Friday, August 14, 2009

1 Malaysia


Hello skuad! Apa khabar? Sori la skuad, lama benar tak update blog... saya gi 'out station'. Tu la yang tak update tu... Ok, kali ni saya nak bawak perhatian skuad semua tentang sambutan hari kemerdekaan negara kita ke 52.

Seperti mana skuad semua sedia maklum, sambutan Hari Merdeka 2009 kali ini akan berlangsung dalam bulan Ramadhan dan akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Difahamkan bahawa ini adalah pertama kalinya sambutan kemerdekaan peringkat kebangsaan diadakan di dalam stadium dengan bertemakan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Logo 1 Malaysia adalah berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Logo 1 Malaysia juga dilengkapkan dengan lagu khas Satu Malaysia yang telah dicipta oleh Nik Nizam dan Errie Naham serta liriknya ditulis oleh Lokman Ghani. Tema, logo dan lagu bagi sambutan kemerdekaan ke 52 ini sebenarnya berasaskan slogan dan konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Untuk pengetahuan skuad semua, pelbagai acara akan diadakan selama sebulan sempena sambutan bulan kemerdekaan bermula dari 12 Ogos hingga 10 Oktober. Sambutan Bulan Kemerdekaan ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya pada 12 Ogos dan berakhir di Kuching, Sarawak pada 10 Oktober serentak dengan perayaan Hari Malaysia.

Ni ha, lirik lagu nyer...

Satu Malaysia

Berdiri, Teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan, Mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Satu Malaysia untuk semua

No comments:

Post a Comment