Sunday, May 17, 2009

C/Insp Shaik Kadar (RF/125021)

Skuad, kali ni saya nak paparkan profil seorang teman skuad kita yang telah berjaya meningkatkan diri dalam kerjaya sebagai anggota PDRM. Teman skuad adalah C/Insp Shaik Kadar. 

Berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang, skuad merupakan anak ke-5 dari 8 orang adik beradik. Teman skuad menyertai PDRM dengan No. badan RF/125021. Merupakan anggota platun 18 Kompeni B, Pulapol KL, teman skuad juga merupakan anggota platun yang sama dengan SM 125012 Rizal (UUP Sabah), 125009 Mazli (Narkotik IPD K. Kinabalu) dan Kpl 125003 Jefri (Komunikasi Briged Sabah PGA). Kata teman skuad kita ni, ramai lagi dari bekas anggota platunnya sedang bertugas di Kota Kinabalu.
 
Lepas jer rekrut, teman skuad telah di tukarkan ke IPD Manjung dan bertugas di Balai Polis Pulau Pangkor sebagai anggota Tugas Am. Bertugas sebagai jurugambar sekejap sehingga 16.10.1999 dan selepas tu skuad sekali lagi bertukar ke IPD Kerian di Cawangan Pengawal Pengiring. 

Teman skuad hanya sempat bertugas 9 bulan jer di IPD Kerian kerana pada 1.10.2000, teman skuad mengikuti KPSL ("ada rezeki beb!" katanya) dan selepas tamat latihan skuad telah ditugaskan di IPD Petaling Jaya. 

Mulai 16.10.2004, skuad bertugas di Cawangan Tatatertib Bukit Aman sehinggalah sekarang... 

Teman skuad mempunyai 4 orang cahayamata dan katanya seorang dari anaknya dah masuk polis dah pun... Iyalah skuad, kat mana tumpahnya kuah karikan kalau bukan kat nasi briyani... Ok skuad, selamat maju jaya dalam karier...

p.s - Tq, Sir! for the information, photos... and for joining us at Apa Khabar Skuad!..

ha ni nak habaq kat hangpa... ni la gambaq terkini Tn Shaik...

Kata Tn Shaik untung jugak kat dalam Tatatertib ni, dapat travelling satu Malaysia selalu. 
Sat sat pi sana, sat sat pi sini...

Tn Shaik bergambaq kat depan IPD Kapit, Sarawak

nak pi Kapit kata Tn Shaik kena naik feri, tapi bukan macam feri nak pi Tanjung tu.... haa ni hat ni lain... laju...

No comments:

Post a Comment