Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Powered by Blogger

Tuesday, November 3, 2009

Sjn 124699 Noor Ezam Bin Ibrahim

Personaliti kita kali ini adalah teman skuad dari Cawangan Pasukan Gerakan Marin (PGM) Kota Kinabalu. Skuad adalah Sjn 124699 Noor Ezam Bin Ibrahim. Dilahirkan pada 03/09/1965 di Bemban, Melaka, skuad merupakan anak ke-6 dari 7 orang adik beradik.

Kerjaya skuad dalam PDRM bermula dengan menganggotai Platun 7, Kompeni 'A' PULAPOL Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Sejurus 'passing out', skuad telah melapor diri di Sekolah Latihan Marin Tampoi, Johor untuk mengikuti Kursus Asas Polis Marin selama 3 bulan. Sehabis kursus, skuad telah ditugaskan di Pangkalan Marin Wilayah Sabah iaitu diattachkan kepada Kapal Ronda PZ 7 (KPD Kurita).

Sewaktu mula ditugaskan di Kapal Ronda PZ 7, skuad telah ditugaskan sebagai anggota penembak 'A' Gun. Dari tugas tersebut, penugasan skuad seterusnya adalah sebagai Ketua Penembak 'A' Gun dan Koperal Unit Risikan Marin. Rating skuad kini adalah Master Below 500 GT Near Coaster dengan perjawatan sebagai Sjn Penolong Ketua Bot Ronda PA 12.

Skuad mendapat kenaikan pangkat Koperal pada 01/10/2003 dan pangkat Sarjan pada 01/11/2008.

Skuad mendirikan rumahtangga dengan pasangannya iaitu Puan Rahmah Bt. Kamis pada 27/08/1994 dan dikurniakan dengan 3 orang anak lelaki dan 1 orang anak perempuan. Isteri skuad yang bertugas sebagai Pembantu Tadbir Rendah di Koperasi Nelayan Kota Kinabalu, Sabah berasal dari Daerah Sipitang, Sabah.

Mengimbau kembali nostalgia lalu, skuad mengatakan bahawa 30/07/1990 merupakan tarikh keramat bagi skuad. Pada tarikh tersebut, skuad telah dimaklumkan oleh SM Yusuf, SM Kompeni 'A' PULAPOL bahawa skuad dipostingkan ke Cawangan Polis Marin Kota Kinabalu, Sabah. Sewaktu mendapat arahan pertukaran tersebut, skuad menyatakan perasaannya berbelah bagi ketika itu. Rasa nak berhenti kerja pun ada kata skuad. Namun berbekalkan dorongan, semangat dan doa restu ibunya menjadikan skuad bersemangat semula untuk terus berkhidmat dalam PDRM.

Antara pengalaman pertama berlayar kata skuad adalah apabila kapal skuad (PZ 7) diarah berlayar dari Kota Kinabalu ke Pulau Pinang. Memang menyeronokkan apatahlagi mencatit sejarah peribadi pertama kali merentasi Laut Cina Selatan menggunakan laluan laut. Sepanjang perlayaran itu, keadaan laut dari Kota Kinabalu ke Johor tenang bak air kolam kata skuad. pemandangannya sungguh cantik ketika itu cerita skuad lagi.. Namun sambung skuad, suasana tenang itu tiba-tiba berubah sewaktu memasuki perairan Laut Lumut, Perak. Keadaan laut berombak kuat dan angin bertiup kencang akibat dilanda Ribut SUMATRAS.

Pengalaman bertugas di laut memang menyeronokkan... mengharung ombak dan badai tu... dah lumrah pelaut...kata skuad

Skuad memaklumkan bahawa pada awal tahun 2009, Kapal Ronda PZ 7 telah diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Skuad turut ditawarkan untuk diserapkan masuk kedalam perkhidmatan APMM namun skuad memilih untuk terus kekal bersama PDRM.

Setelah hampir 20 tahun berkhidmat, skuad masih 'seronok' nampaknya bertugas di Sabah apatahlagi isteripun orang Sabah. So? Bila nak tukar balik ke Melaka skuad? Hehehe acah jer...


Bro Ezam....

Tinggal kenangan.... Kapal Ronda PZ 7

memandu uji bot RHIB....

memandu uji bot Watercat M4...

No comments:

Post a Comment