Pagi tadi saya hadir dalam mesyuarat AJK Majlis Reunion Skuad 1/90 untuk kali ke 2. Beberapa isu telah ditimbulkan semasa mesyuarat bagaimanapun saya hanya akan siarkan setelah menerima versi rasmi dari Kpl Yussaini, Setiausaha Majlis. Pro dan Kontra, itu saja yang saya dapat katakan.
Mengenai laman blog ni pula, serba salah saya nak menyatakannya tetapi feedback yang saya terima adalah terdapatnya individu yang salah tanggapan dan menganggap blog ini adalah suara rasmi bagi majlis reunion skuad 1/90. So dengan tanggapan begitu, mereka memberi komen begitu dan begini... Sori bro salah tu... di sini saya ingin menjelas dan menerangkan kepada semua bahawa laman blog ini sebenarnya adalah bersifat personal atas daya usaha personal dan tidak mencerminkan imej Majlis Reunion ataupun AJKnya (saya bukan AJK pun). So janganlah menganggap yang kontra samada mengenai keabsahan majlis reunion tu ataupun laman blog ni... tak de kaitan de... Sinonimnya blog ni dengan Majlis Reunion tu adalah pada namanya dan rata-rata pengunjung adalah dari skuad 1/90 sahaja (Pengunjung dari skuad lain pula dialu-alukan andainya ingin menyertai c-box atau ingin menjejak semula atau mendapat info terkini kengkawan dari skuad 1/90).
Sekali lagi saya nyatakan bahawa Apa Khabar Skuad? bukanlah suara rasmi majlis reunion skuad 1/90 walaupun saya ada melaporkan mengenai info-info majlis reunion tu. Info-info berkaitan Majlis Reunion yang disampaikan melalui blog ini adalah disiarkan atas kesediaan saya untuk menjadi medium penghubung kepada kengkawan skuad 1/90... dan kerana saya menganggap Majlis Reunion tu adalah satu usaha yang baik bagi mengeratkan silaturrahim dan esprit de corps di kalangan mereka-mereka dari skuad 1/90.
Saya juga tidak berhasrat untuk menjadikan laman blog ni sebagai laman blog yang formal kerana saya ingin mengekalkan kebebasannya. Di sini skuad adalah skuad, fare and square, tak kira apa status anda ketika ini... Di sini juga anda akan dikenali sebagai sama ada skuad atau bro... tu jer! (Kalau adapun panggilan lain, tu atas dasar berbahasa!).
Yang lainnya adalah hak mutlak saya sebagai Administrator blog ni dengan backup dari beberapa teman lain... Sori bro, bukannya kerana saya tak nak terima cadangan ker apa ker tetapi saya taknak blog ini ataupun majlis reunion tu digunakan sebagai isu kepada mereka-mereka yang kontra... akhir kata 'Think positive, dude!'.
p.s : kepada teman skuad semua, sumbangan anda sangat dialu-alukan.. Join ler blog ni dengan semangat skuad kita, Skuad 1/90! Suara-suara sumbang tu biasa la..
No comments:
Post a Comment