Sunday, January 24, 2010

Majlis Reunion Skuad 1/90

Kota Kinabalu, 24 Januari 2010. Bertempat di Airport View Hotel, Tg. Aru, malam tadi (23 Januari 2010) telah berlangsungnya Majlis Reunion Skuad 1/90. Majlis yang julung kalinya diadakan ini telah dirasmikan oleh SM Muhd Rizal Bin Kamarolzaman, Pengerusi AJK Penaja Malis Reunion Skuad 1/90.

Majlis yang bermula pada jam 1945 hrs dan berakhir jam 2315 hrs ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di mana seramai 50 orang pegawai dan anggota dari Skuad 1/90 telah hadir dalam majlis ini. Kehadiran bukan sahaja terhad kepada pegawai dan anggota yang bertugas di Kota Kinabalu malah turut disertai oleh pegawai dan anggota yang bertugas di lain-lain daerah Negeri Sabah termasuk dari Semenanjung Malaysia.

Walaupun kehadiran adalah kurang 0.05 % dari jumlah sebenar keanggotaan Skuad 1/90, namun semangat yang ditunjukkan oleh mereka yang hadir amat membanggakan. Keseluruhannya meminta supaya majlis ini diteruskan di tahun-tahun yang mendatang. Pengerusi AJK Penaja dalam ucapan perasmiannya merakamkan ucapan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua rakan skuad yang telah sudi meluangkan masa dan wang ringgit untuk hadir ke majlis ini.

Para hadirin kemudiannya dipersembahkan dengan tayangan slideshow 'Mengimbas Nostalgia' yang memaparkan gambar-gambar anggota Skuad 1/90 dari sebelum memasuki PDRM sehingga gambar terkini. Majlis turut dimeriahkan dengan acara Karaoke dan sesi 'Memperkenalkan Diri'.

pertemuan semula teman-teman lama

tengok apa tu?..

ok... say cheese!!!

1 platun... KAPPH

apa benda la tu bro...

posing..

bergambar ramai sebelum majlis bermula...

beramah mesra

Pengacara Majlis...

bacaan doa oleh AlFadhil Ustaz ...

Sjn Ramli Che Ros, Pengerusi Jawatan Kuasa Penganjur Majlis...

Pengerusi AJK Penaja

testing...

bergambar beramai-ramai...

anugerah penampilan terbaik jatuh kepada....

tulis apa tu skuad?....

p.s - Kepada mereka yang datang dari luar Kota Kinabalu, Apa Khabar Skuad? mengucapkan syabas di atas komitmen dan pengorbanan rakan skuad semua. Kepada rakan skuad dari Kota Kinabalu... tq!

No comments:

Post a Comment