Saturday, May 1, 2010

Selamat Hari Pekerja

Wokay skuad, seperti yang semua tahu hari ini adalah 1 Mei 2010. Hari Pekerja. Diraikan di seluruh dunia termasuk negara kita pada setiap tahun dan turut diwartakan di Malaysia sebagai cuti umum. Macam mana boleh wujudnya Hari Pekerja? Tu kena study dan buat rujukan kat internet atau pegi ler ke library…


Macam manapun ceritanya bermula pada tahun 1884 apabila Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh di Amerika Syarikat meminta tempoh maksima lapan-jam waktu berkerja. Pada tahun 1886, mereka mengambil keputusan bahawa 1hb Mei patut menjadi hari berhenti bekerja peringkat antarabangsa…. Pas tu? Hahaha.. . tu la tadi dah kasi tau, kena buat rujukan ler...


Untuk pengetahuan skuad semua jugak, pada 8 Mei 2010 (Sabtu) akan diadakan Majlis Perhimpunan Perpaduan Sempena Hari Pekerja 2010 bertempat di Malaysia International Exhibition and Convention Centre (MIECC), MINES Resort City, Seri Kembangan, Selangor. Majlis ini dianjurkan oleh Kementerian Sumber Manusia dan dianggarkan kira-kira 8,000 orang pekerja daripada pelbagai sektor yang mewakili setiap kategori pekerjaan akan menyertai perhimpunan ini. Majlis akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dengan tema Hari Pekerja pada tahun 2010 adalah “Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi”.


Tiga anugerah telah disediakan sempena sambutan Hari Pekerja bagi tahun 2010 ini iaitu Anugerah Pekerja Cemerlang, Anugerah Majikan Prihatin dan Anugerah Majikan Berdaya Saing. (maklumat lanjut boleh rujuk di www.mohr.gov.my).


p.s - Kepada rakan skuad semua, selamat bercuti sempena hari pekerja dan kepada mereka yang tidak dapat bercuti... sori aaa.. bleh claim balik kut?... hahaha…



sori geng.. gambar hiasan jer...

No comments:

Post a Comment