Wednesday, August 31, 2011

Selamat Hari Kemerdekaan Ke-54


Hari ini kita menyambut Hari Kemerdekaan negara kita yang ke-54. Pun begitu, dalam kita merayakan hari kemerdekaan ini terdapat juga di kalangan kita yang telah lupa pahit getirnya dan dengan angkuh menidakkan perjuangan generasi terdahulu. 


Hargai dan syukurilah sepenuhnya kemerdekaan yang dikecapi pada masa kini kerana ianya adalah hasil pengorbanan, darah, keringat dan air mata para pejuang kemerdekaan dan generasi terdahulu yang telah membayarnya dengan harga yang mahal. Janganlah dengan angkuh mempersendakan dan memperlekehkan pengorbanan mereka dan janganlah bersikap seperti kacang lupakan kulit. Insafilah dan amatilah Firman Allah S.W.T :


" Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong sesungguhnya Allah S.W.T tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur lagi membanggakan diri"
Luqman 31:18 

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-54!

No comments:

Post a Comment