Monday, May 25, 2009

Sarjan 123777 Norazli Bin Limat


Dilahirkan pada 26/02/1970 di Muar, Johor, Sjn 123777 Norazli Bin Limat adalah merupakan anak ke-3 daripada 8 orang adik beradik. 

Skuad merupakan bekas anggota Platun 1, Kompeni A PULAPAH. Semasa Asas PPH, skuad menganggotai pula Platun 6. Selesai menjalani KAPPH, skuad telah dipostingkan ke Batalion 16 PPH Kota Kinabalu iaitu di dalam Platun 6, Kompeni 'A'. 

Skuad melangsungkan perkahwinan pada 18/09/1998 dengan pasangannya yang berasal dari Kedah Darul Aman dan dikurniakan sepasang cahayamata. 

Pada 01/05/2005, Skuad dinaikkan pangkat ke pangkat Koperal dan seterusnya pangkat Sarjan pada 01/05/2008. Mulai 02/01/2009, skuad ditugaskan di Unit Kereta Peronda, IPD Kota Kinabalu sehinggalah sekarang....

1 comment: