarnya cuti tak dapat la skuad).

Kepada teman skuad di sekitar Kota Kinabalu...yang tak dapat balik kampung tu.. dijemput datang lah beraya ke rumah hamba ye..Maaf dipinta..Tangan dihulur..Selamat bersua lagi.

Wassalam.
Tajuddin & Haslinda

Saturday, August 22, 2009

Ganjaran Puasa Ramadhan

Hadith : Riwayat Bukhari & Muslim

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”


Huraian
Pengajaran Hadis:


i) Puasa merupakan perkara ‘dharuriah’ dalam agama di mana sesiapa yang mengingkari wajibnya puasa maka ia menjadi kufur, manakala sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur syarie, hendaklah ia dihukum.


ii) Puasa memaksa kita meninggalkan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan untuk melakukannya (sebelum Ramadhan). Dengan itu puasa sebenarnya dikatakan sebagai pendidik untuk kita menjadi lebih tegas, berdisiplin dan sabar dalam berhadapan dengan sebarang godaan sepanjang Ramadhan berlangsung.


iii) Bulan Ramadhan dikenali juga sebagai bulan prestasi, di mana Allah memberikan kesempatan kepada orang-orang yang beriman untuk memperbaiki darjatnya di sisi Allah S.W.T bahkan di bulan ini semua aktiviti yang harus di sisi syarak dikira sebagai suatu ibadah kepada Allah S.W.T.


iv) Puasa yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata akan bernilai sepuluh kebajikan (atau lebih). Oleh itu orang yang puasa di bulan Ramadhan dan diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal dinilai sama dengan puasa sepanjang tahun. Hal demikian disebutkan dalam hadis Rasulullah s.a.w.


v) Ramadhan adalah bulan ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti yang dilakukan oleh para salafus-soleh. Dengan itu kita hendaklah benar-benar berusaha agar tidak ada waktu berlalu tanpa amal soleh sepanjang Ramadhan ini kerana bulan Ramadhan adalah bulan permohonan, munajat, hidayah dan meraih petunjuk kebenaran daripada Allah S.W.T.


Skuad..dalam menjalani ibadah puasa....jangan lupa solat terawih


p.s.. wallahua'lam dari Apa Khabar Skuad?

Wednesday, August 19, 2009

Salam Ramadhan Al Mubarak

Apa khabar skuad? Esok umat Islam di Malaysia akan mula menjalani ibadah puasa. Sepertimana umat Islam lainnya, rakan-rakan skuad kita yang berugama Islam juga turut sama menjalani rukun Islam ke-4 ini. Sebagai pembuka bicara Ramadhan ini, berikut disampaikan sebuah hadis untuk renungan kita semua:

Imam Ahmad dan al‐Nasai telah meriwayatkan sebuah hadis dengan isnad yang sahih daripada Abu Hurairah r.a. Beliau telah berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda :

“Ramadhan telah datang kepada kamu yang merupakan bulan berkat dan Allah SWT telah mewajibkan puasa dalam bulan ini. Semua pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup serta dibelenggu syaitan. Ia mempunyai satu malam yang lebih baik dari seribu bulan dan sesiapa yang tidak bertemu dengannya ia sangat rugi.”

Ibn Rejab telah berkata : Hadis ini pada asalnya ialah sebagai ucapan tahniah kepada manusia dengan kedatangan Ramadhan. Bagaimana orang beriman tidak mendapat berita gembira dengan terbukanya pintu syurga? Dan bagaimana orang berdosa tidak mendapat berita gembira dengan tertutupnya pintu neraka? Bagaimana pula orang yang berakal tidak mendapat berita gembira dengan terbelenggunya segala syaitan?

Walaupun dalam keadaan berlapar dan dahaga serta perit dipanah terik mentari, skuad bersama-sama rakan-rakan seperjuangan lainnya tetap tabah untuk melaksanakan perintah Tuhan yang Esa. Tak kira di mana ditugaskan, samada di simpang-simpang jalan, kota ataupun desa, di samudera, di awan biru atau di pulau-pulau perbatasan negara, tugas dan tanggungjawab sebagai pegawai dan anggota Polis DiRaja Malaysia tetap jua ditunaikan. Bersabarlah skuad kerana pengorbanan ini ada ganjarannya!

p.s - Apa Khabar Skuad? mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak dan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua rakan skuad yang berugama Islam.

Tuesday, August 18, 2009

Kpl 124375 Bahrusham Bin Bakri

Hello skuad! Apa khabar? Personaliti yang akan kita sorotkan kali ini adalah rakan skuad kita iaitu Kpl 124375 Bahrusham. Skuad dilahirkan pada tanggal 06 Mei 1970 di Tawau, Sabah. Anak sulung dari 8 orang adik beradik ini telah menceburi kerjaya sebagai seorang anggota polis dengan menyertai Platun 20, Kompeni 'E' PULAPAH. Sehabis kursus asas kepolisan, skuad telah ditugaskan di Unit Polis Pelancong, IPK Kuala Lumpur.

Pada bulan Julai 1999, selepas hampir 10 tahun bertugas jauh di perantauan nun di Semenanjung Malaysia, permohonan skuad untuk bertukar ke Sabah Negeri Di Bawah Bayu telah diluluskan di mana skuad telah ditugaskan sebagai anggota Tugas Am, IPD Tawau.

Pada tahun 2005, skuad telah ditugaskan pula di Pondok Polis Merotai, Tawau. Ogos 2008, skuad telah dinaikkan pangkat ke pangkat Koperal dan skuad telah ditukarkan pula untuk bertugas kembali di IPD Tawau iaitu di Cawangan Latihan dan kekal sehingga kini dengan perjawatan sebagai Koperal Latihan/Sukan.

Skuad menggemari sukan bolasepak dan pernah aktif dalam sukan tersebut di mana skuad pernah mewakili Unit Polis Pelancong, IPK Kuala Lumpur dalam kejohanan Bolasepak Piala KP Selangor. Dalam aktiviti persatuan pula, skuad kini menganggotai AJK PIBG bagi Sekolah Rendah Bombalai (M) Tawau. Menurut skuad, hobi kegemarannya adalah berburu dan memancing. Sekiranya ada kesempatan dan masa, skuad akan cuba meluangkan masa dengan hobinya itu.

Skuad mendirikan rumahtangga dengan gadis pilihannya yang berasal dari Seri Aman, Sarawak pada tanggal 2 Ogos 1997 dan pada 2 Ogos yang lalu telah meraikan ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-12. Isteri skuad, Puan Nuradlina Shafika merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Hasil perkongsian hidup skuad dan isterinya telah dikurniakan Tuhan dengan 4 orang anak iaitu 3 perempuan dan 1 lelaki.

Kepada rakan-rakan skuad yang berhajat untuk menghubungi skuad, bolehlah menghantar e-mel kepada skuad di alamat e-mel bb124375bsham@yahoo.com.

p.s- Apa Khabar Skuad? mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan dan selamat maju jaya kepada Kpl 124375 Bahrusham.

skuad bergambar di hadapan blok Kompeni 'E'

segak bergaya dengan seluar pendek nyer....

Unit Polis Pelancong, IPK KL

tengok apa tu bro?... ler siap ada yang lentuk sekali... ish, ish, ish...

satu 'shot' bersama teman-teman... Yang melengkung kat belakang tu Yussaini...

bergaya bersama teman-teman...

bergambar bersama teman-teman selepas selesai aktiviti merentas desa..

Kpl Guna, guru kelas undang-undang...

waktu senggang di PULAPAH ...

Friday, August 14, 2009

1 Malaysia


Hello skuad! Apa khabar? Sori la skuad, lama benar tak update blog... saya gi 'out station'. Tu la yang tak update tu... Ok, kali ni saya nak bawak perhatian skuad semua tentang sambutan hari kemerdekaan negara kita ke 52.

Seperti mana skuad semua sedia maklum, sambutan Hari Merdeka 2009 kali ini akan berlangsung dalam bulan Ramadhan dan akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Difahamkan bahawa ini adalah pertama kalinya sambutan kemerdekaan peringkat kebangsaan diadakan di dalam stadium dengan bertemakan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Logo 1 Malaysia adalah berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Logo 1 Malaysia juga dilengkapkan dengan lagu khas Satu Malaysia yang telah dicipta oleh Nik Nizam dan Errie Naham serta liriknya ditulis oleh Lokman Ghani. Tema, logo dan lagu bagi sambutan kemerdekaan ke 52 ini sebenarnya berasaskan slogan dan konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Untuk pengetahuan skuad semua, pelbagai acara akan diadakan selama sebulan sempena sambutan bulan kemerdekaan bermula dari 12 Ogos hingga 10 Oktober. Sambutan Bulan Kemerdekaan ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya pada 12 Ogos dan berakhir di Kuching, Sarawak pada 10 Oktober serentak dengan perayaan Hari Malaysia.

Ni ha, lirik lagu nyer...

Satu Malaysia

Berdiri, Teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan, Mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Satu Malaysia untuk semua

Monday, August 3, 2009

Kpl/D 125009 Mazli Bin Muhammad

Apa Khabar Skuad?... Pagi tadi..sewaktu time minum & sarapan di port biasa restoran Sri Habsah,Kepayan..Gua teserempak teman skuad yang jarang-jarang dapat ketemu. Apa lagi..bermula la sessi temubual...kutuk mengutuk...biasa la skuad kita ni.

Di al-kisahkan.. teman skuad kita yang dilahirkan pada tanggal 12/10/1969 di Mersing, Johor...
(Salah seorang keturunan Damak.. dalam filem Sri Mersing). Merupakan anak ke-3 dari 4 orang adik beradik.

Kpl Mazli B Mohammad mengaggotai PDRM dengan menjalani Latihan Asas Konstabel bersama Platun 18 di Kompeni 'B' Pulapol, Kuala Lumpur pada tahun 1990. Dikenali dengan panggilan Belatuk oleh teman-teman rapat skuad ni..(nak tau kisahnye..kena tanya Bro Mazli..hehehe..relax skuad!!!)

Setelah tamat latihan skuad telah di tugaskan sebagai anggota MPV di Ampang Jaya. Setelah berkhidmat selama 13 tahun...(lama tu Bos), skuad telah bertukar cawangan dan formasi.. (nak bertukar angin ke apa ke...tidak tau lak). Pada 16/06/2003 Bro Mazli skuad telah melapor diri di Cawangan Narkotik IPK Pahang.

Skuad telah mendapat kenaikan pangkat Koperal pada tahun 2004...(murah rezeki kata skuad..bila dah beralih cawangan ni). Skuad ingin mencurahkan bakti di Negeri Bawah Bayu....dan pada 16/12/2006 Bro Mazli telah memulakan tugas kepolisian di IPD Karamunsing, Sabah dalam Cawangan Narkotik hingga kini. Skuad juga aktif dalam sukan..terutamanya bolasepak.

Skuad kita ni masih bujang...nape la tu?.. Sebenar-benarnya Bro Mazli telah bertemu jodoh dengan pasangannya Pn.Nazipah Bt Bidin, seorang guru yang berasal dari Negeri Penyu menangis ( Terengganu). Mendirikan rumahtangga pada 16/6/1994.. ( tarikh kenangan kata skuad).Kini skuad telah dikurniakan 4 orang anak, 3-lelaki dan 1-perempuan. Bro Mazli bersyukur kerana di anugerahkan anak perempuan yang bakal menjadi 'Unduk Ngadau' dilahirkan di Kota Kinabalu,Sabah pada 31/05/2008.. (Hari Pesta Kaamatan)

Sebelum akhir bicara...dalam kesibukan tugas...teman skuad sempat juga mendoakan kesejahteraan semua teman skuad....tidak kira dimana berada..dimana jua bertugas...dalam apa situasi pun....kita tetap skuad 1/90..semoga sentiasa tabah dan cekal dalam melaksanakan tanggungjawab kita.

Jelingan Bro kepada orang-orang yang disyaki..

Hahaha...skuad menceritakan cara mengertak orang....caya la Bro

Masih macho teman skuad kita ni kan...cool je.

p.s.. Mekasih kepada Bro Mazli yang sudi memeriahkan laman apa khabar skuad? semoga rezeki Bro melimpah ruah di Negeri Bawah Bayu ni...jumpa di Reunion....

Thursday, July 30, 2009

Kpl 124075 Sazari Bin Zainuddin

Kpl Sazari Bin Zainuddin dilahirkan pada 01 Disember 1970 di Sentul, Kuala Lumpur. Anak sulung dari 4 orang adik beradik ini mula menyertai PDRM dengan menganggotai Platun 11, Kompeni 'C' PULAPAH. Sejurus tamat rekrut Asas Konstabel, skuad telah dihantar untuk mengikuti Kursus Asas PPH di Sekolah Latihan PPH Ulu Kinta, Perak Darul Ridzuan dengan menganggotai Platun 12.

Tamat kursus asas PPH, skuad telah ditugaskan di Platun 19, Kompeni 'E' Batalion 16 PPH di mana skuad telah melapor diri pada 22 November 1990.

Skuad kemudiannya ditukarkan ke Platun 6, Kompeni 'B' Bn 16 PPH dan kekal sehingga kini.

Pada 25 Oktober 2005, skuad telah dinaikkan pangkat ke pangkat Koperal.

Skuad merupakan seorang yang aktif dalam aktiviti sukan terutamanya sukan hoki, sepak takraw dan bola tampar. Skuad juga pernah mewakili PDRM dalam acara sukan bolatampar dalam Kejohanan Sukan Tiga Wilayah yang telah diadakan di Negara Brunei Darus Salam pada tahun 2000. Dalam kejohanan tersebut, skuad telah membantu timnya sehingga pasukan PDRM akhirnya telah diisytiharkan sebagai johan.

Selain itu juga, skuad amat menggemari aktiviti mengembara dan merupakan 'hard core' bagi aktiviti memancing.

Skuad telah berumahtangga dengan pasangannya yang berasal dari Penampang, Sabah dan dikurniakan Tuhan dengan 2 orang puteri.

Dalam pertemuan bersama Apa Khabar Skuad?, Bro Sazari juga sempat menceritakan mengenai kenangan pahit yang dialaminya semasa Berek 42 Bn 16 PGA Kota Kinabalu, berek bujang yang di diami oleh skuad terbakar pada April 2002. Semasa kebakaran tersebut, skuad sedang terlibat dalam penugasan operasi di Inaruntung, Kudat. Akibat dari kebakaran tersebut skuad telah kehilangan semua barangan peribadinya dan apa yang tinggal hanyalah uniform dan peralatan yang dibawa semasa penugasan operasi sahaja.

'Yang lain musnah terbakar termasuklah gambar-gambar semasa rekrut' kata skuad...

p.s - tq Bro kerana kerjasama anda. Kepada rakan skuad yang meminati aktiviti memancing bolehlah menghubungi Bro Sazari untuk bertukar-tukar cerita, tips dan pengalaman memancing.

ikan merah yang dipancing oleh skuad menggunakan gewang...

bergambar di Kota Kinabalu International Airport (KKIA)

Serius aje skuad... takkan tulis Pol. 40 pun serius sangat...

Bro Sazari...

Tuesday, July 28, 2009

Lkpl 124950 Zamri Bin Dahman

Salam Ceria buat semua teman skuad. Pada minggu lalu saya berkesempatan bersua muka dan berbicara dengan seorang skuad kita yang telah lama terpisah...skuad sama-sama menghadiri Kursus Data Communication & Networking Essential di Megan Avenue Kuala Lumpur pada 20-22/07/2009.

Zamri Bin Dahman berasal dari Baling,Kedah...dilahirkan pada tanggal 28/06/1968...lebih dikenali dengan panggilan Cheai oleh kekawan. Merupakan anak sulung dari 9 orang adik beradik. Mula join bidang kepolisian pada 07/01/1990 dengan menjalani Latihan Asas Konstabel di Pulapol, Kuala Lumpur besama Platun 16 Kompeni B.

Bro Cheai menjalani Latihan Asas PPH di Ulu Kinta,Perak dan Tupah,Kedah dalam Platun 4. Selepas itu skuad meneruskan Latihan Asas Semboyan di SLUKK Bakri,Muar. Pada Mei 1991 Bro kita telah ditukarkan ke Sabah bersama anggota dit..dit..da yang lain. Memulakan kerjaya di Kompeni B Batalion 16 PPH Keningau. Pada penghujung tahun 1993 Bro Cheai telah ditukarkan ke HQ Kompeni B Batalion 15 PGA Sandakan.

Telah bertemu jodoh dengan Pn Jamaliah Bt Bahrom, seorang guru yang berasal dari Johor Bahru...(macamana bertemu tu...kena tanya Bro Cheai la kan). Mendirikan rumahtangga pada 13 Feb 1999, sehingga kini telah di kurniakan 5 orang anak terdiri dari 3 (lelaki) & 2 (perempuan), menurut skuad beliau mempunyai anak kembar lelaki.

Pada June 1999 Bro Cheai telah bertukar ke Batalion 2 Kulim,Kedah bersama kenangan pahit manis sewaktu menabur bakti di Negeri Bawah Bayu. Di Batalion 2 Kulim...Bro kita telah melalui & menempuh pelbagai jenis penugasan..(tiada masa rehat kata Bro Cheai). June 2001 Bro Cheai telah bertukar angin dengan mengikuti Kursus Asas Teknisyen di Maktab Polis Bakri,Muar. Setelah tamat kursus pada June 2002 Bro Cheai telah ditukarkan sebagai anggota Teknisyen di IPK Pulau Pinang sehingga kini.

Bro Cheai sempat juga mengucapkan Tahniah kepada teman skuad yang telah berjaya...samada dalam PDRM ataupun di luar bidang kepolisian...dengan iringan doa agar semua teman skuad sentiasa tabah mengharungi tugas kepolisian yang kian mencabar dimasa kini.. Amanah dan tanggungjawab kita pikul bersama....kata-kata akhir Bro Cheai.

Jejaka bergaya Platun 4 (Asas PPH) Bro Cheai, Zainol, Lim, Bro Jam
Acong, Saman & Sezali

Kenangan sewaktu berendam di Tupah.. Pasti skuad PGA ingatkan...
Nuar, Sezali, Tore', Nasir, Cheai, Tj'din, Cha'om, Suhaimi, Dzeel, Bahrin,
Malek & Dzul

Bro Cheai & Bro Asri (PGA Skan) sewaktu XPDC menaluki puncak Gunung Kinabalu
Amoi yang di apit tu sape lak?.....berjaya gak di takluki 2 jejaka ni yer..hehehe

Kejayaan Bro Cheai dalam rampasan senjata pihak musuh di Sandakan

Gambar terkini Bro Cheai...masih segak bergaya kan..nampak macam serius
tapi berjiwa mesra rakyat skuad kita ni

Kusyuk mahsyuk Bro Cheai mengikuti Kursus Data Communication..


p.s: Mekasih kepada Bro Cheai kerana sudi berkongsi cerita dengan teman skuad...semoga
sukses always...Bro Cheai kata..."Teman skuad kalau turun Penang cari-cari le gua"