Saturday, October 31, 2009

Mesyuarat Bil 3/2009

Pada 0900 hrs hari ini telah berlangsung Mesyuarat Reunion Bil 3/2009. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh SM Muhammad Rizal Bin Kamarulzaman selaku Pengerusi AJK Penaja Majlis Reunion Skuad 1/90. Agenda mesyuarat telah berkisar tentang persediaan bagi Majlis Reunion. Antara yang telah dibangkitkan dan dibincangkan adalah :


Venue

Venue bagi Majlis Reunion telah ditetapkan di adakan di Borneo Paradise Beach Hotel, Kinarut, Papar.




Tarikh

Majlis Reunion ditetapkan diadakan pada 30/01/2010 (Sabtu)


Bayaran

Mesyuarat bersetuju untuk memilih pakej ‘Family Day Package’ yang ditawarkan oleh pihak hotel dengan bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut:

RM 50.00 seorang bagi dewasa.

RM 30.00 seorang bagi kanak-kanak.

Kanak-kanak 5 tahun ke bawah FOC.


Pengesahan kehadiran

Pengerusi meminta supaya semua teman-teman skuad 1/90 yang berminat untuk menyertai Majlis Reunion untuk membuat pengesahan kehadiran dengan segera bagi membolehkan pengesahan tempahan tempat dibuat sebelum tarikh akhir yang diberikan oleh pihak hotel iaitu pada 15/12/2009.


Majlis tahlil

Mesyuarat juga bersetuju untuk mengadakan Majlis Tahlil yang akan diadakan pada 07/01/2010 (Khamis) bertempat di Surau Bn 16 PGA Kota Kinabalu.


Sebelum menangguhkan mesyuarat, Pengerusi memaklumkan bahawa Mesyuarat Penyelarasan Majlis Reunion akan diadakan pada minggu depan iaitu pada 07/11/2009 jam 0900 hrs bertempat di Bilik Gerakan Bn 16 PGA Kota Kinabalu. Semua teman skuad yang berkesempatan dijemput hadir sama menjayakan mesyuarat tersebut yang antara lainnya akan membincangkan berkaitan pembahagian tugas dan tanggungjawab semasa Majlis Reunion Skuad 1/90.


Sebarang pertanyaan berkaitan Majlis Reunion atau pengesahan kehadiran boleh dimajukan terus kepada Pengerusi, Timb. Pengerusi atau Setiausaha AJK Penaja Majlis Reunion ataupun melalui e-mel Administrator blog Apa Khabar Skuad? iaitu shaironi@yahoo.com .


p.s - Kepada anggota dari batalion Briged Sabah PGA, pengesahan juga boleh dibuat melalui wakil dari batalion masing-masing.


Pengerusi dan Timb. Pengerusi AJK Penaja Majlis Reunion Skuad 1/90

Wednesday, October 28, 2009

Kpl 123789 Zainol Bin Che Akib

Hello skuad! Lama benar tak update teman skuad... hari ni Apa Khabar Skuad? menerima satu sumbangan dari teman kita yang dah lama benar kita tak jumpa. Personaliti teman skuad kita kali ini adalah Kpl 123789 Zainol Bin Che Akib.

Teman skuad menyatakan bahawa beliau dilahirkan pada 22/07/1970 di Alor Setar, Kedah dan merupakan anak ke 4 dari 6 orang adik beradik.

Sejurus melapor diri di PULAPAH, beliau telah menganggotai Platun 3, Kompeni 'A' di bawah kendalian jurulatih Kpl Zamani (Botak).

Semasa Kursus Asas PPH di Ulu Kinta, beliau menganggotai Platun 6 iaitu Platun Insp Khalid Saion. Selepas tamat KAPPH, teman skuad telah ditugaskan ke KOMBAS Semporna. Seiring dengan penubuhan Briged Sabah PPH pada 1993, beliau diserapkan ke Kompeni 'B', Bn 14 PPH.

Skuad mendirikan rumahtangga dengan pasangannya yang berasal dari Beaufort, Sabah pada 22/10/1993 dan dianugerahkan dengan 3 orang cahayamata iaitu 2 orang anak perempuan dan 1 orang anak lelaki. Pada 15/01/2004, teman skuad telah bertukar balik ke Semenanjung dan ditempatkan di Unit Pencegah Penyeludupan, Chuping, Perlis sehingga kini.

Menurut skuad, penugasannya dalam UPP adalah bersama-sama pegawai dan anggota Kastam dan Imigresen dalam satu seksyen. Pada 01/07/2005, skuad telah dinaikkan pangkat ke pangkat Koperal dan memegang jawatan sebagai Penolong Ketua Seksyen UPP Chuping sehinggalah kini.

Semasa dalam PGA di Sabah, skuad banyak terlibat dalam penugasan operasi seperti Ops Tayang, Ops Padan dan Ops Pasir. Antara pengalaman yang tak dapat dilupakan oleh skuad adalah semasa mengendalikan Bilik Gerakan Operasi Menyelamat Tebusan Pulau Sipadan.

Ok skuad, selamat maju jaya Apa Khabar Skuad? ucapkan. Amacam? Bleh ke datang Sabah Reunion tahun depan ni?

Gambar terbaru skuad... hensem lagi... hehehe...

bersama geng keras... robocop...

bergambar kenangan masa Pra Pengesahan kat Pulasiol

Nam, Tour Of Duty!.... hehehe sori... KAPPH bah!

semasa zaman kegemilangan.... control hansem beb!

Gaya mundu!!! (lanun kata org Sabah). Gambar skuad bersama teman-teman dalam KOMBAS Semporna. Semangat Wira!!!

Gambar semasa skuad menganggotai Komando 69! Hehehe... iye ker ni skuad.... Kat sebelah tu geng yang dah lama Admin Apa Khabar Skuad? tak jumpa... Razak Rimau!

Penolong Ketua Seksyen UPP Chuping, Perlis....

control bro, control!..... misai gaya sivaji!

Saturday, October 17, 2009

Happy Deepavali

Selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua teman-teman skuad yang berugama Hindu.
'En Inniya Deepavali, Naal Vaithukal'.

Thursday, October 15, 2009

3 rakan skuad terlibat Majlis Penyematan Pangkat

Pada jam 0700 hrs pagi ini, di padang kawad Ibu Pejabat Briged Sabah PGA Kota Kinabalu, telah berlangsungnya Perhimpunan Bulanan Peringkat IP Briged Sabah PGA. Dalam perhimpunan tersebut turut diadakan juga majlis penyematan pangkat kepada 8 orang APR IP Briged Sabah PGA yang terlibat dalam Eksesais Kenaikan Pangkat Cawangan Specialist baru-baru ini. Majlis telah disempurnakan oleh YDH Dato' Paramasivam A/L Arunasalam, Komander Briged Sabah PGA. Dalam majlis penyematan pangkat tersebut, 3 orang teman skuad kita juga turut terlibat sama. Apa Khabar Skuad? mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada ketiga-tiga teman skuad tersebut.

Kpl 124891 Nisam Soib

Kpl 124966 Alias Hamsin

Kpl 124973 Mohd Tajuddin Idris