Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu

Hari Ibu menjadi hari kita memberikan penghormatan kepada kaum hawa yang teristimewa. Hari kita mengenang kembali siapa diri kita, kejayaan yang kita capai dan lahirnya kita di dunia, semuanya kerana mereka telah melahirkan kita. Hari Ibu menjadi hari kita mensyukuri diri kita berterusan dibimbing, sama ada mereka masih ada mahu pun telah pergi


Selalunya kita terasa tersinggung, kerana ibu kita meleter-leter tak habis-habis.. di sisi kita.. takut kita salah langkah. Sebenarnya ibulah insan yg paling akrab dengan kita sejak kita dilahirkan.. belas kasihan ibu tidak berbelah lagi sejak kita kecil waktu kita menangis minta susu.. sampailah kita dewasa.. bagaimana kita mahu membalas jasa ibunda yang kita cintai. 


Istilah Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu sudah cukup untuk menerangkan kedudukan IBU sebagai insan unggul yang tiada tolok bandingnya kepada setiap individu. Seharusnya ibu mesti dihargai pada setiap waktu dan ketika kerana pengorbanan ibu kepada anak-anaknya tidak kira waktu dan keadaan.


SELAMAT HARI IBU KEPADA BONDA TERSAYANG 

DAN SETIAP IBU-IBU DI ATAS MUKA BUMI INI!

1 comment:

  1. Mak...

    Anim doakan mak selalu sihat hendaknya... Buat Ancik yang postkan gambar mak kat sini... salam dari anim...

    ReplyDelete