Thursday, July 2, 2009

Kpl 124329 Khairudin Bin Zakaria

Kpl Khairudin Bin Zakaria dilahirkan pada 09/05/1968 di Kg. Mengkuang Layar, Simpang Empat, Perlis Indera Kayangan. Skuad merupakan anak ke 5 dari 7 orang adik-beradik.


Sejurus melapor diri skuad telah menyertai Platun 19 Kompeni E PULAPAH. Skuad kemudiannya mengikuti Kursus Asas PPH di Ulu Kinta dalam Platun 19 juga. Selepas tamat KAPPH, skuad telah ditugaskan sebagai anggota Infantri di Kompeni B Batalion 16 Pasukan Polis Hutan yang berpengkalan di Keningau, Sabah pada 19 November 1990.


Pada 15 Februari 1993, skuad telah ditukarkan ke Platun 7 Kompeni C Batalion 7 Pasukan Gerakan Am yang pada ketika itu berpengkalan di Sandakan, Sabah. Skuad telah disahkan ke jawatan Konstabel pada 07 Januari 1993 selepas selesai menghadiri Kursus Pengesahan Jawatan Konstabel di PULASIOL Kuching, Sarawak.


Pada tahun 2001, skuad telah ditukarkan ke Cawangan Risik Batalion 15 PGA Sandakan. Pada 16 Jun 2004, skuad telah ditukarkan pula ke Batalion Khas 19 PGA di Cawangan Gerakan Kompeni A. Pada 16 Oktober 2006, skuad telah ditukarkan pula ke Cawangan Gerakan Batalion Khas 19 PGA dan menjalankan tugas Koperal Gerakan sehinggalah sekarang.


Skuad merupakan seorang yang bergiat aktif di dalam sukan sepaktakraw dan antara penyertaannya dalam sukan tersebut adalah seperti berikut :-


1. Mewakili Sabah dalam Pertandingan Sepaktakraw Piala KPN 1995 – 2003

2. Mewakili Sabah dalam Pertandingan Sepaktakraw Piala Borneo 2000 – 2003

3. Mewakili Briged Tengah PGA dalam Pertandingan Sepaktakraw Piala KPN 2005

4. Dilantik sebagai Pengelola Sukan Sepaktakraw Bn Khas 19 - 2007


Selain aktif dalam sukan, skuad juga berkebolehan menjadi pengacara majlis dan sering kali terlibat sama dalam acara-acara rasmi dan tidak rasmi di peringkat Batalion dan PDRM. Skuad juga seorang yang giat berpersatuan dan antara jawatan yang pernah disandangnya adalah seperti berikut :-


1. Setiausaha PPRPD Bn 15 PGA – 2000 – 2003

2. Pen. Setiausaha PPRPD Briged Sabah – 2001 – 2003

3. Pen. Setiausaha PPRPD Bn Khas 19 PGA – 2007


Antara pengalaman skuad dalam tugas adalah skuad turut terlibat dalam operasi khas bersama Komando 69 dan berjaya menangkap 16 orang penjenayah dan merampas sebanyak 23 laras senjata api pelbagai jenis di Sandakan, Sabah pada tahun 1997.

Skuad mendirikan rumah tangga dengan pasangannya Puan Salmah Bt. Madnor yang berasal dari Sandakan, Sabah pada 28 Ogos 1997 dan dikurniakan dengan 2 orang anak lelaki.


Dalam e-melnya, skuad turut menyatakan :

Biarpun dari mana kita datang, Utara, Selatan, Timur dan Barat, biar renggang di fana dunia, biar hina di mata manusia, biar tinta lapuk ditelan masa, biar suratan menentu usia namun tidak tergadai silaturrahim kita.... Mana-mana member skuad yang baca blog ni sila hubungilah saya sama ada melalui telefon atau e-mel di dinz4329@yahoo.com’.



skuad semasa di alam persekolahan

dalam kelas undang-undang semasa rekrut di Pulapah

bersama teman skuad di Muzium Arkeologi di Merbuk, Kedah Darul Aman..

semasa menyertai Ops Tayang di Semporna, Sabah..

tengah menghendap penyu bertelur ....

bergambar bersama Kol. Mahmood, CO 8 RAMD, anggota ATM dan anggota PGA di
Pulau Lankayan, Sabah pada tahun 2003

menghadiri mesyuarat PPRPD Sabah pada tahun 2003

orang kuat PPRPD...

No comments:

Post a Comment