Tuesday, August 18, 2009

Kpl 124375 Bahrusham Bin Bakri

Hello skuad! Apa khabar? Personaliti yang akan kita sorotkan kali ini adalah rakan skuad kita iaitu Kpl 124375 Bahrusham. Skuad dilahirkan pada tanggal 06 Mei 1970 di Tawau, Sabah. Anak sulung dari 8 orang adik beradik ini telah menceburi kerjaya sebagai seorang anggota polis dengan menyertai Platun 20, Kompeni 'E' PULAPAH. Sehabis kursus asas kepolisan, skuad telah ditugaskan di Unit Polis Pelancong, IPK Kuala Lumpur.

Pada bulan Julai 1999, selepas hampir 10 tahun bertugas jauh di perantauan nun di Semenanjung Malaysia, permohonan skuad untuk bertukar ke Sabah Negeri Di Bawah Bayu telah diluluskan di mana skuad telah ditugaskan sebagai anggota Tugas Am, IPD Tawau.

Pada tahun 2005, skuad telah ditugaskan pula di Pondok Polis Merotai, Tawau. Ogos 2008, skuad telah dinaikkan pangkat ke pangkat Koperal dan skuad telah ditukarkan pula untuk bertugas kembali di IPD Tawau iaitu di Cawangan Latihan dan kekal sehingga kini dengan perjawatan sebagai Koperal Latihan/Sukan.

Skuad menggemari sukan bolasepak dan pernah aktif dalam sukan tersebut di mana skuad pernah mewakili Unit Polis Pelancong, IPK Kuala Lumpur dalam kejohanan Bolasepak Piala KP Selangor. Dalam aktiviti persatuan pula, skuad kini menganggotai AJK PIBG bagi Sekolah Rendah Bombalai (M) Tawau. Menurut skuad, hobi kegemarannya adalah berburu dan memancing. Sekiranya ada kesempatan dan masa, skuad akan cuba meluangkan masa dengan hobinya itu.

Skuad mendirikan rumahtangga dengan gadis pilihannya yang berasal dari Seri Aman, Sarawak pada tanggal 2 Ogos 1997 dan pada 2 Ogos yang lalu telah meraikan ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-12. Isteri skuad, Puan Nuradlina Shafika merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Hasil perkongsian hidup skuad dan isterinya telah dikurniakan Tuhan dengan 4 orang anak iaitu 3 perempuan dan 1 lelaki.

Kepada rakan-rakan skuad yang berhajat untuk menghubungi skuad, bolehlah menghantar e-mel kepada skuad di alamat e-mel bb124375bsham@yahoo.com.

p.s- Apa Khabar Skuad? mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan dan selamat maju jaya kepada Kpl 124375 Bahrusham.

skuad bergambar di hadapan blok Kompeni 'E'

segak bergaya dengan seluar pendek nyer....

Unit Polis Pelancong, IPK KL

tengok apa tu bro?... ler siap ada yang lentuk sekali... ish, ish, ish...

satu 'shot' bersama teman-teman... Yang melengkung kat belakang tu Yussaini...

bergaya bersama teman-teman...

bergambar bersama teman-teman selepas selesai aktiviti merentas desa..

Kpl Guna, guru kelas undang-undang...

waktu senggang di PULAPAH ...

No comments:

Post a Comment