Saturday, April 16, 2011

Rakan skuad terpilih mengikuti KPSL


Berita gembira buat 2 orang teman skuad iaitu Sjn 124174 Mohd Fadli Bin Othman dari Cawangan Latihan IP Batalion 15 PGA Sandakan dan Kpl 124599 Elankovan A/L Kalimuthu dari Bahagian Penyiasatan D9, JSJ IPK Pulau Pinang. Kedua-dua teman skuad kita telah terpilih untuk mendapat kenaikan pangkat secara lantikan bagi tahun 2011 sepertimana arahan FTMT 3/2010 dlm KPN (PR) 114/3 bertarikh 3 April 2011. Rakan skuad kita ini akan melapor diri di Maktab PDRM Cheras, Kuala Lumpur pada 3 Mei 2011 untuk menjalani latihan.

Tahniah buat kedua-dua rakan skuad. Rakan-rakan skuad yang lain tumpang bangga di atas kejayaan tersebut. Ini membuktikan perumpamaan melayu yang menyebut : Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Syabas Skuad!

Sunday, April 3, 2011

L/Kpl 124498 Ahmad Puat b. Redzwan


Skuad 1/90 kehilangan seorang lagi rakan skuad. Perintah Pasukan Bil. 16/2011 bertarikh 01.04.2011 melaporkan bahawa rakan skuad kita iaitu L/Kpl 124498 Ahmad Puat b. Redzwan telah meninggal dunia pada 25.02.2011. Allahyarham dilaporkan menghidap penyakit ‘Ishee Mic Acut Disease to Coronary Atary Aterclersis’ yang membawa kepada kematiannya. Allahyarham berumur 44 tahun dan sebelum pemergiannya ke hadrat Ilahi bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.

Apa Khabar Skuad? mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham.