Tuesday, May 17, 2011

Selamat Hari Wesak

gambar hiasan oleh alangraphy

Kepelbagaian budaya dan agama telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik kerana rakyatnya yang berbilang bangsa dan agama dapat hidup bersama dengan harmoni dan sejahtera.

Toleransi, persefahaman dan sikap saling menghormati telah menjadi asas kepada perpaduan rakyat Malaysia. Semangat seumpama ini perlu diperkembang dan diperkukuhkan, khususnya di kalangan generasi muda, supaya kekuatan dan keunikan ini terus dihayati bagi membina Malaysia sebagai sebuah negara yang teguh, aman dan makmur.

Perjalanan menghala mercu kejayaan dalam era globalisasi ini amat mencabar dan memerlukan warganegara yang berakhlak, jujur, berilmu, berdaya saing dan mencintai keamanan.

Justeru, tanpa mengira bangsa dan agama, marilah kita semua rakyat Malaysia menghayati nilai-nilai murni dan prinsip-prinsip luhur yang kita dokong berdasarkan ajaran agama yang kita anuti untuk meningkatkan lagi persefahaman dan kerjasama erat di kalangan kita. Perpaduan adalah kekuatan kita dan perpaduan itu dapat memastikan kejayaan itu adalah milik kita bersama.

Selamat Menyambut Hari Wesak untuk semua rakan skuad yang menganut Agama Buddha dan seluruh Rakyat Malaysia dari Apa Khabar Skuad?.