Wednesday, June 9, 2010

Kpl 124662 Kahar Bin Mohamad

Hello dan apa khabar skuad? Personaliti skuad kita kali ini adalah seorang lagi teman skuad kita yang telah lama menyepikan diri. Dari risikan dan maklumat teman-teman skuad akhirnya dapat juga kita menjejaki teman skuad kita yang kini sedang bertapa di Bumi Kenyalang. Skuad adalah Kpl 124662 Kahar Bin Mohamad.


Pertama kali saya dihubungi oleh teman skuad kita ni saya ingat skuad dah lupa bahasa ibundanya kerana seingat saya skuad ni adalah orang nogori (lobai).


Skuad telah dilahirkan pada 14 April 1969 di Jalan Lobak, Seremban, Negeri Sembilan dan kemudiannya membesar di No 83, Jalan Selasih 11, Blok B, Kampung Sentosa, Paroi, Seremban, Negeri Sembilan.


Skuad mendapat pendidikan awal di SRK Ampangan dan kemudiannya menyambung pendidikan peringkat menengah di SMK Seri Ampangan.


Skuad merupakan anak ke-3 daripada 10 orang adik beradik di mana 7 orang daripadanya lelaki dan 3 orang perempuan.


Semasa Kursus Asas Konstabel, skuad menganggotai Platun 6, Kompeni A Pulapol di mana menurut skuad Jurulatih Kawadnya adalah P/Kpl 108762 Yusuf Bin Salim manakala Guru Undang-undangnya Kpl 86579 Sadli B. Adnan.


Selepas selesai menjalani kursus asas konstabel, skuad turut serta bersama-sama teman-teman yang lain mengikuti pula Kursus Asas PPH di Ulu Kinta, Perak dan seterusnya menyambung latihan di Markas Latihan Luar, Tupah, Kedah Darul Aman di dalam Platun 1. JL Platun 1 pada masa itu adalah Insp. Ooi Kai Chung manakala Platun Sarjan adalah Sarjan Hassan. Skuad pula telah dilantik menjawat jawatan Tok Penghulu Platun 1.


Selesai menjalani latihan Asas PPH, skuad telah diarahkan melapor diri ke Kompeni C, Bn 17 PPH, Batu Kawa, Kuching, Sarawak. Semasa pengecilan organisasi PPH pada tahun 1994, skuad diserapkan pula ke Bn 11 PPH. Pada tahun 2006, skuad telah bertukar secara pertukaran dalaman ke Cawangan Gerakan, Bn 11 PGA.


Skuad mendapat kemajuan pangkat Lans Koperal pada 01.10.1994 dan kenaikkan pangkat Koperal pada 01.12.2007.


Selepas mendapat kenaikan pangkat Koperal, skuad telah diarah bertukar ke Kompeni B, Bn 11 PGA pada 18.02.2008. Skuad kini menjawat jawatan sebagai Seksyen Komander 3, Platun 6 Kompeni B, Bn 11 PGA ,Kuching, Sarawak.


Skuad mendirikan rumahtangga pada 17 November 1996. Pasangannya Puan Rejamah Bt Bujang yang berasal dari Kampung Hilir, Serian, Sarawak adalah merupakan seorang surirumah.


Hasil perkongsian hidup skuad dan isteri telah dikurniakan Tuhan dengan 3 orang anak iaitu 1 orang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan. Anak-anak skuad berusia 13, 11 dan 7 tahun bersekolah di SMK Batu Kawa dan SK Garland, Kuching.


Skuad aktif dalam aktiviti sukan terutamanya seni mempertahankan diri. Skuad merupakan ahli Persatuan Karate Do PDRM Sarawak & Sarawak Karate Do Association (SAKA). Penyertaan aktif dan kemahiran skuad dalam sukan Karate-Do terbukti apabila skuad dipilih untuk mewakili Kontijen Sarawak & Briged Sarawak PGA dalam kejohanan Karate Do Piala KPN mulai tahun 1996 sehingga sekarang. Selain menyertai kejohanan, skuad juga adalah merupakan jurulatih Karate Do, T-Baton dan PORU bagi Bn 11 PGA.


Sekiranya ada kelapangan masa, skuad gemar bermain snuker dan ping pong.


Mengakhiri coretannya dalam emel kepada Admin Apa Khabar Skuad? Skuad turut mencoretkan “Syabas dan tahniah di atas penganjuran reunion sempena 20 tahun skuad kita berkhidmat dalam PDRM dan dapat berjumpa kekawan lama. Kepada skuad 1/90 yang bertugas di seluruh Malaysia, kalau nak makan terubok masin, kek lapis dan laksa Sarawak datanglah bercuti di Sarawak. Boleh hubungi saya melalui telefon atau emel saja saya di kaharmohamad@yahoo.com


Terima kasih skuad di atas penyertaan skuad di blog skuad kita. Bagi pihak rakan skuad, Apa Khabar Skuad? Mengucapkan selamat maju jaya dan berbahagia selalu bersama keluarga tercinta.


gambar satu platun masa Kursus Asas Konstabel, 20 tahun yang lalu...


gambar satu keluarga...


dengan gaya tersendiri... hehehe.. ada imbas-imbas pelakon veteran Raja Ismail...


gambar terkini skuad...

1 comment:

  1. hai skuad hg ingat aku tak ketua kompeni A zul platun 3 ( RF 124590 )

    ReplyDelete