Tuesday, May 12, 2009

Kpl 124980 Osman Bin Abdul Talib

Ok skuad, personaliti skuad kita kali ni adalah Kpl Osman. Skuad berasal dari Tampin, Negeri Sembilan (lobai) dan merupakan anggota Platun 17, Kompeni B PULAPOL Jln Semarak. Semasa kursus asas PPH, skuad menganggotai Platun 5. Sejurus selesai kursus asas PPH, skuad telah dihantar untuk mengikuti kursus Jurusemboyan selama 6 bulan di SLUKK Bakri Muar Johor. Selepas selesai menjalani kursus Jurusemboyan, skuad telah ditugaskan ke Bn 16 PPH dalam Platun 15, Kompeni D.

Pada 1993, skuad menjalani Kursus Pra-Pengesahan Jawatan Konstabel di Pulasiol, Kuching Sarawak dan sejurus selesai kursus tersebut, skuad telah ditukarkan ke Kompeni B Bn 7 PPH Sandakan yang kemudiannya dikenali sebagai Bn 15 PGA. Perjawatan terakhir skuad di Bn 15 PGA adalah sebagai anggota Kem Komandan. 

Pada April 2004, skuad menyertai Cawangan Gerakan Risik IP Briged Sabah PGA sebagai Konst Risik 1. Pada 2007, skuad telah dinaikkan pangkat kepangkat Koperal setelah memangku jawatan tersebut untuk tempoh hampir 1 tahun dan menjawat jawatan sebagai Kpl Risik 1 di Caw. Gerakan/Risik, IP Briged Sabah PGA sehingga sekarang.

Oh ya lupa lak, skuad juga dikenali dengan gelaran Man Taji... Why? Ntah... kena tanya sejarah dia tu... hahaha... 

Skuad (Ketua Kelas Asas 4) di dalam berek SLUKK Bakri, Muar, Johor 
semasa mengikuti Kursus JWT

Gambar skuad di atas feri ke dalam perjalanan ke Labuan untuk penugasan bantuan kepada KPD Labuan sempena perayaan Hari Natal dan Tahun Baru. Hansem jugak eh lobai kito ni...

Skuad semasa menjalani latihan mencari dan menyelamat. Rappelling dari Tkt 10, 
Bangunan Layang-Layang... 
Err... apo perasaan ekau jang? Hah, sompek laie nak tanyo? Apo laie Jang..... Gayat.........!!!!!!

Skuad semasa menjalani penugasan Ops Tayang di Pos Bakapit, Lahad Datu
.
Gambar terkini skuad.. macam kurang jer bai.... tapi misai masih cam dulu gak...

No comments:

Post a Comment