Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Powered by Blogger

Saturday, November 28, 2009

Koperal 124033 Muhammad Haiqal Daniel Bin Abdullah

gambar skuad diambil pada 2007...

Teman skuad kita Koperal 124033 Muhammad Haiqal Daniel Bin Abdullah telah dilahirkan pada 06 Januari 1969 di Serian, Kuching, Sarawak.


Anak ke – 2 dari 5 orang adik-beradik ini merupakan anggota Platun 9, Kompeni ‘C’, Pusat Latihan Polis Ayer Hitam, Negeri Sembilan Darul Khusus.


Sejurus tamat Kursus Asas Konstabel pada 14 Ogos 1990, skuad telah ditugaskan di Unit Polis Pelancong, IPK Kuala Lumpur. Pada 10 Oktober 1998, skuad telah memohon untuk menyertai Cawangan Khas dan skuad kemudiannya telah melapor diri di Cawangan Khas IPD Sentul pada 16 Disember 1998 dan kekal sehingga sekarang.


Pada 29 Nov 1995, skuad telah dimajukan ke pangkat L/Kpl dan mendapat kenaikan pangkat Koperal pada 1 Disember 2007.


Perjawatan skuad kini adalah sebagai Detektif Ekonomi / Ancaman Luaran (1), Cawangan Khas, IPD Sentul, Kuala Lumpur.


Skuad mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2004 dengan pasangannya Puan Rohaida Binti Ismail. Isteri skuad adalah merupakan seorang anggota polis dan berasal dari Daerah Segamat, Johor Darul Takzim. Skuad dan isteri bagaimanapun belum dikurniakan tuhan dengan cahaya mata. Sabar skuad.... belum ada rezeki lagi tu...


Skuad seorang yang aktif dalam aktiviti sukan dan aktif dalam sukan Ping Pong, Bowling dan Bola Tampar.


Selain itu juga skuad merupakan seorang pengadil sukan bola tampar Kebangsaan selain merupakan Exco Lembaga Pengadil Bola Tampar Kuala Lumpur.


Menyentuh mengenai hobi, skuad menyatakan susah nak menyatakan secara spesifik kerana skuad sentiasa sibuk dengan tugas sejak bertugas sebagai anggota Cawangan Khas, tambahan pula bertugas di Kuala Lumpur.


Sepanjang penugasan dalam PDRM, skuad pernah terlibat dalam pelbagai penugasan antaranya ialah semasa Reformasi di sekitar Kuala Lumpur, Ops Bersih, Ops Protes, Ops Dalil, Ops Padam, Ops Limau, Ops Lemang, persidangan APEC, NAM, OIC, ASEAN dan pelbagai lagi.


Skuad juga pernah mengikuti pelbagai kursus sama ada anjuran pasukan mahupun awam seperti Kursus Unit Polis Pelancong, Kursus Pengendalian Ppndok Polis Kawasan Bandar, Kursus Soal Siasat, Kursus Pilihan Raya dan Kursus Pengadil Bola Tampar peringkat negeri dan kebangsaan.


Dalam aktiviti pengadilan bola tampar, skuad sering kali terlibat dalam mengadili kejohanan antaranya Kejohanan Bola Tampar Belia (Bawah 16) Kebangsaan 2007 di Kuala Lumpur, Pengadil Bola Tampar MAKSAK 2007 di Perlis dan 2008 di Kuala Lumpur, Kejohanan Bola Tampar Piala KPN di Kuala Lumpur pada tahun 2004 dan 2005, di Briged Tengah PGA Cheras pada 2007 dan di Ulu Kinta Perak pada bulan Julai 2009 serta beberapa kejohanan tempatan. Pada 21 – 25 November 2009 yang lalu, skuad terlibat dalam mengadili kejohanan bola tampar belia (bawah 16) di Kuala Selangor.


Skuad menyatakan pernah menghadiri Induksi bagi KPSL di Pulapol Kuala Lumpur pada 2002 namun malangnya tidak berjaya. Cuba lagi skuad...


Wokay skuad, terima kasih kerana memberikan kerjasama kepada blog kita. Apa Khabar Skuad? mengucapkan selamat maju jaya kepada skuad dan semoga sukses selalu....

Friday, November 27, 2009

Salam Aidil Adha


Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, yang merupakan rukun Islam kelima yang terakhir bagi mereka yang mampu, dan menandakan bermulanya ibadat korban untuk dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin.


Aidil Adha jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana antara peristiwa yang berlaku pada tarikh tersebut adalah peristiwa Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, iaitu di luar bandar Mekah.


Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.


Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam tempoh empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Solat sunat Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.


Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.


Sempena hari yang mulia ini, Apa Khabar Skuad? mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada teman-teman skuad yang beragama Islam. Dengan doa dan harapan semoga Allah SWT sentiasa memberi hidayah dan memberkati perjalanan hidup kita.


Monday, November 23, 2009

Kpl 124005 Azizan Bin Itam

sori la skuad, kualiti gambar kurang memuaskan... ambik gambar pakai hp murah tu ler jadinyer....

Skuad kita Azizan telah dilahirkan pada 09/05/1968 di Daerah Yan Kecil, Kedah Darul Aman. Skuad adalah merupakan anak bungsu dari 5 orang adik beradik.

Skuad merupakan bekas anggota Platun 9, Kompeni 'C' PULAPAH dan Platun 4 semasa Kursus Asas PPH di Sekolah Latihan PPH Ulu Kinta, Perak Darul Ridzuan.

Selesai menjalani Kursus Asas PPH, skuad telah ditugaskan ke Platun 19, Kompeni 'E' Bn 16 PPH Kota Kinabalu dan seterusnya di Platun 6, Kompeni 'B' Bn 16 PGA selepas rombakan semula Platun dan Kompeni PPH dilaksanakan. Selepas mendapat kenaikkan pangkat Koperal pada bulan Disember 2007, skuad menjawat jawatan sebagai Koperal Seksyen 2, Platun Pertahanan IP Bn 16 PGA Kota Kinabalu sehinggalah kini.

Skuad gemar berjogging bagi mengekalkan tahap fizikal selain berfaedah dalam penugasan skuad sebagai seorang peniup Bugle bagi Bn 16 PGA Kota Kinabalu.

Skuad gemar memancing so sekiranya ada kelapangan masa, skuad akan pergi ke lubuk-lubuk memancing yang terdapat di sekitar Kota Kinabalu. Skuad juga gemar membawa keluarga untuk pergi melancong semasa cuti persekolahan.

Skuad mendirikan rumahtangga pada 22/04/1994 dengan pasangannya iaitu Puan Nursilina Bt. Usman dan dikurniakan dengan seorang anak. Isteri skuad yang berasal dari Daerah Semporna, Sabah adalah merupakan seorang peniaga.



Friday, November 20, 2009

Kpl 123949 Shamsuri Bin Ahmad

Skuad dilahirkan pada 10/08/1967 di Kuala Kangsar dan dibesarkan di Taiping, Perak Darul Ridzuan. Mewarisi darah perwira ayahandanya, anak ke - 5 dari 7 orang adik beradik ini kemudiannya mengikuti jejak langkah ayahandanya dengan memasuki pasukan Polis Diraja Malaysia. Skuad melapor diri di Pusat Latihan Polis Ayer Hitam, Negeri Sembilan dan menganggotai Platun 7 Kompeni 'B'.

Sejurus tamat Kursus Asas Konstabel, skuad bersama teman-teman skuad yang lainnya telah melapor diri untuk mengikuti Kursus Asas PPH di Sekolah Latihan PPH, Ulu Kinta, Perak dan menganggotai pula Platun 8.

Selesai menjalani Kursus Asas PPH, skuad telah ditugaskan ke Platun 4, Kompeni 'A' Bn 16 PPH Kota Kinabalu. Pada tahun 1992, skuad telah ditugaskan pula di Cawangan Tatatertib, IP Bn 16 PPH Kota Kinabalu sehingga penghujung tahun 2005. Pada Januari 2006, skuad telah ditugaskan pula di Platun Pertahanan, Kem Komandan IP Bn 16 PGA Kota Kinabalu sehingga kini. Perjawatan skuad kini adalah sebagai Koperal No. 5, Platun Pertahanan, Kem Komandan IP Bn 16 PGA Kota Kinabalu.

Skuad telah dimajukan ke pangkat Lans Koperal pada tahun 1995 dan mendapat kenaikkan pangkat Koperal pada bulan April 2005 iaitu semasa dalam Cawangan Tatatertib IP Bn 16 PGA.

Skuad menggemari sukan badminton dan di masa terluang mengambil kesempatan untuk turun gelanggang bersama teman-teman sealiran. Skuad juga pernah melibatkan diri dalam acara sukan Perlumbaan Perahu Naga pada tahun 1998 hingga 2000 mewakili PDRM.

Skuad gemar bersiar-siar dan kesempatan masa lapang atau cuti akan digunakan oleh skuad untuk pergi melancong ke pusat-pusat pelancongan di dalam negara.

Skuad mendirikan rumahtangga dengan pasangannya iaitu Puan Norsyaherah @ Imelda Bt. Abdullah pada 11/07/1995. Isteri skuad yang berasal dari Manila, Filipina merupakan seorang warganegara Filipina berbangsa Tagalog. Setelah 14 tahun berumahtangga, skuad dan isteri menyatakan tetap bahagia walaupun masih belum dikurniakan cahaya mata. Sabar jer skuad, belum lagi ler tu...

Sebelum mengakhiri pertemuan, skuad turut memaklumkan bahawa ayahanda dan bondanya yang tercinta telahpun kembali ke rahmatullah pada tahun 2005 dan 2003. Innalillahi wainna ilaihirojiun... semoga roh kedua-dua ayahanda dan bonda skuad dirahmati Allah SWT dan ditempatkan di kalangan mereka-mereka yang mendapat keberkatan tuhan.

Wokay skuad, terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan kepada Apa Khabar Skuad?


gambar klasik nih... acara makan beradap semasa majlis perkahwinan skuad

pasangan bahagia 2 negara...

Bro Shamsuri bersama teman-teman skuad selepas Mesyuarat Penyelarasan Majlis Reunion pada 13/11/2009 yang lalu...

Wednesday, November 18, 2009

Kpl 124409 Zainuddin Bin Asari

Bro Zainuddin...

Skuad kita, Kpl 124409 Zainuddin telah dilahirkan pada 16/02/1966 di Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan. Merupakan anak ke-9 dari 10 orang adik beradik, skuad telah menganggotai Platun 21, Kompeni 'F' di Pusat Latihan Polis Ayer Hitam, Negeri Sembilan.

Sepertimana teman skuad yang lainnya, sejurus tamat Kursus Asas Konstabel, skuad menjalani pula Kursus Asas PPH di Sekolah Latihan PPH di Ulu Kinta, Perak. Skuad telah menganggotai Platun 18 semasa mengikuti kursus ini.

Setelah menamatkan Kursus Asas PPH, skuad mengikuti pula Kursus Asas Semboyan di Sekolah Latihan UKK, Muar, Johor Darul Takzim selama 6 bulan. Skuad kemudiannya ditugaskan ke Platun 13, Kompeni 'D', Bn 16 PPH Kota Kinabalu dan telah melapor diri pada 21/05/1991. Pada 19/10/1992, skuad telah ditukarkan ke Cawangan Komunikasi IP Briged Sabah PPH dan kekal sehingga sekarang. Perjawatan skuad kini adalah sebagai Koperal Komunikasi (Ops) 12.

Skuad mendapat kemajuan pangkat L/Kpl pada 01/10/1993 dan kenaikkan pangkat Koperal pada 01/01/2006.

Dalam aktiviti sukan dan riadah, skuad menggemari sukan Bola Tampar dan Sepak Takraw. Skuad seringkali turun gelanggang sekiranya ada masa terluang dan skuad juga seringkali terlibat mewakili IP Briged Sabah PGA dalam pertandingan Bola Tampar dan Sepak Takraw Piala Komander Briged Sabah PGA.

Skuad mendirikan rumahtangga dengan Puan Salidah Bt. Mohd Yussof pada 31/07/1993 dan dikurniakan dengan 5 orang anak iaitu 3 orang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan. Isteri skuad berasal dari Kg. Tenambak, Kuala Penyu, Sabah merupakan seorang surirumah sepenuh masa.

Tuesday, November 17, 2009

Majlis Reunion Skuad 1/90

Susulan dari Mesyuarat Penyelarasan Majlis Reunion Skuad 1/90 yang diadakan pada 13/11/2009 (Jumaat) yang lalu, berikut adalah ketetapan yang telah dicapai dalam mesyuarat tersebut :

1. Majlis Tahlil Sempena 20 tahun Skuad 1/90

Tarikh : 07/01/2010 (Khamis)
Masa : 1800 hrs
Tempat : Surau Batalion 16 PGA Kota Kinabalu
Pakaian : Baju Kebangsaan bersampin
Bayaran : RM 10.00 (bagi menyediakan minuman dan kudapan selepas majlis selesai)

* pembayaran boleh dibuat kepada Sjn 123898 Abdullah (Psjn Bn 16 PGA) - 016-8412357.

2. Majlis Reunion Skuad 1/90

Tarikh : 30/01/2010 (Sabtu)
Masa : 0800 hrs - 1600 hrs
Tempat : Borneo Paradise Beach Hotel, Kinarut, Papar
Pakaian : T-Shirt Reunion/Track Suit/Kasut Sukan
Bayaran : Dewasa (13 tahun ke atas) RM 50.00
Kanak-kanak (6 tahun - 12 tahun) RM 30.00
Kanak-kanak (5 tahun kebawah) FOC
RM 3.00 untuk pembelian hamper

* Semua teman Skuad 1/90 yang hadir dikehendaki membawa 1 hadiah yang siap dibungkus (nilai adalah terpulang kepada setiap individu) bagi acara 'Pot Luck' dan diserah kepada Urusetia semasa pendaftaran kehadiran (30/01/2010).

Borneo Paradise Beach Hotel, Kinarut

3. Majlis Makan Malam Skuad 1/90

Tarikh : 30/01/2010 (Sabtu)
Masa : 2000 hrs
Tempat : Airport View Hotel, Tg Aru
Pakaian : Casual Smart
Bayaran : RM 55.00

Airport View Hotel a.k.a Wisma Hong Lee, Tg Aru...

Semua pembayaran oleh teman-teman skuad dari luar Kota Kinabalu boleh dibuat melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 1212829835547985 atas nama Muhammad Rizal Bin Kamarolzaman. Sila SMS kepada 019-5703827 untuk makluman selepas bank-in.

Kepada teman-teman skuad dari IP Briged Sabah dan Bn 16 PGA Kota Kinabalu, anda boleh membuat pembayaran bagi Majlis Reunion secara terus kepada Kpl 123988 Norsham no. hp 013-8589335 di Kew/Bangunan IP Briged Sabah PGA. Pembayaran bagi Majlis Makan Malam pula boleh dibuat kepada Sjn 124777 Mazlan Bin Abdullah no. hp 013-5459738 di Caw. Risik Bn 16 PGA.

Pembayaran 50 % dari keseluruhan bayaran yang perlu dibayar (Majlis Reunion dan Makan Malam) hendaklah dibuat pada atau sebelum 30/11/2009 untuk membolehkan pengesahan tempahan tempat dilakukan manakala pembayaran baki seterusnya boleh dijelaskan pada gaji bulan Disember.

* Untuk kemudahan pengurusan, adalah dinasihatkan supaya pembayaran dibuat secara sekaligus (kepada yang berkemampuan).

Saturday, November 14, 2009

L/Kpl 124009 Mohamad Anuar Bin Samat @ Ahmad


L/Kpl Mohamad Anuar Bin Samat atau dikenali sebagai Ustaz Anuar di kalangan teman-teman telah dilahirkan pada 05/11/1965 di Simpang Empat, Semanggol, Perak Darul Ridzuan. Skuad merupakan anak ke-2 dari 3 orang adik beradik.

Sejurus selepas melapor diri di PULAPAH, skuad telah menganggotai Platun 9, Kompeni 'C'. Skuad kemudiannya menganggotai pula Platun 4 semasa Kursus Asas PPH di Sekolah Latihan PPH di Ulu Kinta Perak, Darul Ridzuan.

Tamat Kursus Asas PPH, skuad telah ditukarkan ke Platun 19, Kompeni 'E' Bn 16 PPH Kota Kinabalu dan telah melapor diri pada 21/11/1990. Pada bulan April 1993, skuad telah di'attach'kan di Unit Gaji, Cawangan Kew/Bangunan Briged Sabah PPH sehingga tahun 2004 di mana skuad telah di'attach'kan pula di Persenjataan Kem Komandan IP Bn 16 PGA Kota Kinabalu. Pada tahun 2007, skuad telah ditugaskan di Cawangan Kem Komandan IP Bn 16 PGA Kota Kinabalu dengan perjawatan sebagai Konst Platun Pertahanan dan kekal sehingga kini.

Skuad menggemari sukan badminton dan aktif dalam sukan tersebut.

Dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan, skuad merupakan Ahli Jawatan Kuasa Kelab Polis Bn 16 PGA dan juga merupakan Juru Audit Kelab Polis Bn 16 PGA Kota Kinabalu.

Sebelum penubuhan BAKA, skuad sering ditugaskan sebagai Imam dan mengetuai bacaan doa dalam majlis-majlis rasmi anjuran pasukan selain seringkali dijemput untuk mengetuai majlis bacaan yassin dan tahlil anjuran pegawai dan anggota Bn 16 PGA. Skuad juga adalah merupakan seorang Amil yang dilantik oleh Majlis Ugama Islam Negeri Sabah bagi mengutip zakat fitrah pegawai dan anggota Bn 16 PGA Kota Kinabalu semasa di Bulan Ramadhan.

Skuad mendirikan rumahtangga pada 05/11/1993 dengan pasangannya iaitu Puan Noorhayati Bt. Omar. Isteri skuad yang berasal dari Bukit Merah, Perak Darul Ridzuan adalah seorang surirumah. Skuad dan isterinya dikurniakan tuhan dengan 3 orang cahayamata iaitu 2 orang anak perempuan berusia 14 dan 8 tahun dan 1 orang anak lelaki berusia 16 tahun.

Ok skuad, terima kasih Apa Khabar Skuad? ucapkan di atas kerjasama dan informasi yang telah diberikan!

Thursday, November 12, 2009

Insp. I/16231 Ku Azam Bin Ku Abdullah (RF 124947)

Seorang lagi skuad kita yang telah berjaya meningkatkan diri dalam karier dengan PDRM adalah Insp. Ku Azam Bin Ku Abdullah. Skuad dilahirkan pada 01/08/1969 di Sg. Siput (U), Perak Darul Ridzuan merupakan anak ke-4 dari 6 orang adik beradik.

Dengan nombor badan RF 124947, skuad merupakan anggota Platun 16, Kompeni 'B' PULAPOL Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Semasa menjalani Kursus Asas PPH di SLPPH Ulu Kinta, Perak, skuad menganggotai Platun 2.

Selepas tamat Kursus Asas PPH, skuad telah ditugaskan ke KOMBAS Lahad Datu. Posting skuad seterusnya ialah di Kompeni 'A' Bn 14 PPH Tawau sebelum bertukar ke Bn 17 PGA Lahad Datu. Semasa di Bn 17 PGA Lahad Datu, skuad sempat menjawat jawatan sebagai Platun Sarjan Tiger Platoon.

Pada pertengahan tahun 2003, permohonan skuad untuk mengikuti KPSL telah diluluskan dan skuad kemudiannya secara rasmi ditauliahkan sebagai seorang Inspektor pada tahun 2004.

Perjawatan skuad kini adalah sebagai Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah IPD Penampang.

Dalam aktiviti persatuan, sosial dan kemasyarakatan, skuad pernah menjawat jawatan Setiausaha PPRPD bagi Briged Sabah PGA untuk sesi 2003/2004 dan merupakan wakil PPRPD bagi Bn 17 PGA. Skuad juga merupakan bekas Imam Besar dan Khatib Masjid Jamik Bn 17 PGA Lahad Datu selama lebih 7 tahun.

Skuad menggemari sukan bola sepak dan merupakan peminat setia Kelab Arsenal.

Di kalangan teman-teman skuad, skuad dikenali dengan panggilan Ustaz. Selain itu juga skuad mempunyai hobi membaca buku dan menghabiskan masa terluang dengan membaca buku-buku ilmiah dan keagamaan.

Skuad mendirikan rumahtangga pada 08/11/1992 dengan pasangannya iaitu Puan Sulayan Bt. Lagi dan dikurniakan dengan 6 orang cahayamata iaitu 4 orang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan. Isteri skuad, Puan Sulayan berasal dari Daerah Lahad Datu, Sabah adalah merupakan seorang ahli perniagaan.

Ok skuad, terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan dan Apa Khabar Skuad? mengucapkan selamat maju jaya, semoga sukses selalu dan berbahagia bersama keluarga yang tersayang. Tq, Sir!

Tuesday, November 10, 2009

Sjn 123909 Muhd Sabari Bin Ibrahim


Teman skuad dilahirkan pada 05/09/1967 di Kuala Berang, Terengganu. Skuad merupakan anak bungsu dari 3 orang adik beradik.

Sejurus melapor diri di PULAPAH, skuad telah menganggotai Platun 5, Kompeni 'B' dan Platun 6 semasa Kursus Asas PPH di SLPPH Ulu Kinta, Perak. Selesai Kursus Asas PPH, skuad telah ditugaskan di KOMBAS Semporna dan te;ah melapor diri pada 22/10/1991. Penugasan skuad seterusnya adalah di IP Bn 14 PGA Tawau. Pada 17/08/2009 skuad telah melapor diri di Cawangan Hal Ehwal Awam IPK Kota Kinabalu dan kekal sehingga kini.

Menyentuh sedikit tentang peningkatan kerjaya dalam pasukan, skuad telah mendapat kenaikkan Koperal pada 01/01/2005 dan pangkat Sarjan pada 01/10/2008.

Skuad telah mendirikan rumahtangga pada 28/12/1995 dengan pasangannya iaitu Puan Maryani Bt. Abdullah. Skuad mempunyai 3 orang anak iaitu 2 orang anak lelaki dan 1 orang anak perempuan. Isteri skuad berasal dari Daerah Tawau, Sabah adalah merupakan seorang surirumah.

Monday, November 9, 2009

Sjn 124846 Shahri Bin Hj. Noor

bro Kadir, Bro Shahri dan Bro Rizal me'ngeteh' dekat warong sebelah car wash Kepayan sementara tunggu kereta siap dicuci.....

gambar diambil pagi tadi....

berdasarkan skop penugasannya, susah nak tengok bro Shahri ni pakai uniform....

Wokay skuad, hari ni laman blog kita bertuah kerana mendapat penyertaan seorang lagi teman lama kita. Teman skuad adalah Sjn 124846 Shahri Bin Hj. Noor.

Dilahirkan pada 02/04/1968 di Kg. Sg. Dua, Asahan, Melaka, skuad merupakan anak bungsu dari 8 orang adik beradik. Kepada teman-teman yang tidak mengetahui, skuad juga adalah merupakan adik kepada Bro Kadir (Cawangan Khas, IPK Kota Kinabalu) kita.

Skuad menyertai PDRM bersama-sama abangnya dan telah ditempatkan dalam Platun 12, Kompeni 'B' PULAPOL Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Abangnyer iaitu Bro Kadir pula ditempatkan dalam Platun 1, Kompeni 'A', PULAPOL.

Selepas tamat Kursus Asas Konstabel, skuad telah mengikuti pula Kursus Asas PPH di SLPPH Ulu Kinta, Perak dan ditempatkan dalam Platun 2 di bawah kendalian Insp/P. Mohd Khalid. Selepas tamat KAPPH, skuad telah ditugaskan di Platun 12, Kompeni 'C', Bn 16 PPH di bawah seliaan Sjn Mohd Jewa Agindoi. Platun ini agak istimewa kerana sebelum anggota skuad 1/90 melapor diri, platun ini hanya wujud sekadar nama sahaja manakala pegawai dan lain-lain anggota platun tidak ada. 97 % dari keanggotaan platun ini adalah merupakan anggota-anggota Skuad 1/90 dan cuma 3 orang jer orang lamer. Platun Komander pun tak ada!

Semasa Kompeni 'C' Bn 16 PPH dipindahkan ke Daerah Kudat, Sabah pada bulan Jun 1991, skuad turut ikut serta berpindah bersama-sama pegawai dan anggota Kompeni 'C' Bn 16 PPH. Pada bulan Februari 1993, permohonan skuad untuk menyertai Unit Tindakan Khas (UTK) PDRM berjaya dan skuad kekal dalam unit tersebut sehingga kini dengan perjawatan sebagai Sarjan Gerakan Team Selam Tempur UTK.

Sebagai seorang anggota UTK, skuad banyak terlibat dalam penugasan sama ada dalam atau luar negara. Skuad juga banyak mengikuti kursus-kursus sesuai dengan penugasannya dalam unit elit PDRM. Antara kursus yang disertai oleh skuad adalah Kursus Selam Tempur. Skuad memaklumkan sebelum diterima menyertai Team Selam Tempur UTK pada tahun 1993, skuad terlebih dahulu telah menghadiri Kursus Asas Penyelam Kapal yang dijalankan selama 7 minggu di KD Pelanduk, TLDM Lumut. Kursus tersebut telah dikendalikan sepenuhnya oleh Team Paskal TLDM di bawah Program Other Government Agency (OGA).

Dalam karier sebagai anggota polis, skuad mendapat kenaikkan pangkat Koperal pada tahun 1999 dan Sarjan pada 2007.

Walaupun sibuk dengan penugasan sebagai seorang anggota UTK namun sedapat mungkin skuad akan meluangkan masa kepada keluarga dan masyarakat. Dalam aktiviti persatuan, skuad turut aktif dengan PIBG Sek. Keb. Desa Baiduri dan PIBG Sek. Men. Damai Perdana, Cheras, Kuala Lumpur.

Skuad telah mendirikan rumahtangga pada 02/11/1995 dengan pasangannya iaitu Puan Norhayati Bt Abdul Hamid yang berasal dari Felda Keratong 2, Pahang Darul Makmur. Isteri skuad merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Pada 02/11/2009 yang lalu genaplah 14 tahun usia perkahwinan skuad dan sepanjang tempoh tersebut, skuad telah dikurniakan dengan 4 orang anak iaitu 3 lelaki dan 1 perempuan.

Wokay skuad, terima kasih di atas kerjasama dan penyertaan skuad dalam blog ini. Apa Khabar Skuad? mengucapkan selamat maju jaya dan semoga sukses dalam kerjaya dan berbahagia selalu bersama keluarga tercinta... Tq skuad!


Saturday, November 7, 2009

Kpl 124466 Wan Makhtar Bin Wan Mahmud

Bro kita, Wan Makhtar dilahirkan pada 22/05/1965 di Pasir Mas, Kelantan Darul Naim. Anak ke-2 dari 10 orang adik beradik ini merupakan bekas anggota Platun 20, Kompeni 'F' PULAPAH. Semasa Kursus Asas PPH, skuad menganggotai pula Platun 20.

Selesai menjalani Kursus Asas PPH di SLPPH Ulu Kinta, skuad telah ditugaskan di Platun 9, Kompeni 'C', Bn 16 PPH Kota Kinabalu dan seterusnya Platun 7, Kompeni 'C' selepas rombakan semula Kompeni dan Platun PPH pada awal tahun 90an.

Pada bulan Mei 2002, skuad telah bertukar ke Bahagian Operasi, Cawangan Narkotik IPK Kota Kinabalu. Pada bulan Februari 2006, skuad telah ditugaskan pula di Bahagian Pelucuthakkan Harta, Cawangan Narkotik IPK Kota Kinabalu sehingga bulan Ogos 2008 di mana skuad telah ditugaskan kembali di Bahagian Operasi. Perjawatan skuad kini adalah sebagai Koperal (Ops) Narkotik

Skuad menggemari sukan bolasepak. Walaupun tidak lagi aktif kerana masa tugas yang tidak menentu, skuad tetap mengikuti perkembangan sukan bola sepak sama ada di dalam mahupun di luar negara terutamanya kelab kegemarannya iaitu Chelsea. Skuad juga merupakan peminat pemain midfield kelab Real Madrid iaitu Ricardo Izecson dos Santos Leite atau lebih dikenali dengan nickname KaKa.

Skuad menyatakan bahawa hobinya mendengar muzik dan muzik yang digemarinya adalah dari genre blues dan jazz-rock fusion.

Skuad mendirikan rumahtangga dengan gadis pilihannya pada 20/11/1993. Isteri skuad, Puan Rusniah Bt. Julkifli berasal dari Daerah Kudat, Sabah merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Hasil perkongsian hidup skuad dan isterinya telah dikurniakan dengan 4 orang anak iaitu 3 orang anak perempuan dan 1 orang anak lelaki.

Semasa dimaklumkan berkaitan Majlis Reunion Skuad 1/90 yang dijadualkan diadakan pada bulan Januari tahun hadapan, skuad memberikan respons positif dengan terus membuat pembayaran secara tunai. Pun begitu, skuad menyatakan tidak pasti dapat hadir ke majlis tersebut kerana penugasannya yang tidak menentu. Apapun Apa Khabar Skuad? mengucapkan terima kasih di atas komitmen dan respons yang ditunjukkan oleh bro Wan kita... Tq skuad!

Bro Wan Makhtar...

Friday, November 6, 2009

L/Kpl 124150 Norazman Bin Taharin

Bro Norazman...

Skuad telah dilahirkan di Daerah Tampin, Negeri Sembilan Darul Khusus pada 25/09/1967 dan merupakan anak ke-4 dari 7 orang adik beradik.

Di PULAPAH, Ayer Hitam, skuad telah menganggotai Platun 13, Kompeni 'D' dan seterusnya juga Platun 13 semasa Kursus Asas PPH di SLPPH Ulu Kinta, Perak.

Selepas tamat mengikuti Kursus Asas PPH, skuad telah ditugaskan ke Platun 4, kompeni 'A', Bn 16 PPH Kota Kinabalu pada pertengahan bulan November 1990. Posting skuad seterusnya adalah Platun 2, Kompeni 'A' Bn 16 PPH, Cawangan Kew/Bangunan Ibu Pejabat Briged Sabah PPH, kembali semula ke Kompeni 'A' Bn 16 PGA dan seterusnya di Platun Pertahanan, Bn 16 PGA Kota Kinabalu sehingga kini. Perjawatan skuad sekarang adalah sebagai Rifle Komander Seksyen 1, Platun Pertahanan Bn 16 PGA Kota Kinabalu, Sabah.

Skuad mendirikan rumahtangga dengan pasangannya Puan Kiah @ Nasriah Bt. Abdullah pada 07/02/1993 dan dikurniakan dengan 3 orang cahaya mata iaitu 2 orang anak lelaki dan 1 orang anak perempuan. Isteri skuad yang berasal dari Kg. Sangkir, Taun Gusi, Kota Belud, Sabah merupakan seorang suri rumah sepenuh masa.

Skuad gemar melancong dan sering membawa keluarganya melancong di tempat-tempat menarik dalam negara semasa cuti persekolahan. Dalam acara sukan pula, skuad menggemari sukan badminton dan sering mengikuti perkembangan terkini acara sukan badminton tempatan dan luar negara.

Mengimbau kenangan lalu, skuad memaklumkan pernah berniaga di kantin sekolah sebelum memasuki perkhidmatan Polis Diraja Malaysia dan minat yang mendalam dalam pasukan beruniform membuatkannya memohon memasuki PDRM bersama-sama Skuad 1/90 yang lain.

Terima kasih Skuad atas kerjasama yang diberikan!

Thursday, November 5, 2009

Sjn 123898 Abdullah Bin Hj Abd. Aziz

Teman skuad dilahirkan pada 06/09/1969 di Paya Rumput, Melaka. Anak ke-5 dari 7 orang adik beradik memasuki perkhidmatan Polis Diraja Malaysia dengan menganggotai Platun 5, Kompeni 'B' Pusat Latihan Polis Ayer Hitam, Negeri Sembilan. Sehabis kursus asas Konstabel, skuad manghadiri pula Kursus Asas PPH di Ulu Kinta, Perak dengan menganggotai Platun 8.

Selepas tamat KAPPH, skuad telah melapor diri pada 18/11/1990 di Kompeni 'B', Bn 16 PPH Keningau. Dengan penubuhan Briged Sabah PPH dan rombakan semula batalion-batalion dalam Briged Sabah PPH, pada 18/11/1993 skuad telah diarahkan bertukar ke Kompeni 'C', Bn 15 PPH Sandakan.

Pada 29/07/1997, skuad telah ditukarkan pula ke Cawangan Persenjataan IP Bn 16 PGA Kota Kinabalu dan kemudiannya ke Cawangan Persenjataan Kompeni 'B', Bn 16 PGA Kota Kinabalu pada 26/10/2006. Perjawatan skuad kini adalah sebagai Kpl Persenjataan (Ops), Kompeni 'B', Bn 16 PGA Kota Kinabalu.

Skuad telah dimajukan ke pangkat L/Kpl pada 01/01/1995. Pada 01/01/2006, skuad telah dinaikkan pangkat ke pangkat Koperal dan mendapat kenaikkan pangkat Sarjan pada 01/11/2008 (bersinar terang bintang skuad ni.....).

Skuad amat menggemari sukan badminton dan sering ke gelanggang bersama teman-teman sekiranya ada masa lapang. Selain badminton, skuad juga gemar memancing dan banyak ler lubuk-lubuk memancing sekitar Kota Kinabalu dan Sandakan yang telah diredahnya... So, kepada kengkawan yang mempunyai minat sama bleh ler tanya pada skuad kita tip-tip memancing ni...

Skuad mendirikan rumahtangga pada 06/09/1997 dengan pasangannya iaitu Puan Azimah Bt. Hj. Abdul Latip. Isteri skuad berasal dari Kota Kinabalu dan bertugas di Syarikat Nutri-Metics, sebuah syarikat swasta di Bandaraya Kota Kinabalu. Hasil perkongsian hidup skuad dan isterinya telah dikurniakan dengan 3 orang anak iaitu 2 orang anak perempuan dan 1 orang anak lelaki.

Ok skuad, selamat maju jaya Apa Khabar Skuad? ucapkan. Semoga skuad sukses selalu dalam karier dan berbahagia bersama keluarga yang tercinta..

Skuad sedang mengarang biodata dirinya.... hmm, belasah jer skuad... hehehe..

kat ofisnyer...

Gambar anggota Platun 5, Kompeni 'B' PULAPAH...

berehat lepas kena CB satu skuad... apa ke hal nyer tu skuad?

KAPPH 1990... lepak bersama teman-teman sambil makan nasi... yang tengah tersengih tu geng lamo den tak jumpo.... Din Kerang! dan yang tomonung tu... Mat Carrot!

konvoi motosikal dari Keningau ke Sandakan... (Kompeni 'B' Keningau pindah ke Sandakan....)

Platun 5, Kompeni 'B' PULAPAH - Platun Terbaik Keseluruhan Skuad 1/90 PULAPAH. Berdiri di tengah-tengah tu Konst/Per. Shamsul Azahar Bin Aliddin aka Shamsul Ghau Ghau....

Tuesday, November 3, 2009

Sjn 124699 Noor Ezam Bin Ibrahim

Personaliti kita kali ini adalah teman skuad dari Cawangan Pasukan Gerakan Marin (PGM) Kota Kinabalu. Skuad adalah Sjn 124699 Noor Ezam Bin Ibrahim. Dilahirkan pada 03/09/1965 di Bemban, Melaka, skuad merupakan anak ke-6 dari 7 orang adik beradik.

Kerjaya skuad dalam PDRM bermula dengan menganggotai Platun 7, Kompeni 'A' PULAPOL Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Sejurus 'passing out', skuad telah melapor diri di Sekolah Latihan Marin Tampoi, Johor untuk mengikuti Kursus Asas Polis Marin selama 3 bulan. Sehabis kursus, skuad telah ditugaskan di Pangkalan Marin Wilayah Sabah iaitu diattachkan kepada Kapal Ronda PZ 7 (KPD Kurita).

Sewaktu mula ditugaskan di Kapal Ronda PZ 7, skuad telah ditugaskan sebagai anggota penembak 'A' Gun. Dari tugas tersebut, penugasan skuad seterusnya adalah sebagai Ketua Penembak 'A' Gun dan Koperal Unit Risikan Marin. Rating skuad kini adalah Master Below 500 GT Near Coaster dengan perjawatan sebagai Sjn Penolong Ketua Bot Ronda PA 12.

Skuad mendapat kenaikan pangkat Koperal pada 01/10/2003 dan pangkat Sarjan pada 01/11/2008.

Skuad mendirikan rumahtangga dengan pasangannya iaitu Puan Rahmah Bt. Kamis pada 27/08/1994 dan dikurniakan dengan 3 orang anak lelaki dan 1 orang anak perempuan. Isteri skuad yang bertugas sebagai Pembantu Tadbir Rendah di Koperasi Nelayan Kota Kinabalu, Sabah berasal dari Daerah Sipitang, Sabah.

Mengimbau kembali nostalgia lalu, skuad mengatakan bahawa 30/07/1990 merupakan tarikh keramat bagi skuad. Pada tarikh tersebut, skuad telah dimaklumkan oleh SM Yusuf, SM Kompeni 'A' PULAPOL bahawa skuad dipostingkan ke Cawangan Polis Marin Kota Kinabalu, Sabah. Sewaktu mendapat arahan pertukaran tersebut, skuad menyatakan perasaannya berbelah bagi ketika itu. Rasa nak berhenti kerja pun ada kata skuad. Namun berbekalkan dorongan, semangat dan doa restu ibunya menjadikan skuad bersemangat semula untuk terus berkhidmat dalam PDRM.

Antara pengalaman pertama berlayar kata skuad adalah apabila kapal skuad (PZ 7) diarah berlayar dari Kota Kinabalu ke Pulau Pinang. Memang menyeronokkan apatahlagi mencatit sejarah peribadi pertama kali merentasi Laut Cina Selatan menggunakan laluan laut. Sepanjang perlayaran itu, keadaan laut dari Kota Kinabalu ke Johor tenang bak air kolam kata skuad. pemandangannya sungguh cantik ketika itu cerita skuad lagi.. Namun sambung skuad, suasana tenang itu tiba-tiba berubah sewaktu memasuki perairan Laut Lumut, Perak. Keadaan laut berombak kuat dan angin bertiup kencang akibat dilanda Ribut SUMATRAS.

Pengalaman bertugas di laut memang menyeronokkan... mengharung ombak dan badai tu... dah lumrah pelaut...kata skuad

Skuad memaklumkan bahawa pada awal tahun 2009, Kapal Ronda PZ 7 telah diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Skuad turut ditawarkan untuk diserapkan masuk kedalam perkhidmatan APMM namun skuad memilih untuk terus kekal bersama PDRM.

Setelah hampir 20 tahun berkhidmat, skuad masih 'seronok' nampaknya bertugas di Sabah apatahlagi isteripun orang Sabah. So? Bila nak tukar balik ke Melaka skuad? Hehehe acah jer...


Bro Ezam....

Tinggal kenangan.... Kapal Ronda PZ 7

memandu uji bot RHIB....

memandu uji bot Watercat M4...

Monday, November 2, 2009

Kpl 124914 Bedin Bin Likal


Personaliti skuad kita kali ini adalah Kpl 124914 Bedin Bin Likal. Skuad dilahirkan pada 04/03/1969 di Kota Belud, Sabah. Berketurunan Bajau, skuad merupakan anak ke 5 dari 12 orang adik beradik. Menganggotai Platun 15, Kompeni 'B' PULAPOL Jalan Semarak Kuala Lumpur, skuad kemudiannya menganggotai pula Platun 1 KAPPH iaitu di bawah kendalian Insp Ooi Kai Cheong dan Sjn Hassan.

Selepas menamatkan Kursus Asas PPH, skuad telah ditugaskan ke Platun 9, Kompeni 'C' Bn 1 PPH Ulu Kinta. Pada penghujung tahun 90-an, skuad telah bertukar balik ke Sabah dan ditugaskan di Platun 6, Kompeni 'B' Bn 16 PGA Kota Kinabalu. Pada tahun 2002, skuad telah diserapkan ke Unit KWSP Cawangan Kew/Bangunan IP Briged Sabah PGA sehingga tahun 2008 di mana skuad telah diserapkan pula ke Kompeni Khas Kota Kinabalu International Airport (KKIA) sebagai Kpl Seksyen 2, Platun 2.

Penugasan skuad di Kompeni Khas KKIA berikutan ketiadaan penempatan selepas mendapat kenaikkan pangkat Koperal pada 01/12/2007.

Skuad mengemari sukan bolasepak dan sering turun padang sekiranya ada kelapangan masa.

Skuad mendirikan rumahtangga dengan pasangannya iaitu Puan Nor Zaitun Bt. Abd. Ladis pada 30/05/1998. Isteri skuad berasal dari Sandakan, Sabah merupakan seorang Jururawat dan kini bertugas di Unit CAPD Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Skuad dianugerahkan dengan 5 orang cahayamata di mana 3 orang daripadanya adalah lelaki.

Jauh perjalanan, luas pandangan... begitulah juga dengan pengalaman skuad kita ini. Sebagai anggota Bn 1 PPH, skuad banyak terlibat dalam penugasan-penugasan besar. Antara penglibatan skuad dalam penugasan adalah seperti Ops Nyah 1 dan 2, Ops Aturan 10 (Bukit Kayu Hitam & Perlis), Ops Sempadan Grik (Malaysia - Thailand), Ulang Zabri, Ops Usir (Warga Vietnam) di Sg Besi, Penugasan di Pusat Tahanan PATI (Depoh Langkap), Penugasan Cegah Jenayah di Kuala Lumpur dan Perak dan penugasan Ops Tayang di Sabah (pehhh...letih menaip... tu baru sikit tu...)

Wokay skuad... sampai jumpa lagi (kat Maimunah) dan selamat maju jaya!

Sunday, November 1, 2009

Kpl 123974 Aziz Bin Jantan

Kpl Aziz (pronoun sebagai Ajis) dilahirkan pada 11/12/1969 di Batu Pahat, Johor. Anak bungsu dari 9 orang adik beradik merupakan anggota Platun 8, Kompeni 'B' PULAPAH. Skuad kemudiannya menganggotai Platun 9 semasa KAPPH di Ulu Kinta, Perak.

Selesai menjalani kursus, skuad telah di tempatkan di Platun 19 Kompeni 'E' Bn 16 PPH, Kota Kinabalu pada 18/11/1990 dan Platun 6, Kompeni 'B' Bn 16 PGA pada 18/11/1993. Pada 2003, skuad telah diserapkan pula ke Teknologi Maklumat II (Caw. IT ler tu...) dan Cawangan Latihan pada 2007. Dalam masa sama, skuad telah di'attach'kan di Cawangan Tadbir IP Bn 16 PGA dan kekal sehingga sekarang.

Skuad mendapat kenaikan pangkat L/Kpl pada 01/10/1994 dan pangkat Kpl pada 01/10/2007. Skuad seorang yang aktif dalam persatuan sesuai dengan penempatannya dalam Cawangan Tadbir Bn 16 PGA Kota Kinabalu di mana skuad memegang jawatan sebagai Juruaudit Surau Bn 16 PGA, Ahli Kelab Polis Bn 16 PGA dan Ahli PKSS Briged Sabah PGA.

Skuad juga mengemari aktiviti sukan dan aktif dalam semua jenis sukan seperti Badminton, Ping Pong, Bolatampar, Sepak Takraw dan Bola Sepak. Bila ditanya pasukan Bolasepak manakah yang paling diminatinya, skuad menjawab 'Liverpool'. Pemain? Dulu Ian Rush, sekarang ntah... lama tak tengok! Hahahaha...
Skuad mendirikan rumahtangga dengan pasangannya iaitu Puan Junaidah bt Mohamed Nor pada 22/12/1996 dan dikurniakan dengan 4 orang cahayamata iaitu seorang anak lelaki dan 3 orang anak perempuan. Skuad boleh dihubungi melalui alamat e-mel iaitu aziz_jantan69@yahoo.com.my.

Kepada yang mengenali diri skuad kita ni, tentu tahu tentang kemalangan yang menimpa skuad kita semasa menyertai operasi Ops Tayang di Pulau Tigabu, Kudat pada penghujung tahun 90-an. Kemalangan tersebut nyaris-nyaris lagi meragut nyawa skuad kita ni... Alhamdulillah, Tuhan masih memberi kesempatan kepada skuad untuk meneruskan perjuangannya dalam hidup dan syukur terhadap ihsanNya itu.

Ok skuad, terima kasih Apa Khabar Skuad? ucapkan diatas kerjasama yang telah diberikan dan didoakan semoga skuad maju jaya dan sukses dalam karier dan kehidupan. Tq skuad!

bercuti bersama keluarga... di Kelantan

isteri tercinta dan 2 dari 4 orang cahayamata...

Bro Ajis (baju hijau) bersama Bro Yus