Thursday, May 14, 2009

Sarjan 124286 Abdul Latip B. Deros

Seorang lagi skuad kita yang telah memberikan respons dalam bentuk sumbangan gambar dan profil kepada blog Apa Khabar Skuad! adalah Sarjan 124286 Abdul Latip B. Deros.


Menurut skuad, beliau dilahirkan di Tangkak, Johor dan merupakan anak yang ke 3 daripada 7 orang adik beradik.


Selepas melapor diri di PULAPAH Negeri Sembilan pada 07/01/1990, skuad menganggotai Pln. 18, Kompeni ’E’ manakala semasa Kursus Asas PPH, skuad menganggotai Pln. 15.


Kata skuad lagi, sepanjang kerjayanya dalam pasukan, skuad tidak pernah ditukarkan ke cawangan-cawangan lain dalam PDRM melainkan PGA jer... Skuad mendapat kenaikkan pangkat L/Kpl pada 01/04/1995, P/Kpl pada 01/01/1998, Kpl pada 01/10/1999, P/Sjn pada 16/02/2007 dan Sjn pada 01/12/2007.


Perjawatan skuad sekarang adalah sebagai Sarjan Pln. 3 Kompeni ’A’ Batalion 15 PGA Sandakan.


p.s - Terima kasih skuad kerana sudi berkongsi gambar dan profil diri dengan geng-geng skuad yang lain...  

skuad and the gang selesai menjalani latihan jalan lasak di PULAPAH..

Menghadiri sesi pemilihan untuk mewakili negara dalam acara sukan menyelam paling lama...he...he....he..

gambar beramai-ramai anggota Kompeni E, PULAPAH 
(patutnya masuk gambar nostalgia ni...)

gambar terbaru skuad....

No comments:

Post a Comment