Friday, January 1, 2010

Happy New Year 2010

Good Bye 2009! Cepat sungguh masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah setahun dah rupanya. Apa cerita dengan azam tahun 2009 skuad semua? Dah tercapai ke belum? Camner plak dengan azam tahun 2010 nie? Dah buat azam baru ke belum? Terpulang kepada masing-masing. Sibuk berazampun kalau tak dilaksanakan tak guna jugak kan?


Setiap kali tiba tahun baru kita menanam azam yang bukan sedikit. Ada yang tidak sabar menunggu kiraan detik akhir menjelang tahun baru, mengadakan pesta, konsert dan sebagainya khusus untuk menyambut tahun baru.


Tidak ramai sedar atau terfikir untuk menganjurkan majlis muhasabah bagi menilai semula aktiviti atau produktiviti selama setahun berlalu.


Mungkin majlis seperti ini boleh dianjurkan pada peringkat organisasi, masyarakat setempat sehinggalah ke peringkat keluarga.


Muhasabah harus bermula daripada diri sendiri, menilai dan memerhatikan segala aktiviti hidup yang sudah dilakukan sama ada berjaya atau sebaliknya dapat meningkatkan kualiti diri.


Kualiti yang dimaksudkan ialah kualiti yang setara dengan apa yang Allah SWT tetapkan standardnya iaitu amal soleh. Amal soleh yang dimaksudkan bukan sekadar amalan berbentuk ritual seperti sembahyang, puasa atau haji, bahkan meliputi semua aktiviti dan amalan harian termasuk cara berhubung dengan ahli keluarga, masyarakat, cara menilai atau mena’kul sesuatu perkara.


Akhir kata Apa Khabar Skuad? suka membacakan satu firman Allah SWT dalam kitab suci Al-Quran sebagai renungan dan panduan bersama. Firman Allah SWT tersebut bermaksud:


“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; kecuali orang yang beriman dan beramal soleh serta mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.”


(Surah Al – Ashr, ayat 1 hingga 3).


p.s – Apa Khabar Skuad? mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2010 kepada semua teman-teman Skuad 1/90.

No comments:

Post a Comment