Saturday, October 31, 2009

Mesyuarat Bil 3/2009

Pada 0900 hrs hari ini telah berlangsung Mesyuarat Reunion Bil 3/2009. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh SM Muhammad Rizal Bin Kamarulzaman selaku Pengerusi AJK Penaja Majlis Reunion Skuad 1/90. Agenda mesyuarat telah berkisar tentang persediaan bagi Majlis Reunion. Antara yang telah dibangkitkan dan dibincangkan adalah :


Venue

Venue bagi Majlis Reunion telah ditetapkan di adakan di Borneo Paradise Beach Hotel, Kinarut, Papar.




Tarikh

Majlis Reunion ditetapkan diadakan pada 30/01/2010 (Sabtu)


Bayaran

Mesyuarat bersetuju untuk memilih pakej ‘Family Day Package’ yang ditawarkan oleh pihak hotel dengan bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut:

RM 50.00 seorang bagi dewasa.

RM 30.00 seorang bagi kanak-kanak.

Kanak-kanak 5 tahun ke bawah FOC.


Pengesahan kehadiran

Pengerusi meminta supaya semua teman-teman skuad 1/90 yang berminat untuk menyertai Majlis Reunion untuk membuat pengesahan kehadiran dengan segera bagi membolehkan pengesahan tempahan tempat dibuat sebelum tarikh akhir yang diberikan oleh pihak hotel iaitu pada 15/12/2009.


Majlis tahlil

Mesyuarat juga bersetuju untuk mengadakan Majlis Tahlil yang akan diadakan pada 07/01/2010 (Khamis) bertempat di Surau Bn 16 PGA Kota Kinabalu.


Sebelum menangguhkan mesyuarat, Pengerusi memaklumkan bahawa Mesyuarat Penyelarasan Majlis Reunion akan diadakan pada minggu depan iaitu pada 07/11/2009 jam 0900 hrs bertempat di Bilik Gerakan Bn 16 PGA Kota Kinabalu. Semua teman skuad yang berkesempatan dijemput hadir sama menjayakan mesyuarat tersebut yang antara lainnya akan membincangkan berkaitan pembahagian tugas dan tanggungjawab semasa Majlis Reunion Skuad 1/90.


Sebarang pertanyaan berkaitan Majlis Reunion atau pengesahan kehadiran boleh dimajukan terus kepada Pengerusi, Timb. Pengerusi atau Setiausaha AJK Penaja Majlis Reunion ataupun melalui e-mel Administrator blog Apa Khabar Skuad? iaitu shaironi@yahoo.com .


p.s - Kepada anggota dari batalion Briged Sabah PGA, pengesahan juga boleh dibuat melalui wakil dari batalion masing-masing.


Pengerusi dan Timb. Pengerusi AJK Penaja Majlis Reunion Skuad 1/90

No comments:

Post a Comment