Tuesday, December 14, 2010

Al-Fatihah

Gambar hiasan

Apa khabar skuad? Mengucapkan salam sejahtera buat semua teman skuad... semoga tenang ceria dalam apa jua situasi.. cekal dan sentiasa tabah dalam mengharungi apa jua dugaan kehidupan.

Untuk makluman teman skuad... pada pagi tadi 14/12/2010@0903Hrs... Saya telah menerima SMS ( berita sedih ) dari teman skuad kita Sjn 123932 Ahmad Sallehuddin B Abdullah yang kini betugas di IPK Pahang.... lebih dikenali dalam blog skuadkita dengan panggilan matdin... Beliau telah memaklumkan bahawa isterinya yang tercinta telah kembali kerahmatullah pada 12/12/2010 kerana mengalami sakit dalam perut selepas keguguran dan telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kg.Jambu Bongkok.

'DariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali'... Semoga roh isteri sdr matdin ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..... Apa khabar skuad? juga mengharapkan agar sdr matdin dan seluruh keluarga sentiasa tabah menghadapi ketentuan Illahi.. Amin.

Al-Fatihah.

p/s: Apa khabar skuad? mengucapkan jutaan terima kasih atas infomasi sdr matdin.

1 comment:

  1. al-fatihah untuk arwahyarhamah, takziah untuk suami dan keluarga, semoga tabah menghadapi dugaan dan ujian dari allah......

    ReplyDelete