Monday, March 22, 2010

Kpl 124966 Alias Bin Hamsin

Apa Khabar Skuad?..Dan lama Ambo tidak mengemaskini blog skuadkita ni,, Pada Bro Admin (Shaironi) minta maaf je la yer...almaklum la.. selain dari kesibukan tugas.. bahan cerita dari kekawan pun agak berkurangan.

Apa Khabar Skuad? Pada kali ini akan memaparkan perjalanan hidup teman skuad kita. Dilahirkan pada 16/03/1970 di Benut,Pontian Johor... Alias Bin Hamsin diberi nama.. merupakan anak pertama dari 3 orang adik beradik.

Sebagaimana teman-teman skuad yang lain... Bro Alias telah melapor diri pada 07/01/1990 di PULAPOL, Kuala Lumpur..Memang dari kecil lagi bercita-cita nak jadi Bapak Polisi. Bro Alias telah diamanahkan dibawah Jurulatih Kawat Kpl Mat Noor Platun 17, Kompeni B. Di kalangan kawan-kawan di Platun 17.. Bro Alias lebih dikenali dengan pangillan Aseng... Sehingga kini.. nama Aseng masih melekat dengan teman skuad kita ni.... Jangan marah yer Bro Aseng.

Setelah Tamat Latihan Asas Kepolisian di PULAPOL.. Bro Aseng telah mengikuti Kursus Asas PPH di Ulu Kinta & Tupah. Banyak kenangan manis Bro Aseng semasa Latihan Asas PPH ni.. Kalau nak tahu..tanya je teman skuad Platun 4 Asas PPH. Kursus teman skuad ini diteruskan lagi selama 6 bulan dengan mengikuti Kursus Asas Semboyan di SLUKK, Bakri, Muar, Johor. Bro Aseng memang minat habis dengan dit..da..dit..da ni.. beliau merupakan peserta Kursus yang cemerlang.

Pada 19/05/1991.... Bro Aseng bersama 79 anggota Semboyan telah di tukarkan ke Sabah.. Beliau telah di tempatkan di Kompeni 'E' Batalion 16 PGA. Baru 2 minggu melapor diri, teman skuad kita ni telah menimba pengalaman setelah di arahkan terlibat dalam OPS TAYANG di kawasan Sandakan. Pengalaman tugas yang paling mencabar kata Bro Aseng adalah semasa terlibat S.A.R di Banjaran Tinatudun, Keningau.. Sebuah Helikopter telah terhempas di Banjaran tersebut.. kerja beliau adalah penyelamat serta mencari mayat-mayat yang bertaburan, berpengalaman tidur bersama mayat.

Bro Aseng telah dinaikkan pangkat Lkpl pada 1994....serta mendapat kenaikan pangkat Kpl pada 2009. Telah mendirikan rumahtangga dengan pasangan yang berasal dari Tawau iaitu Pn Mariana Bt Padu dan dikurniakan dengan 1 orang anak. Teman skuad bergiat aktif dalam sukan bolasepak. Melancong adalah menjadi hobi beliau... sentiasa membawa keluarga melancong sekitar Sabah serta Semenanjung.

Penugasan teman skuad terkini adalah Kpl Komunikasi IP Briged Sabah PGA.. setelah menjalani pertukaran dari Batalion 16 PGA pada tahun 1992.. merupakan orang lama Briged tu.. Bro Aseng sentiasa mendoakan kesejahteraan teman-teman skuad..serta mengharapkan kejayaan dalam apa jua bidang dan penugasan...kepada teman-teman yang masih ingat... email la gua ( kata Bro Aseng) .. norsazma@yahoo.com.my ... Salam 1 skuad.

Bro Aseng..Hari pertama lapor diri di Pulapol.. turut kelihatan Bro Johari Ludin & Bro Zainuri

Gambar bersama teman Platun 17 Kompeni B.. saat berpisah
Bro Aseng, Hamidi, Suhaili, Allahyarham Zamros, Bro Tj'Din & Bro Salim

Hensem tak Gua.... nak gi Operasi tu..masih sempat posing

Kenangan bersama teman & anggota Merin..biasa le Operasi laut bah kami..

Bersama Tuan Landi Ilod..tugas S.A.R di Banjaran Tinatudun, Keningau,
Bau mayat je beb....

Sewaktu bantu Tugas Pilihanraya Dun Sarawak di Miri..Tahun berapa yerk??


p/s: Apa Khabar Skuad? .. Terimakasih Bro Aseng atas kerjasama... kepada teman-teman skuad...sila le kirim bahan-bahan bagi memeriahkan blog skuad kita ni. Salam Buat Semua.

1 comment:

  1. Salam skuad.aku 124970 mohad dzahir.
    Aku tengok artikel si aseng ni teringat aku kat dia.lama tak jumpa apek sorang ni tau.aku sama2 ngan dia sejak 7/1/90 sampai le aku lapor diri kursu teknikal kat tun salleh.aku skrg kat woksyop kon ipk perlis.kalau sesape yg masih kenal aku leh ym aku dzahir497@yahoo.com.

    untuk aseng and geng paltun 17 pulapol dan paltun 4 slpph serta kelas asas semboyan kat bakri muar moga persahabatan kita berkekalan hingga selamanya.

    sedey gak baca artikel ni baru aku tahu zamrus dah meninggal

    last aku jumpa dia kat maktab teknik masa kursus tapi lain kursus la cuma dia pun g kursus kat situ
    moga rohnya dicucuri rahmat amin

    jumpa lagi skuad

    facebook aku http://facebook.com/gedungduit

    ReplyDelete