Friday, March 25, 2011

Peringatan Hari Polis ke-204

Hari ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyambut Hari Peringatan ke-204 tahun penubuhannya. Sempena menyambut Hari Peringatan ini, Admin suka untuk menarik perhatian semua rakan skuad terhadap perutusan sempena Hari Peringatan ke-204 PDRM oleh YDH Tan Sri Hj Ismail Bin Hj. Omar, Ketua Polis Negara.


Dalam perutusannya, YDH Tan Sri IGP menekankan keperluan supaya semua lapisan warga PDRM menganjak paradigma pemikiran demi memenuhi tuntutan semasa bagi memastikan PDRM tetap relevan serta tidak ketinggalan dengan arus perubahan semasa. YDH Tan Sri IGP memaklumkan bahawa menerusi Pelan Strategik 5 Tahun (PS5T) ke-II PDRM (2011-2015) yang telah pun dimulakan bagi merencanakan hala tuju PDRM akan menjadi landasan transformasi PDRM melalui amalan budaya kerja cemerlang dengan Konsep 4P sebagai wadah bagi menjadikan PDRM sebagai agensi peneraju dalam penguatkuasaan undang-undang dan melindungi masyarakat umum. 4P yang dimaksudkan ialah:


1. Pelindung (Protective).

2. Proaktif (Proactive).

3. Penumpuan pada masyarakat (People Oriented).

4. Prestasi (Performance and Outcome Oriented).


PSST ke-II ini adalah berpaksikan kepada 4 tonggak strategi yang merangsang kepada pembangunan negara iaitu:


Pertama : GAGASAN 1 MALAYSIA;

Kedua : PELAN TRANSFORMASI KERAJAAN;

Ketiga : MODEL EKONOMI BARU; dan

Keempat : RANCANGAN MALAYSIA KE-10,


YDH Tan Sri IGP menyatakan bahawa pembangunan PS5T ke-II yang berasaskan kaedah Petunjuk Prestasi Utama Seimbang atau Balanced Key Performance Indicator (BKPI) adalah sesuai dengan perubahan persekitaran yang serba kompleks dalam menghadapi dunia tanpa sempadan.


Dalam perutusannya juga, YDH Tan Sri IGP turut mengumumkan tentang perencanaan pelbagai inisiatif yang melibatkan lain-lain agensi penguat kuasa, pihak swasta, NGO dan masyarakat setempat mengikut konsep ‘smart partnership’ sebagai usaha untuk memastikan keselamatan di tahap tinggi. Sehubungan itu, lima (5) strategi telah ditetapkan.


Di akhir perutusannya, YDH Tan Sri IGP mengajak semua warga PDRM meneruskan tanggungjawab murni ini dengan bertekad dan berazam meneruskan khidmat bakti untuk melindungi negara dan rakyat di tahap yang terbaik.


Akhir kata, kepada semua rakan skuad dan Warga PDRM, moga anda semua dirahmati, diberkati dan dilindungi Allah Subhanahu Wataala sentiasa.


Selamat Menyambut Peringatan Hari Polis ke-204!

No comments:

Post a Comment