Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Powered by Blogger

Monday, November 2, 2009

Kpl 124914 Bedin Bin Likal


Personaliti skuad kita kali ini adalah Kpl 124914 Bedin Bin Likal. Skuad dilahirkan pada 04/03/1969 di Kota Belud, Sabah. Berketurunan Bajau, skuad merupakan anak ke 5 dari 12 orang adik beradik. Menganggotai Platun 15, Kompeni 'B' PULAPOL Jalan Semarak Kuala Lumpur, skuad kemudiannya menganggotai pula Platun 1 KAPPH iaitu di bawah kendalian Insp Ooi Kai Cheong dan Sjn Hassan.

Selepas menamatkan Kursus Asas PPH, skuad telah ditugaskan ke Platun 9, Kompeni 'C' Bn 1 PPH Ulu Kinta. Pada penghujung tahun 90-an, skuad telah bertukar balik ke Sabah dan ditugaskan di Platun 6, Kompeni 'B' Bn 16 PGA Kota Kinabalu. Pada tahun 2002, skuad telah diserapkan ke Unit KWSP Cawangan Kew/Bangunan IP Briged Sabah PGA sehingga tahun 2008 di mana skuad telah diserapkan pula ke Kompeni Khas Kota Kinabalu International Airport (KKIA) sebagai Kpl Seksyen 2, Platun 2.

Penugasan skuad di Kompeni Khas KKIA berikutan ketiadaan penempatan selepas mendapat kenaikkan pangkat Koperal pada 01/12/2007.

Skuad mengemari sukan bolasepak dan sering turun padang sekiranya ada kelapangan masa.

Skuad mendirikan rumahtangga dengan pasangannya iaitu Puan Nor Zaitun Bt. Abd. Ladis pada 30/05/1998. Isteri skuad berasal dari Sandakan, Sabah merupakan seorang Jururawat dan kini bertugas di Unit CAPD Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Skuad dianugerahkan dengan 5 orang cahayamata di mana 3 orang daripadanya adalah lelaki.

Jauh perjalanan, luas pandangan... begitulah juga dengan pengalaman skuad kita ini. Sebagai anggota Bn 1 PPH, skuad banyak terlibat dalam penugasan-penugasan besar. Antara penglibatan skuad dalam penugasan adalah seperti Ops Nyah 1 dan 2, Ops Aturan 10 (Bukit Kayu Hitam & Perlis), Ops Sempadan Grik (Malaysia - Thailand), Ulang Zabri, Ops Usir (Warga Vietnam) di Sg Besi, Penugasan di Pusat Tahanan PATI (Depoh Langkap), Penugasan Cegah Jenayah di Kuala Lumpur dan Perak dan penugasan Ops Tayang di Sabah (pehhh...letih menaip... tu baru sikit tu...)

Wokay skuad... sampai jumpa lagi (kat Maimunah) dan selamat maju jaya!

No comments:

Post a Comment