Friday, May 15, 2009

Koperal 124011 Mohamed Johar Bin Abdul Manaf

Ok skuad semua ni ada profil sorang lagi skuad kita yang telah dihantar kepada saya. Skuad adalah Kpl 124011 Mohamed Johar Bin Abdul Manaf atau juga digelar ‘Joe Black’ oleh geng-geng kerasnya. Skuad telah dilahirkan di Kg. Sementa, Kapar, Selangor pada 2hb Januari 1969 dan merupakan anak ke-4 dari 6 orang adik beradik. 

Skuad telah direkrutkan di PULAPAH di dalam Platun 9 Kompeni 'C'. Masa Kursus Asas PPH, skuad telah menganggotai Platun 5. 

Pd 23/11/1990 skuad melaporkan diri di Bn.16 PPH Kota Kinabalu dan telah diletakkan di dalam Platun 13, Kompeni 'D'. Pada Bulan Ogos 1993, skuad telah ditukarkan ke Batalion 15 PGA Sandakan dan di tempatkan dalam Kompeni 'B' sehingga kini. 

Selepas memangku pangkat Koperal selama lebih kurang setahun, pada 1hb Julai 2004, skuad telah disahkan ke pangkat tersebut dan menjawat jawatan sebagai Kpl Risik Komp.'B' Bn 15 PGA Sandakan. 

Skuad juga pernah turut serta dalam misi PBB melalui misi UNMIT Briged Sabah PGA di Timor Leste selama 6 bulan mulai 06/04/2008 hingga 06/10/2008. 

Skuad mendirikan rumahtangga pada 17.10.1992. Isteri skuad berasal dari Daerah Papar, Sabah dan kini mereka mempunyai 4 orang cahayamata (2 lelaki 2 perempuan). ‘Nak tambah lagi, tapi bini tak mau dah... hehehehe.’ kata skuad dalam emelnya.

gambar bro atau kolega (kawan) dalam bahasa Timor

gambar 'kolega' masa jadi body guard Jacky Chan semasa lawatan
Jacky Chan kat Dili, Timor-Leste

gambar terkini 'kolega' kat kg di Dili, Timor Leste... eh, eh bukan... kat Sandakan ler...

No comments:

Post a Comment