Saturday, March 6, 2010

Sjn/D 124063 Ruslan Bin Mustakim



Personaliti teman skuad kita kali ini adalah Sjn/D 124036 Ruslan Bin Mustakim. Berasal dari Beaufort, Sabah, skuad telah dilahirkan pada 04/11/1968. Skuad merupakan anak bungsu dari 2 orang adik beradik.

Sejurus melapor diri di Pusat Latihan Polis Ayer Hitam, Negeri Sembilan, skuad telah dimasukkan ke Platun 10, Kompeni 'C'. Sehabis menamatkan Kursus Asas Konstabel, skuad telah diarah mengikuti pula Kursus Asas Pasukan Polis Hutan di Ulu Kinta, Perak di dalam Platun 12.

Seperti ikan pulang ke lubuk, selesai mengikuti Kursus Asas PPH, skuad telah ditugaskan di Bn 16 PPH Kota Kinabalu di mana pada 19/11/1990, skuad telah melapor diri di Platun 3, Kompeni 'A'.

Pada 16/11/1995, skuad telah diserapkan masuk ke Cawangan Khas di Ibu Pejabat Cawangan Khas Kontinjen Sabah dan pada 16/10/1997, skuad telah ditukarkan pula ke Cawangan Khas IPD Papar dan kekal sehingga kini.

Perjawatan skuad kini adalah sebagai Sarjan Detektif Cawangan Khas, IPD Papar.

Skuad telah dimajukan kepangkat L/Koperal pada tahun 1995 dan mendapat kenaikkan pangkat Koperal pada tahun 2005. Pada tahun 2008, skuad mendapat 'durian runtuh' lagi kerana mendapat kenaikkan pangkat Sarjan. Waaa... bila mau naik SM pula ni skuad?

Walaupun sibuk dengan tugas, skuad masih sempat meluangkan masa dalam aktiviti sukan dan riadah. Walaupun sekadar suka-suka, padang bola dan gelanggang Badminton menjadi ruang untuk skuad menghilangkan stress setelah penat bertugas seharian. Jangan pandang sebelah mata, skuad juga turut serta sebagai Wakil Bahagian Pedalaman pada Kejohanan Badminton Piala Ketua Cawangan Khas Sabah yang lalu.

Selain aktiviti sukan, skuad juga gemar memancing dan mendengar muzik. Apabila ada kesempatan, skuad juga gemar pergi melancong bersama keluarga yang tercinta.

Skuad mendirikan rumahtangga pada 05/12/1997 dengan gadis pilihannya yang berasal dari Tawau, Sabah. Hasil perkongsian hidup skuad dan isterinya, telah dikurniakan tuhan dengan 3 orang cahayamata. Isteri skuad, Puan Noorliza Bt. Mohd Noor adalah merupakan seorang peniaga.

Semasa pertemuan selepas Majlis Tahlil Sempena Ulangtahun ke-20 Skuad 1/90 di Surau Bn 16 PGA Kota Kinabalu yang lalu, skuad sempat menyatakan ucapan berikut :
'Sempena genap 20 tahun dalam PDRM, saya mengucapkan selamat maju jaya dalam PDRM dan semoga kita semua dirahmati Allah Subhanahu Wataala selalu hendaknya....'

Terima kasih diucapkan kepada teman skuad kita, Sjn/D Ruslan Mustakim kerana kesudian menjenguk rakan-rakan skuad dan berkongsi info dirinya dengan kita semua. Semoga skuad maju jaya dalam karier dan berbahagia selalu bersama keluarga tercinta. Tq skuad!


No comments:

Post a Comment