Sunday, May 16, 2010

Apa Kata Skuad??


Gambar Hiasan

Apa Khabar Skuad? Selamat bersua buat semua teman-teman skuad... Semoga semua dalam kesejahteraan, tabah, cekal dan berani dalam penugasan kita sebagai pelaksana undang-undang. Apakah cukup jati diri kita menghadapi dan mengharungi era global masyarakat kini dalam melaksanakan tugas dan amanah yang kita pikul sebagai warga PDRM?

Apa Kata Skuad? Sekadar renungan dan mencetuskan pemikiran kita bersama.. tiada lain-lain niat yang tersirat atau tersurat dari Apa Khabar Skuad? Sejak kebelakangan ini, negara yang kita cintai Malaysia di gemparkan dengan pelbagai versi berkaitan kelemahan dan kesalahan di kalangan warga PDRM. Apakah yang digambarkan itu benar-benar realiti atau sekadar menghangatkan suasana? Pada pandangan sebahagian masyarakat kini, PDRM tidak lagi merupakan satu tugas atau badan yang mulia. Satu demi satu mereka cuba mencari dan mengesan kelemahan kita sebagai warga PDRM. Adakah kita akan menjadi lemah dan akur dengan keadaan yang berterusan ini? Atau.. adakah kita menjadi lebih kuat, berani, cekal dan sentiasa bersedia mengahadapi setiap cabaran yang mendatang? Setiap apa yang berlaku itu.. sudah tentu ada pandangan yang pro dan kontra.

Apa Kata Skuad? Renung dan berfikirlah secara positif.. Apakah kita telus dalam melaksanakan tugas kita? Adakah kita semua berpengetahuan dalam undang-undang? Adakah cukup akta yang kita ada selama ini bagi melindungi kita dalam melaksanakan undang-undang? Yang pasti.. usaha memerangi jenayah adalah tanggungjawab kita bersama.. warga PDRM juga seluruh masyarakat Malaysia.

Gambar Hiasan

Apa Kata Skuad? Baru-baru ini.. kita sebagai warga PDRM digemparkan juga dengan isu Pengawaman beberapa jawatan dalam PDRM. Kenapa dan mengapa semua ini berlaku? Adakah kita tidak cekap dalam bab urus tadbir? Adakah kita lena dan leka dengan tugas-tugas di pejabat? Suka atau tidak.. kita semua harus menerima, akur dan patuh pada keputusan. Apa yang berlaku ini sudah tentu ada yang positif dan negatif.

Apa Kata Skuad? Sekarang... bukanlah masa yang sesuai untuk mencari salah dan silap mana-mana pihak. Apakah kemelut yang kita hadapi kini boleh selesai dengan menunding jari kepada pihak lain? Teguhkan jati diri, pertingkatkan mutu kerja, memperkukuhkan disiplin diri dan mengorak langkah menuju kejayaan dalam Pasukan. Apa Kata Skuad? Apa Komen Anda?

Gambar Hiasan

p/s: Sekadar sembang-sembang dari......... Apa Khabar Skuad?

No comments:

Post a Comment