Tuesday, March 31, 2009

teman skuad

Cpl FP 8530 Johar Bin Abdul Manaf, semasa join misi UNMIT Timor-Leste tahun lepas. Kini tak pasti lak kat mana... ada sesiapa yang tahu ker? Please response...

Sunday, March 29, 2009

skuad kita join majlis amal

Sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke 202 tahun ni, Briged Sabah PGA telah menganjurkan gotong royong di Rumah Warga Emas Sri Pritchard, Kinarut. Majlis diadakan pada Hari Sabtu 28/03/2009 dari jam 0700 sampai jam 11 lebih.

Sambil beramal sambil beramah mesra bersama warga-warga emas kat situ. Sambil-sambil tu insaf-insafkan diri, satu hari nanti kitapun jadi warga emas jugak... kalau sempat la... hahaha! Seperti biasa, skuad kita pun respon jugak.. ada la empat lima orang yang saya jumpa. Dah ambik borang ke skuad? Hahaha... acah je!

124891 Nisam Shoib (Ah Chong) berbaju putih dalam acara makan memakan...

Brader Jefri Rashidi (baju putih gak), salah seorang teknisyen yang bertugas ari tu....

Kpl Aziz Bin Jantan, Bn 16 PGA Kota Kinabalu dengan aksi pegang skop manakala Kpl Azman (Mang) memandang dengan penuh suspen. Hahaha!

woit, fitik ke makan ni.. ish, ish, ish... Teman skuad kita - Husni (Pak Ngah)

Friday, March 27, 2009

Teman Skuad


Ni gambar Sjn 124390 Ramli Bin Che Ros, teman skuad dari Platun 21,Kompeni 'F', PULAPAH saya ambil beberapa tahun lepas. Kini skuad kita ni bertugas di Cawangan Tatatertib Briged Sabah PGA.

Thursday, March 26, 2009

Hari Peringatan Polis ke-202

Skuad! Hari ni kita sambut Hari Peringatan Polis ke 202. Di IPK Kepayan, Kota Kinabalu pagi tadi telah berlangsung perbarisan Hari Peringatan Polis yang disertai pelbagai cawangan PDRM Kontinjen Sabah. Jenguk-jenguk kiri kanan ternampak juga saki baki beberapa orang teman skuad yang terlibat sama dalam perbarisan. Sempatlah juga salam-salam dan tanya - tanya khabar. Ok skuad, selamat maju jaya! Selamat Hari Peringatan Polis ke-202!

Sarjan 124777 Mazlan bin Abdullah

Kpl Amran Yazid, Sjn Penanda Kawalan Kehormatan

Kpl 124211 Damin Erupun (dua dari kanan)

Kpl Azman (empat dari kanan)

Tuesday, March 24, 2009

nostalgia

Berikut adalah dua keping gambar nostalgia yang terdapat dalam simpanan saya. Gambar-gambar ni diambil sejurus selepas perbarisan tamat kursus asas PPH di Ulu Kinta pada bulan Oktober 1990.
Kepada mana-mana rakan skuad yang mahu menyumbang gambar untuk disiarkan sila hantar gambar anda ke alamat emel saya di shaironi@yahoo.com. Tolong sertakan juga sedikit deskripsi gambar untuk makluman semua.






zaidi abd samad, ahmad toha, azmi dan roni







johari, kadir dan roni

Sunday, March 22, 2009

mesyuarat penaja AJK reunion

Selepas beberapa usul diberikan oleh teman-teman berkaitan sambutan ulangtahun ke 20 skuad 1/90 dalam PDRM yang akan tiba pada 07/01/2010, SM Muhd Rizal dari UUP Sabah telah mengorak langkah dan mengambil inisiatif memanggil teman-teman skuad untuk hadir mesyuarat penaja AJK Sambutan ke 20 Skuad 1/90 berkaitan .

Mesyuarat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Unit Udara Polis Kota Kinabalu pada 21/03/2009 jam 0900 hrs dan telah dihadiri oleh 15 orang teman skuad dari pelbagai cawangan PDRM Kontinjen Sabah. SM Muhd Rizal kemudiannya mempengerusikan mesyuarat tersebut. Agenda mesyuarat :

1.Perlantikan AJK
2.Penjenamaan
3.Yuran
4.Aktiviti; dan
5.Lain-lain

Mesyuarat kemudian ditangguhkan pada jam 1045 hrs.


Me'ngeteh' kat kedai mamak di Tg Aru

Bergambar beramai-ramai selepas mesyuarat selesai. Dari kiri : Roni, Rizal, Yusaini, Tajuddin, Daud, Kamal, Ramli, Kadir, Aziz, Norsham, Mazlan, Jefri Rashidi, Jefri Osman dan Azam. Tiada dalam gambar : Azman

Banyak benor ke isu tu yop?

Membincangkan agenda mesyuarat

Tengah serius bermesyuarat

Berkumpul sebelum mesyuarat bermula

Saturday, March 21, 2009

Apa khabar skuad!


Apa khabar skuad semua! Semoga anda semua sentiasa berbahagia bersama keluarga dan karier dalam pasukan kita. Saya terpanggil untuk membuka blog ini selepas saya bersembang bersama beberapa orang teman skuad. Seronok jugak mengenang kembali cerita dulu-dulu sambil bertukar-tukar cerita tentang teman-teman. Setelah sekian lama, kemana perginya teman-teman skuad semua... teman yang sama-sama training pakai seluar pendek dulu tu... Semoga dengan adanya ruangan ini dapat kita mengeratkan lagi silaturahim di antara kita semua rakan skuad. Tak kiralah sama ada kenal atau tidak, asalkan skuad.. teman kitalah tu.. so mari semua teman skuad singgah sebentar di laman ini dan sambil kita melangkah ke depan kita kenang kembali nostalgia lalu...