Thursday, July 30, 2009

Kpl 124075 Sazari Bin Zainuddin

Kpl Sazari Bin Zainuddin dilahirkan pada 01 Disember 1970 di Sentul, Kuala Lumpur. Anak sulung dari 4 orang adik beradik ini mula menyertai PDRM dengan menganggotai Platun 11, Kompeni 'C' PULAPAH. Sejurus tamat rekrut Asas Konstabel, skuad telah dihantar untuk mengikuti Kursus Asas PPH di Sekolah Latihan PPH Ulu Kinta, Perak Darul Ridzuan dengan menganggotai Platun 12.

Tamat kursus asas PPH, skuad telah ditugaskan di Platun 19, Kompeni 'E' Batalion 16 PPH di mana skuad telah melapor diri pada 22 November 1990.

Skuad kemudiannya ditukarkan ke Platun 6, Kompeni 'B' Bn 16 PPH dan kekal sehingga kini.

Pada 25 Oktober 2005, skuad telah dinaikkan pangkat ke pangkat Koperal.

Skuad merupakan seorang yang aktif dalam aktiviti sukan terutamanya sukan hoki, sepak takraw dan bola tampar. Skuad juga pernah mewakili PDRM dalam acara sukan bolatampar dalam Kejohanan Sukan Tiga Wilayah yang telah diadakan di Negara Brunei Darus Salam pada tahun 2000. Dalam kejohanan tersebut, skuad telah membantu timnya sehingga pasukan PDRM akhirnya telah diisytiharkan sebagai johan.

Selain itu juga, skuad amat menggemari aktiviti mengembara dan merupakan 'hard core' bagi aktiviti memancing.

Skuad telah berumahtangga dengan pasangannya yang berasal dari Penampang, Sabah dan dikurniakan Tuhan dengan 2 orang puteri.

Dalam pertemuan bersama Apa Khabar Skuad?, Bro Sazari juga sempat menceritakan mengenai kenangan pahit yang dialaminya semasa Berek 42 Bn 16 PGA Kota Kinabalu, berek bujang yang di diami oleh skuad terbakar pada April 2002. Semasa kebakaran tersebut, skuad sedang terlibat dalam penugasan operasi di Inaruntung, Kudat. Akibat dari kebakaran tersebut skuad telah kehilangan semua barangan peribadinya dan apa yang tinggal hanyalah uniform dan peralatan yang dibawa semasa penugasan operasi sahaja.

'Yang lain musnah terbakar termasuklah gambar-gambar semasa rekrut' kata skuad...

p.s - tq Bro kerana kerjasama anda. Kepada rakan skuad yang meminati aktiviti memancing bolehlah menghubungi Bro Sazari untuk bertukar-tukar cerita, tips dan pengalaman memancing.

ikan merah yang dipancing oleh skuad menggunakan gewang...

bergambar di Kota Kinabalu International Airport (KKIA)

Serius aje skuad... takkan tulis Pol. 40 pun serius sangat...

Bro Sazari...

No comments:

Post a Comment