Tuesday, July 7, 2009

L/Kpl 124042 Shamsul Ariff Bin Hj. Ramli

Hello skuad! Apa khabar semua? Diharapkan skuad semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan berbahagia selalu bersama keluarga dan karier. Pada kali ini seorang lagi teman skuad telah sudi berkongsi gambar dan biodata dirinya untuk tatapan rakan skuad yang lain. Terima Kasih skuad atas kerjasama skuad dan semoga ikatan persahabatan yang telah lama terjalin di antara semua rakan-rakan skuad akan dapat dipereratkan lagi dengan semangat skuad kita. Hidup Skuad 1/90!


Rakan skuad kita kali ini adalah L/Kpl 124042 Shamsul Ariff b. Hj. Ramli. Skuad dilahirkan pada 25 September 1965 di Johor Bharu. Pun begitu keluarga skuad sebenarnya berasal dari Ipoh, Perak. Ini kerana bapa skuad berkhidmat sebagai seorang anggota tentera dalam RAMD. Semangat kepahlawanan bapa skuad telah diwarisi oleh skuad kita yang memilih PDRM sebagai kariernya..


Skuad merupakan anak yg kelima dari lima orang adik beradik.


Sejurus melapur diri di Pulapah pada 7.1.1990, skuad telah dimasukkan ke platun 10 Kompeni C. Seusai kursus asas rekrut pada 8.7.1990, skuad telah di postingkan ke Kelang bersama L/Kpl 124182 Norazri Bin Taib (sekarang ni di cawangan MPV Kelang), P/Kpl 124365 Yuslee Bin Yunus (sekarang di Cawangan Persenjataan IPD Klang) dan Kpl 124368 Mohd Hasni Bin Halim (sekarang ni di Cawangan D9 IPK KL). Menurut skuad kita, hanya 4 orang je skuad 1/90 yang dihantar bertugas di Klang... namun sekarang dah ramai juga skuad 1/90 yang telah bertukar ke Klang.

Selepas setahun lebih skuad bertugas di Balai Klang, skuad ditugaskan pula di Pondok Polis Seksyen 25, Taman Sri Muda, Shah Alam (pada masa itu di bawah pentadbiran IPPD Klang) selama 8 tahun. Pada bulan Januari 2000, skuad ditukarkan pula ke Cawangan Ronda Jenayah bermotosikal di kawasan taman-taman perumahan Klang.


Pada 2.1.2001, permohonan skuad untuk memasuki Cawangan Persenjataan diluluskan namun pada bulan September 2002, skuad memohon untuk keluar dari Cawangan Persenjataan dan masuk ke Cawangan Stor Bekalan IPPD Klang hingga sekarang kerana masalah kesihatan isterinya.


Menurut skuad, tak ada pengalaman yang menarik bertugas di Klang ni, cuma penat kerana berdepan dengan karenah penagih dadah yg banyak menyumbangkan kepada peningkatan kadar kes Pecah Rumah, Ragut dan Samun di kawasan Klang. Tambahan pulak sejak tahun 1995, Klang telah dibanjiri dengan pendatang asing dari Indonesia, India, Bangladesh, China dan Burma. Menurut skuad lagi, diaorang ni jugalah yang banyak menambah kepada peningkatan jenayah di Daerah Klang... peh, cara skuad cakap ni dah macam OCS Kelang lak.....hehehe.. wokay ler tu skuad... semangat tu yang penting...


Skuad mendirikan rumahtangga pada 26.6.1995 dengan pasangannya Puan Nor Sazira Bt. Ahmad Sadri yang berasal dari Parit, Perak (yeop ngan yong rupanya... elok bebenor ler tu). Isteri skuad merupakan suri rumah sepenuh masa. Pada 10.5.1996, skuad dikurniakan seorang anak lelaki (tunggal). Anak yang ke dua skuad meninggal dunia 2 hari selepas dilahirkan. Selepas isteri skuad mengalami keguguran sebanyak 2 kali, Doktor telah menasihatkan supaya isteri skuad tidak mengandung lagi kerana ia akan membahayakan nyawanya disebabkan isteri skuad menghidap penyakit S.L.E.


Masa lapang skuad biasanya digunakan untuk keluar dengan geng mancing sekitar Pelabuhan Klang. Menurut skuad, kalau cuaca cantekkk.. skuad keluar cari ayam hutan buat lauk dengan geng yang lain pulak. Menurut skuad lagi, tak banyak aktiviti yang boleh dibuat di Klang ni.... iye ke ni skuad...


Sebelum mengakhiri ceritanya skuad berpesan... "kalau skuad-skuad sampai di Klang, jangan lupa singgah di Cawangan Bekalan IPPD Klang. Kalau ada yang kaki pancing, boleh pakat-pakat cari lubuk ataupun cari port ayam hutan pun ok gak....."


Skuad juga mengirim salam kepada rakan-rakan skuad yang masih mengenali dirinya. Skuad boleh dihubungi melalui emel : shampsjn@hotmail.com atau hp : 013-3896670.


p.s- Apa Khabar Skuad? mengucapkan ribuan terima kasih dan selamat maju jaya kepada OCS Kelang.. Bro Sham kita...


Platun 10 bergambar beramai-ramai bersama OC Kompeni

Khusyuk menelaah pelajaran undang-undang... iye ke ni Bro... bukan ingat nak shoping apa kat van Ah Kun ker...

bersama pari tangkapannya.... emm masak apa sedap ni... bakor ke atau asam pedas ???

gambar terbaru... April 2009 - skuad bersama Aruan Tasik yang telah dipancing oleh Bro Shaironi... err.. sori Bro Sham sendiri.. hehehe...

Bro Sham bersama isteri dan anak tersayang...

No comments:

Post a Comment