Hari Wesak atau disebut juga sebagai Hari Bodhi secara tradisionalnya merupakan hari ke-8 bulan Lunar ke -12 mengikut Kalendar China. Ini adalah hari cuti bagi penganut agama Buddha bagi memperingati pengasas Buddha, Sakyamuni atau Siddharta Gautauma. Hari Wesak juga dirayakan oleh semua penganut ugama Buddha di seluruh dunia.
Hari Wesak seperti yang dikenali di Malaysia juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka.
Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kematian pengasas agama Budha iaitu Gautama Buddha.
Ia dirayakan dalam bulan Mei pada waktu terang bulan (Purnama Sidhi) untuk memperingati tiga peristiwa penting, iaitu:
Lazimnya, penganut ajaran Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memberikan penghormatan kepada Buddha yang dilambangkan oleh simbol-simbol Buddha seperti Pagoda, patung Buddha, pokok Bodhi dan Sarikata (relik Buddha). Para penganut juga akan melafazkan semula Tisarana (Tiga Perlindungan: Buddha, Dhamma dan Sangha) untuk memperbaharui komitmen mereka kepada ajaran Buddha.
Agama Buddha adalah merupakan antara ajaran agama tertua di dunia dan antara intipati penting dalam ajaran Buddha adalah menyeru penganutnya ke arah kedamaian.
Kepada teman-teman skuad yang menyambut Hari Wesak, Apa Khabar Skuad? mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak dengan penuh kegembiraan dan kedamaian…
No comments:
Post a Comment