Thursday, May 28, 2009

Sarjan 124495 Fadzil Bin Ali

Sarjan 124496 Fadzil Bin Ali dilahirkan pada 03/03/1970 di Abi Kg. Tengah, Jalan Padang Melangit, Kangar Perlis. Permulaan karier anak ke-2 dari 2 orang adik beradik ini dalam PDRM adalah dengan menganggotai Platun 24, Kompeni 'F' PULAPAH.

Sehabis jer asas rekrut, skuad mengikuti Kursus Asas PPH di Sekolah Latihan PPH Ulu Kinta, Perak sebagai anggota Platun 17.

Skuad kemudiannya dipostingkan ke Platun 12, Kompeni 'C' Bn 16 PPH Kota Kinabalu sebagai anggota Medical. Dengan pengecilan organisasi PPH, skuad kemudiannya diserapkan ke Platun 9 Kompeni C Bn 16 PPH Kudat sehinggalah bulan Mac 2003 di mana skuad telah bertukar ke Platun 6, Kompeni B Bn 16 PGA Kota Kinabalu dan kekal sehingga kini.

Skuad telah mendirikan rumahtangga dengan pasangannya Puan Dg. Sopiah Bt. Ag. Hassan pada 24/05/1992 dan dikurniakan dengan 5 orang cahayamata (3 lelaki dan 2 perempuan). Pada 01/10/2005, skuad telah dinaikkan pangkat ke pangkat Koperal dan pangkat Sarjan pada 01/05/2008 iaitu semasa skuad bertugas dalam misi PBB di Timor-Leste.

Kini skuad merupakan Sarjan Platun 6, Kompeni B Bn 16 PGA Kota Kinabalu.

Skuad meminati sukan bola tampar dan pernah mengikuti pelbagai kejohanan bola tampar anjuran pasukan dan luar.

Roger, tq skuad atas info yang diberikan...

semasa penugasan Confidence Building Patrol di Republic Democratic Timor-Leste

bergambar di hadapan Kedutaan Malaysia di Dili, Republic Democratic Timor-Leste

bergambar di hadapan kementerian kerja raya Republic Democratic Timor-Leste

bergambar semasa membuat lawatan MOP di Republic Democratic Timor-Leste

bergambar beramai-ramai semasa membuat lawatan MOP di Republic Democratic Timor-Leste

bergambar bersama Juan Carlos Arevalo, Pmg UN Commissioner of Police,
UNMIT

bergambar di Cristo Rei, Dili, Republic Democratic Timor-Leste

gambar skuad masa naik tugas Pen. Pegawai Bertugas IP Briged Sabah PGA baru-baru ni.....

1 comment:

  1. Hye admin, boleh tak dapatkan emel atau any contact number skuad ini? Sbb nak tanya info mengenai rumahnya yg terletak di Papar, dekat khabar beliau ingin menjual rumahnya itu. Thanks admin.

    ReplyDelete