Wednesday, August 31, 2011

Selamat Hari Kemerdekaan Ke-54


Hari ini kita menyambut Hari Kemerdekaan negara kita yang ke-54. Pun begitu, dalam kita merayakan hari kemerdekaan ini terdapat juga di kalangan kita yang telah lupa pahit getirnya dan dengan angkuh menidakkan perjuangan generasi terdahulu. 


Hargai dan syukurilah sepenuhnya kemerdekaan yang dikecapi pada masa kini kerana ianya adalah hasil pengorbanan, darah, keringat dan air mata para pejuang kemerdekaan dan generasi terdahulu yang telah membayarnya dengan harga yang mahal. Janganlah dengan angkuh mempersendakan dan memperlekehkan pengorbanan mereka dan janganlah bersikap seperti kacang lupakan kulit. Insafilah dan amatilah Firman Allah S.W.T :


" Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong sesungguhnya Allah S.W.T tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur lagi membanggakan diri"
Luqman 31:18 

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-54!

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri




Assalamualaikum dan salam sejahtera!


Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi kerana masih mengizinkan kita menyambut dan merayakan 1 Syawal pada tahun ini. Sempena hari yang mulia ini, marilah kita memperbanyakkan tasbih, tahmid dan juga istighfar bagi menyucikan diri dari segala noda, dosa dan kekurangan diri selaku insan kerdil yang sentiasa dibuai kelekaan dan kecuaian. 


Di kesempatan ini, Apa Khabar Skuad? mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri buat semua rakan skuad dan para pengunjung blog ini. Kemaafan zahir dan batin jua dipohonkan atas apa jua kekhilafan mahupun kesalahan andainya ada.

Monday, August 1, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak



Ramadhan tiba lagi tahun ini. Syukur kehadrat Allah S.W.T yang telah memanjangkan usia dan mengurniakan kesihatan yang baik kepada kita untuk sekali lagi diberi peluang menyambut bulan yang penuh berkat ini. Manfaatlah sebaiknya peluang yang hanya datang setahun sekali ini. 


Apa Khabar Skuad? mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua rakan skuad dan para pengunjung blog ini.