Saturday, July 25, 2009

Sarjan 124309 Abdul Malek Bin Yusof

Hello skuad, apa khabar semua? Semoga skuad semua sentiasa berbahagia selalu bersama keluarga dan rakan taulan. Ok, skuad, pendekkan cerita...

Pada 12 Jun yang lalu saya telah menyiarkan gambar seorang rakan skuad kita iaitu Sjn 124309 Abdul Malek Bin Yusof. Pada kali ini saya akan menyiarkan pula biodata dan beberapa keping gambar yang telah dikirimkan kepada saya melalui emel. Kepada teman-teman yang belum disiarkan lagi gambar dan biodatanya, harap bersabar dan ler.... apa lagi skuad, hantar la kat saya gambar dan biodata anda....

Rakan skuad kita iaitu Sjn Abd Malek ni memang lama dah saya kenal tapi memang lama jugak ler saya tak jumpa... mungkin dekat 17 ke 18 tahun kut... tak ingat la.. tapi saya tak tau la dia kenal saya lagi ker tidak tak tau la....

Skuad dilahirkan pada 25 Mac 1970 di Kg Selinsing, Semanggol, Perak. Skuad merupakan anak sulung dari 2 orang adik beradik. Semasa di PULAPAH, skuad menganggotai Platun 18 Kompeni 'E' dan masa Asas PPH, skuad menganggotai Platun 15.

Selepas tamat kursus Asas PPH, skuad telah dihantar bertugas di Bn 16 PPH Kota Kinabalu bersama-sama sejumlah rakan-rakan skuad yang lain termasuk la saya... dan semasa di Kota Kinabalu ni la saya kenal dengan skuad ni.. Kami panggil dia Malek putih pasal kaler dia cerah dan lagipun ada dua orang Malek dalam berek kami tu (Berek Karate-Do)... Sorang hitam dan sorang lagi putih... so Bro Malek ni jadi Malek Putih....

Semasa di Bn 16 PPH, skuad menganggotai Platun 4 Kompeni 'A'... pastu Platun 2 dan pastu lagi Platun 1. Pasal apa, saya pun tak tau la sebab masa tu Kompeni saya dah ditransfer ke Kudat... so lost contact ler... Menurut skuad, jawatan terakhir di Bn 16 PGA Kota Kinabalu adalah sebagai Koperal Gerakan.

Pada 01 Disember 2001, skuad telah ditukarkan ke Bn 2 PGA Kulim dan kini skuad menjawat jawatan sebagai Platun Sarjan Platun 9, Kompeni 'C', Bn 2 PGA Kulim.

Menurut skuad, skuad mendapat kenaikan pangkat Koperal pada 01 Julai 1997 dan pangkat Sarjan pada 01 April 2002.

Skuad telah berumahtangga dengan gadis pilihannya dan dikurniakan dengan 3 orang cahaya mata (tiga-tiga puteri). Isteri skuad bertugas sebagai seorang guru.

Hobi skuad, main games pc, golf, badminton dan bolasepak.

Skuad menyatakan bahawa antara pengalaman tugasnya ialah skuad pernah terlibat dalam penugasan bantuan Tsunami di Acheh, Indonesia pada tahun 2005 dan di sini skuad telah sudi berkongsi sama beberapa keping gambarnya semasa di Acheh di mana menurut skuad, antara yang tak dapat dilupakannya ialah bukti kebesaran Tuhan iaitu Masjid Baitul Rahim yang tidak runtuh walaupun kawasan sekitarnya ranap dilanda ombak Tsunami.

p.s - tq skuad di atas sumbangan dan sokongan anda kepada blog skuad kita. Selamat maju jaya skuad!

kawasan yang dilanda ombak Tsunami

skuad dan rakan-rakan bergambar di tangga Masjid Baitul Rahim, Acheh...

skuad dan seorang teman melepaskan lelah dan berehat sebentar semasa tugas mencari mayat mangsa Tsunami...

gambar terkini skuad bersama keluarga tercinta...

No comments:

Post a Comment