Sunday, February 14, 2010

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina

Perayaan Tahun Baru Cina merupakan satu perayaan yang diraikan oleh semua masyarakat Tionghua di Malaysia pada setiap tahun. Perayaan ini bukan sahaja disambut oleh masyarakat Tionghua di negara kita, bahkan juga merupakan perayaan yang diraikan bersama oleh seluruh rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, budaya dan agama.


Sikap toleransi, muafakat, muhibah dan persefahaman yang wujud di kalangan rakyat Malaysia pada masa ini telah membantu dalam menjadikan Malaysia, sebuah negara yang harmoni dan stabil. Semoga keharmonian dan kestabilan yang dikecapi ini dapat bertahan dan berkekalan selamanya. Untuk itu sumbangan dan pengorbanan dari teman-teman skuad semua amat diperlukan dalam membantu negara kita kekal harmoni dan stabil.


Apa Khabar Skuad? mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina dan Selamat Maju Jaya kepada semua teman skuad dan semua rakyat Malaysia yang berbangsa Cina.


p.s - Gong Xi Fa Chai, Shin Nien Kuai Le

Monday, February 8, 2010

Aktiviti Teman Skuad

Pada 05 - 07 Februari 2010 yang lalu, Sabah Motorsports And Adventure Association yang turut diterajui oleh teman skuad kita Kpl 124367 Mohd Dros Bin Wahari bersama-sama Motorsports Associations of Malaysia (MAM) telah menganjurkan Kursus Pegawai Sukan Bermotor 'Marshalling Grade C'.

Kursus tersebut diadakan bertujuan melatih pegawai-pegawai sukan bermotor yang bertauliah bagi membantu dalam penganjuran kejohanan-kejohanan sukan bermotor peringkat nasional.

Kursus 3 hari tersebut turut diadakan serentak dengan Sabah Mini Bike Championship yang diadakan di litar letak kereta Kompleks Sukan Likas yang menjadi pentas praktikal bagi peserta-peserta kursus.

p.s - kursus tersebut turut dihadiri sama oleh Admin Apa Khabar Skuad? Bro Shaironi!

bro Mohd Dros sedang membuat pemeriksaan terhadap jentera pelumba...

bakal-bakal pelumba negara...

bakal pengganti Valentino Rossi?... antara pelumba luar negara yang turut serta...

pelumba-pelumba semasa menguji jentera masing-masing...

US Marshall... bro Shaironi..

Friday, February 5, 2010

Kpl 124210 Nasruddin Bin Malek

Hello skuad! Apa khabar semua... sori la lama benar tak update.. biasa la banyak benar komitmen so terbengkalai la blog kita ni... So hari ni Apa Khabar Skuad? akan mengenengahkan biodata seorang lagi teman skuad kita.

Teman skuad, Kpl Nasruddin Malek dilahirkan pada 18/07/1966 di Kg. Sarin, Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan Darul Khusus. Anak ke-8 dari 10 orang adik beradik ni telah menganggotai Platun 15, Kompeni 'D', Pusat Latihan Polis Ayer Hitam, Negeri Sembilan. So tak la jauh sangat lobai ni poe kursus... dokek yo..

Selesai menjalani kursus asas kepolisan, teman skuad menjalani pula Kursus Asas PPH di Ulu Kinta, Perak dengan menganggotai Platun 13. Tamat Kursus Asas PPH, Skuad kemudiannya telah ditugaskan di Platun 12, Kompeni 'C' Bn 16 PPH Kota Kinabalu dan bersama-sama teman-teman skuad yang senasib telah melapor diri pada 19/11/1990. Selepas 6 bulan berada di Kota Kinabalu, Kompeni 'C', Bn 16 PPH telah dipindahkan ke Kudat, Sabah dan skuad turut sama ikut berpindah dan kekal tinggal di daerah Kudat sehingga kini. 'Lamo bonar tu bai, dah nak masuk 20 tahun dah tu'....

Pada 01/12/2007, teman skuad telah dinaikkan pangkat ke pangkat Koperal. Kini skuad menjawat jawatan sebagai Koperal Tadbir/Tatatertib Kompeni 'C' Bn 16 PGA Kudat, Sabah

Skuad menggemari sukan volley ball dan tenis dan sekiranya ada kelapangan masa akan turun menjengah court tenis di Hospital Kudat.

Skuad mendirikan rumah tangga pada 25/02/1996 dengan gadis pilihannya yang berasal dari Daerah Kudat iaitu Cik Samsiah Bt. A. Mintoh. Isteri skuad bertugas sebagai seorang Penyelia Asrama Sekolah. Skuad dan isteri mempunyai seorang anak lelaki berusia 7 tahun.


gambar lobai maso den tomuramah ari tu...